top of page

Zeekr Menyerikan Langit Malam Kuala Lumpur dengan Pelancaran Zeekr 7X

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 3 hari lalu
  • 5 min membaca
Zeekr 7X

Meraikan inovasi, keelegenan dan kemewahan elektrik, Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd (“Zeekr Malaysia”) dengan bangganya telah merungkaikan Zeekr 7X di sebuah majlis pelancaran mega yang diadakan di Menara KL. Seusai malam, langit kota ini ditransformasi menerusi pencahayaan Menara KL dengan warna jingga signatur Zeekr serta jata jenama ini yang menghampar struktur berkenaan, melambangkan lembaran baharu dalam alaf mobiliti pintar.


Acara ini menjadi detik yang bermakna bagi Zeekr Malaysia, menyaksikan jenama tersebut melancarkan kenderaan ketiganya dalam pasaran Malaysia, Zeekr 7X, sebuah SUV premium elektrik yang mencabar batasan kemewahan, kepintaran, prestasi, dan keselamatan.


Zeekr 7X

Amati Setiap Perjalanan

Zeekr 7X dirumus bukan sahaja untuk mobiliti, hadir dengan pelbagai inovasi, ciri keselesaan, prestasi serta reka bentuk serba pintar. Disediakan dalam tiga varian tersendiri, RWD Standard, RWD Long Range, dan AWD Performance yang unggul. Setiap model diperhalusi untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup yang pelbagai para pemandu di Malaysia.


Kesemua model mengenakan sistem seni bina 800V yang mempunyai keupayaan pengecasan pantas, mencapai kelajuan pengecasan setinggi 450kW. Kereta ini mampu memecut dengan kelajuan 0-100km/j hanya dalam masa 3.8 saat. 7X hadir dengan pelbagai teknologi kabin serba pintar dan sistem keselamatan canggih bagi menjanjikan sebuah pengalaman yang selesa dan menenangkan buat pemandu dan penumpang.


Zeekr 7X
Zeekr 7X

Teknologi Bertemu Kemewahan Abadi

Direka cipta di Gothenburg, Sweden di bawah visi rekaan Stefan Sielaff, Zeekr 7X memberi nafas baharu kepada segmen SUV mewah dengan falsafah reka bentuk “Hidden Energy”, nisbah tubuh yang istimewa, iaitu 0.618, serta profil aerodinamik yang merintis segmennya. Tirai Cahaya Pintar Terintegrasi Stargate 93 inci, pintu tidak berbingkai, dan garis bumbung apung membentuk sosok yang tampak futuristik lagi kemas.


Pemandu Zeekr 7X dapat mencerminkan personaliti serta imaginasi mereka melalui sistem pencahayaan interior dan eksterior jentera ini. Di luar, Tirai Cahaya Pintar Terintegrasi ialah rekaan asli ZEEKR dan merupakan lembar cahaya gergasi yang terbesar di dunia dengan paparan bersaiz 93 inci yang menawarkan imej tiga dimensi lebih diperkaya dan jelas. Terdapat 1,831 butir LED berkuasa tinggi, ia mampu memaparkan lebih daripada 10 corak dan tema pencahayaan yang boleh disuai pada wajah kenderaan. Manakala di dalam, seluruh kenderaan ini dihiasi dengan pencahayaan ambien dengan efek gelombang yang menjangkau 4,673mm, didatangkan dengan 256 warna RGB sebenar. Menampilkan 11 zon cahaya, ia membawakan pencahayaan tiga dimensi yang merentasi ruang kabin bagi menzahirkan suasana kemewahan yang mempesonakan.


Zeekr 7X
Zeekr 7X

Interior 7X menawarkan ciri-ciri kemewahan pintar, dengan kerusi kulit NAPPA (AWD Performance sahaja), kerusi pemandu dan penumpang berkuasa elektrik, serta pengadang matahari elektrik di tingkap belakang. Zeekr 7X memuatkan bumbung matahari panoramik berskala besar dengan ukuran 1.84m2 tanpa palang tengah, yang dilindungi dengan peneduh bumbung matahari elektrik rintang UV (terbesar dalam segmennya), berkeluasan 1.35m2. Peneduh matahari tersebut menawarkan hampir 100% penebatan UV dan haba, menjamin perjalanan yang nyaman biarpun dalam cuaca panas. Ia turut didatangkan dengan operasi elektrik satu sentuhan bagi menambah ciri keelegenan dan kemudahan.


