Chery Meraikan Kejayaan Malaysia di Sukan Remaja Para Asia 2025
- Anna Chong

- 22 Dis 2025
- 2 min membaca

Chery Malaysia dengan bangganya bersama-sama negara meraikan kepulangan gemilang atlet Malaysia daripada Sukan Remaja Para Asia 2025 (Asian Youth Para Games - AYPG) yang baru sahaja selesai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Kontinjen Malaysia mencatatkan prestasi yang memecah rekod dengan meraih 39 pingat (14 emas,12 perak and 13 gangsa) dalam lapan acara yang di sertai: Memanah, Olahraga, Badminton, Boccia, Powerlifting, Renang, Ping Pong, dan Taekwondo.
Peningkatan ini amat mengagumkan berbanding 13 pingat yang dimenangi pada edisi sebelumnya di Bahrain.

Kepulangan ini menjadi lebih bermakna apabila para atlet disambut dengan sorakan ahli keluarga di pintu ketibaan, manakala wakil Chery Malaysia dan Majlis Sukan Negara menyambut mereka dengan jambangan bunga serta menyediakan pengangkutan, memastikan perjalanan pulang yang lancar dan penuh keceriaan, selaras dengan komitmen Chery Malaysia untuk memperkasakan belia dan mempromosikan inklusiviti dalam sukan.
Sebelum temasya bermula, Chery telah membawa kesemua 29 atlet para remaja bersama jurulatih mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan konvoi SUV Chery.
“Kejayaan bersejarah Malaysia ini menetapkan penanda aras baru untuk sukan para di rantau ini, dan Chery Malaysia amat berbangga dengan pencapaian para atlet Malaysia,” kata Men Lin Bo, Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia.
Perenang Elysha Cheong Hui Yin mencipta gelombang di Asian Youth Para Games dengan membawa pulang empat pingat emas dalam acara 400m Freestyle, 100m Freestyle, 100m Butterfly, dan 100m Breaststroke, serta satu pingat gangsa dalam 200m Individual Medley.
“Ini adalah kali pertama saya bertanding di luar negara, dan saya sangat gembira dengan prestasi saya. Perjalanan ke Dubai sangat mengujakan — walaupun cuaca begitu sejuk sehingga saya kadang-kadang menggigil menunggu acara bermula!” kata atlet berusia 13 tahun dari Kuala Lumpur.
Pasangan beregu lelaki badminton yang digandingkan buat pertama kali, Cheah You Zhou dan Ahmed Shahputra Abdul Rahim, yang bertanding dalam acara Beregu Lelaki (SH6), menyifatkan peluang bermain di pertandingan antarabangsa sebagai satu pengalaman membuka mata.
“Perlawanan akhir kami tidak mudah, tetapi kami saling menyokong dan berjaya mengharunginya bersama. Kami sangat gembira kerana berjaya sampai ke tahap ini dan membawa pulang pingat emas,” kata Ahmed.
Powerlifter Johannes Gabriel Chew mengharungi laluan mencabar ke pusingan akhir dan menunjukkan ketahanan luar biasa, meraih pingat perak dalam kategori Next-Gen Lelaki sehingga 65kg.

Bertemakan ‘Born to Rise’, Sukan Remaja Para Asia 2025 menjadi platform untuk atlet-para muda mempamerkan bakat dan ketabahan mereka di pentas antarabangsa. Penyertaan Malaysia dan sasaran pingat menonjolkan penekanan negara terhadap keterangkuman dan kecemerlangan sukan.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen mendalam Chery terhadap gerakan Paralimpik Asia, yang dibina melalui siri inisiatif bermakna yang mengukuhkan kepercayaan dan nilai bersama antara kedua-dua pihak.
Awal tahun ini, Chery International bekerjasama dengan Jawatankuasa Paralimpik Kazakhstan untuk menganjurkan festival sukan kanak-kanak, memberi peluang kepada peserta muda merasai kegembiraan bersukan dan kekuatan memperbaiki diri.
























Komen