VPCM dan PHSAM Umum Pertukaran Kepimpinan
- Anna Chong

- 13 Jun
- 1 min membaca

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dan PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan peralihan kepimpinan baharunya. Renate Noessler kini dilantik sebagai wanita pertama yang mengetuai operasi dan perniagaan VPCM dengan Pengarah Urusan Bersama, Kurt Leitner.
Mereka berdua akan memimpin PHSAM untuk memperkukuhkan jenama Audi, sambil meningkatkan kehadiran Volkswagen di pasaran Malaysia dengan fokus lebih baik terhadap aspek inovasi dan pengalaman pelanggan. Memiliki pengalaman lebih 30 tahun dalam industri automotif, Renate membawakan pengalaman dalam bidang jualan, pemasaran dan perundingan perniagaan di peringkat antarabangsa.
Terbaharu, Renate berkhidmat sebagai Pengurus Besar Jualan di Audi Singapore di mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan di pasaran Asia Tenggara.
Dikenali dengan gaya kepimpinan yang mantap dan kepakaran merentasi budaya, Renate berkata, “Saya berbesar hati untuk memikul tanggungjawab ini dan akan terus bekerjasama dengan pelanggan, rakan kongsi, pengedar dan pemegang kepentingan di Malaysia. Dengan rangkaian VPCM dan PHSAM yang kian berkembang, kami akan fokus untuk menawarkan pengalaman luar biasa kepada pelanggan serta memacu jenama Volkswagen dan Audi ke tahap yang lebih tinggi dalam landskap industri yang sentiasa berubah.“
Sementara itu, Denyu Bostandzhiev yang menerajui VPCM dan PHSAM sejak Julai 2022 akan berkhidmat di Porsche Holdings Salzburg (PHS) di Bulgaria. Sepanjang tempoh berada di Malaysia, Denyu telah mengetuai pelbagai inisiatif penting seperti Volkswagen Touareg, banyak model edisi khas dan terbaharu pelancaran Audi Q7 pemasangan tempatan yang membuka lembaran baru buat jenama tersebut di rantau ini.




















Komen