Ditunjangi oleh platform pengkomputeran pintar Qualcomm 8295, yang membawakan prestasi serba lancar merentasi pengantara-pengantara digitalnya, ruang kokpit jentera ini yang imersif menampilkan AR-HUD 36 inci dan paparan sentral 3.5K mini bersaiz 16 inci, menawarkan visual yang jelas serta keupayaan kawalan yang intuitif.


Aspek bunyi dinaik taraf dengan sistem 21 pembesar suara berkuasa 2160W ZEEKR Sound Pro, menzahirkan suasana ala dewan konsert. Penumpang dapat menikmati semua ini bersama kerusi ergonomik yang didatangkan dengan fungsi mengurut, memori, dan ventilasi. Tempat duduk belakang Zeekr 7X juga mempunyai fungsi pelaras elektrik sehingga 10 darjah. Sementara itu, dua pengecas tanpa wayar 50W dan 36 ruang storan pintar juga disediakan untuk memudahkan capaian penumpang.


Zeekr 7X

Prestasi Tanpa Kompromi

Setiap varian Zeekr 7X diperhalusi untuk membawakan pengalaman pemanduan dinamik yang sesuai bagi pelbagai gaya hidup. RWD Standard mempamerkan gandingan antara keefisienan dan daya responsif, dikuasakan oleh Golden Brick Battery generasi kedua berkapasiti 75kWj serta motor yang dimuatkan di belakang dengan keupayaan 310kW dan tork 440Nm bagi membekalkan jarak operasi sejauh 480km (WLTP), manakala varian RWD Long Range melanjutkan keupayaan dengan Qilin Battery 100kWj, menawarkan jarak operasi sejauh 615km (WLTP).


Di puncak barisan kenderaan ini, model AWD Performance mempamerkan sistem pacuan semua roda dwimotor dengan 475kW dan tork 710Nm. Dinaik taraf dengan angkup brek Akebono serta suspensi udara Zeekr’s Magic Carpet dan sistem Redaman Kawalan Berterusan (CCD), 7X menjanjikan pengendalian jitu serta keselesaan beraras tinggi biarpun di luar jalan raya, memastikan pemanduan anda kekal jitu dan berkuasa tinggi, menjanjikan prestasi tanpa kompromi.


Zeekr 7X

Ciri Keselamatan Mengatasi Standard

Setiap Zeekr dijuruterai dengan Standard Keselamatan DNA Zeekr yang mengatasi kelaziman industri. Dan 7X juga tiada bezanya dengan perisai keselamatan 720 darjah yang komprehensif. Menampilkan keluli berketahanan tinggi sepanjang 12 meter, struktur tubuh jentera ini yang berbentuk kubah meningkatkan ketegaran kilasan sebanyak 35%, menjanjikan kestabilan dan rintangan langgar yang cemerlang. Kenderaan ini juga memuatkan struktur tunggal aluminium tuang di belakang berserta satu palang paip untuk mengoptimumkan daya tahan strukturnya. Diperakui dengan penarafan keselamatan 5 bintang EURO NCAP, Zeekr 7X memahat tanda aras baharu dalam aspek keselamatan penumpang, dibuktikan dengan lebih 40 senario ujian langgar yang ekstrem.


Zeekr 7X

Menjadi nadi Zeekr 7X ialah sistem perlindungan bateri serba canggih dengan teknologi Perambatan Bukan Terma (NTP), menawarkan perlindungan bertingkat bagi menjamin prestasi yang selamat, diyakini, lagi efisien. Bateri tersebut turut dilindungi dengan perisai bateri 10 grid, dijuruterai khas sebagai perlindungan terhadap impak dari sisi.


