top of page

PROTON Melancarkan PROTON X70 Sport Edition (SE)

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 1 hari lalu
  • 3 min membaca

PROTON X70 Sport Edition

Pengeluar kereta nasional PROTON hari ini secara rasmi melancarkan PROTON X70 Sport Edition (SE), edisi khas yang dipertingkatkan bagi SUV segmen-C. Direka untuk pemandu yang menghargai kehalusan dengan sentuhan visual yang lebih berani, edisi baharu ini menggabungkan keselesaan ikonik X70 dengan elemen reka bentuk sporty serta penambahbaikan dalaman yang dipilih secara teliti.


Sebagai salah satu model paling dikenali syarikat, PROTON X70 telah membina reputasi kukuh dalam menawarkan pengalaman pemanduan yang seimbang, menggabungkan keselesaan tunggangan, teknologi pintar dan praktikaliti harian. Berteraskan tema “Malaysia’s Most Refined SUV”, X70 Sport Edition memperkukuh asas ini dengan interpretasi yang lebih ekspresif dan kontemporari, tanpa menjejaskan ciri-ciri utama yang menjadi kekuatan model ini.


PROTON X70 Sport Edition

Penambahbaikan Sporty Berasaskan Legasi Terbukti

Terhad kepada hanya 600 unit dan berasaskan varian Premium, PROTON X70 Sport Edition menampilkan 10 naik taraf eksklusif yang direka untuk meningkatkan daya tarikan visual serta kegunaan harian. Dari segi luaran, model ini tampil lebih agresif dengan kit badan penuh merangkumi skirt hadapan, sisi dan belakang. Ia turut dilengkapi rim aloi hitam 19 inci serta lencana ekslusif Sport Edition, yang memberikan identiti lebih tersendiri dalam barisan X70 serta memperkukuh kehadiran premium di jalan raya.

Di bahagian dalaman, sentuhan penambahbaikan yang teliti menyerlahkan lagi gaya premium. Jahitan merah menghiasi stereng dan perehat tangan, manakala tempat duduk dilengkapi dengan jahitan merah bersama sulaman logo Sport Edition, mewujudkan suasana lebih eksklusif dan berorientasikan pemandu. Dulang but turut disertakan bagi meningkatkan praktikaliti kegunaan harian.


Prestasi Terbukti dengan Ciri Pintar

PROTON X70 Sport Edition dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5TD 4-silinder, dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan DCT, menawarkan gabungan seimbang antara responsif dan kecekapan. Pengalaman pemanduan dipertingkatkan lagi dengan kepakaran Ride & Handling PROTON yang terkenal, memberikan kestabilan, keselesaan dan keyakinan dalam pelbagai keadaan jalan.


Di dalam kabin, model ini mengekalkan rangkaian teknologi pintar bagi meningkatkan kemudahan dan keterhubungan. Unit infotainmen bersaiz 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar menjadi pusat pengalaman digital, dan dilengkapi sistem arahan suara “Hi PROTON” serta aplikasi PROTON Link 2.0 untuk integrasi digital yang lancar.


PROTON X70 Sport Edition

Keselamatan kekal sebagai keutamaan, dengan PROTON X70 Sport Edition dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi 13 ciri keselamatan. Pakej ini meningkatkan kesedaran situasi dan sokongan pemanduan melalui fungsi seperti Intelligent Cruise Control (ICC), Lane Keep Assist (LKA) dan Autonomous Emergency Braking (AEB), memastikan keyakinan lebih tinggi dalam setiap perjalanan.


Direka Khas untuk Pengalaman Lebih Tersendiri

Secara keseluruhan, penambahbaikan produk pada PROTON X70 Sport Edition menawarkan nilai tambahan sebanyak RM6,000 kepada pelanggan dengan ketersediaan terhad kepada 600 unit sahaja.


“PROTON X70 Sport Edition dibangunkan berasaskan kekuatan model yang telah terbukti dan dipercayai oleh rakyat Malaysia. Dengan pengenalan ini, kami menawarkan ekspresi yang lebih dinamik dan halus, khusus untuk pelanggan yang mahukan gaya yang lebih menonjol tanpa mengorbankan keselesaan dan teknologi yang menjadi identiti model ini,” kata Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.


PROTON X70 Sport Edition

Setiap pembelian PROTON X70 Sport Edition didatangkan dengan Pakej Pelancaran Eksklusif untuk 600 pelanggan, merangkumi:

  • Pro-Warranty* – Jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan serta 6 kali servis upah percuma

  • Pro-Connect* – Pakej data dalam kenderaan selama 5 tahun dengan 2GB sebulan

  • Pro-Finance* – Pilihan pembiayaan sehingga 9 tahun dengan kadar faedah bermula 2.2% setahun, margin pembiayaan sehingga 90%

  • Pro-Trade-In* – Sokongan overtrade sehingga RM2,000 untuk tukar beli kenderaan sedia ada

  • Pro-Shield* – Program Insurans PROTON dengan perlindungan dipertingkat termasuk perlindungan bencana khas, kemalangan peribadi sehingga RM15,000 seorang, serta perlindungan banjir tambahan sehingga RM2,000


Harga atas jalan (OTR) tanpa insurans

Varian

Semenanjung Malaysia

Malaysia Timur

1.5TD Premium

RM 112,800*

RM 114,800*

Pakej Sport Edition

+ RM 2,500

+ RM 2,500

*Harga selepas rebat untuk pendaftaran sebelum 30 April 2026



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page