Inovasi-inovasi ini turut disinambungkan dengan aneka sistem keselamatan yang aktif dan pasif serba komprehensif, termasuk tujuh beg udara, kamera keliling 360 darjah, serta Sistem Pemantauan Pemandu (DMS) dan Sistem Pemantauan Penumpang (OMS), yang merupakan sebahagian daripada ciri keselamatan canggih dan kokpit yang pintar. DMS meliputi pemantauan status pemandu menggunakan fungsi pengesanan mata bagi mengesan ketidakpekaan atau insiden lelap sejenak. OMS pula terletak di tiang B untuk membolehkan pemandu memerhatikan anak mereka di tempat duduk belakang semasa memandu bersendirian, justeru meminimumkan ketidakpekaan serta melapangkan dada pemandu. Kenderaan ini juga boleh menggera pemandu jika anak kecil terbiar di dalam kenderaan.


Zeekr 7X

7X menampilkan teknologi bantuan pemandu pintar L2.5 ADAS termasuk fungsi perintis segmen, iaitu Penukaran Laluan Automatik dengan Input Signal Membelok, Kawalan Luncur Adaptif serta Kawalan Pemusatan Laluan, Bantuan Pengekalan Laluan, Amaran dan Mitigasi Perlanggaran Hadapan AEB, Amaran Pintu Terbuka, Pengesanan Titik Buta, Pengesanan Tangan Tiada di Stereng, dan Bantuan Parkir Automatik.


Menariknya, Zeekr 7X merupakan EV pertama di dunia yang menerima penarafan keselamatan dwielektromagnetik (EM), menetapkan tanda aras baharu bagi perlindungan penumpang terhadap radiasi EM – benar-benar merevolusi aspek kesihatan dan keselamatan dalam alaf elektrik ini.



En. Alex Bao, Managing Director of Zeekr Southeast Asia, menyatakan: “Kami berasa teruja atas 1,000 tempahan yang diterima bagi Zeekr 7X sejak Mei lalu, dan kami komited untuk menyempurnakan sebanyak penyerahan yang mungkin, agar anda dapat segera mengalami Zeekr 7X baharu. Kejayaan ini adalah mustahil tanpa kerjasama padu yang kami terima daripada para rakan pengedar kami. Komitmen kami adalah jelas, untuk membawakan setiap kenderaan dengan kejituan, penjagaan, dan standard kecemerlangan yang tertinggi.”


Zeekr 7X

Menjulang Standard bagi Alaf Mobiliti Premium di Malaysia.

Zeekr 7X akan dijual pada harga RM179,800 (RWD Standard), RM190,800 (RWD Long Range), dan RM226,800 (AWD Performance), serta ia merangkumi:


  • Waranti kenderaan 5 tahun / 150,000km

  • Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun / 160,000km

  • Perkhidmatan terhubung 1 tahun percuma untuk mengakses Zeekr App, navigasi dalam kenderaan, dan pengemaskinian perisian atas udara (OTA)


Untuk menjadikan peralihan ke EV lebih lancar, pemilik pakej keistimewaan juga dapat menikmati pengecas peti dinding 22kW dan tinta solar percuma.



Terdapat empat warna eksterior sebagai pilihan: Crystal White, Onyx Black, Tech Grey, Forest Green, dan satu opsyen bagi interior, iaitu Black. AWD Performance menawarkan satu lagi opsyen warna eksterior dengan kos tambahan: Brook Blue dwitona yang didatangkan dengan bumbung berwarna Silver, serta opsyen warna interior Purple dan White. Ia juga menawarkan opsyen roda tempaan 21 inci dengan kos tambahan.


Zeekr 7X

Bukan itu sahaja, bagi menaik taraf kemudahan bantuan pelanggan, Zeekr telah memperkenalkan Talian Pelanggan khas serta Bantuan Jalan Raya 24 jam. Untuk khidmat bantuan pelanggan, para pemilik Zeekr boleh menghubungi 1300-88-6868 (hotline) atau +6010 849 3119 (WhatsApp) dari 8:30 pagi hingga 5:30 petang pada hari minggu tidak termasuk cuti umum. Sekiranya pemilik Zeekr terkandas di lebuh raya, mereka boleh mendapatkan bantuan tepi jalan serta khidmat meneruskan perjalanan (tertakluk kepada syarat) pada bila-bila masa.

Comentários


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page