Chery Pratonton TIGGO 9 di Malaysia
- Anna Chong

- 38 minit lalu
- 2 min membaca

Chery Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan pratonton TIGGO 9, model terbaharu dalam keluarga TIGGO yang semakin berkembang serta SUV flagship terbesar jenama itu setakat ini, sekali gus menandakan komitmen berterusan Chery dalam menawarkan solusi mobiliti moden yang berorientasikan keluarga.

Diletakkan sebagai kemuncak barisan model TIGGO, TIGGO 9 menetapkan penanda aras baharu dari segi ruang, keselesaan dan prestasi pintar. Direka untuk memenuhi keperluan keluarga moden yang sentiasa berkembang, SUV mewah pintar ini menggabungkan reka bentuk berani, teknologi canggih serta dinamik pemanduan yang halus dalam satu pakej lengkap.
Di terasnya, TIGGO 9 dikuasakan oleh enjin 2.0 TGDi yang dipadankan dengan sistem Intelligent All-Wheel Drive (AWD) canggih serta tujuh mod pemanduan, membolehkan penyesuaian lancar mengikut pelbagai keadaan jalan dan gaya pemanduan. Gabungan ini memastikan pengalaman pemanduan yang lebih yakin dan responsif, sama ada di persekitaran bandar mahupun untuk perjalanan jarak jauh.

Sebagai model terbesar dalam rangkaian TIGGO, TIGGO 9 menawarkan ruang kabin yang lebih luas serta keselesaan premium, menjadikannya ideal untuk keluarga dan perjalanan jarak jauh.
Di bahagian dalaman, kenderaan ini dilengkapi pelbagai ciri moden seperti paparan Head-Up Display, tempat duduk pemandu larasan kuasa 10 hala serta fungsi urutan untuk penumpang barisan hadapan. Penumpang barisan kedua turut diberikan perhatian menerusi tempat duduk dengan fungsi pengudaraan, memastikan tahap keselesaan yang lebih premium di seluruh ruang kabin.
SUV tujuh tempat duduk ini turut dilengkapi ciri Auto Park Assist — yang pertama bagi siri TIGGO — sekali gus meningkatkan kemudahan pengendalian dan keselesaan penggunaan harian. Selain itu, rangkaian teknologi ADAS 2.5 (Advanced Driver Assistance System) yang merangkumi 23 ciri utama turut ditawarkan bagi memberikan ketenangan fikiran lebih tinggi kepada pemandu dan penumpang, sambil meningkatkan keyakinan pemanduan serta tahap keselamatan keseluruhan di jalan raya.
23 Fungsi ADAS yang Ditawarkan pada TIGGO 9
Front Collision Warning (FCW) | Autonomous Emergency Braking (AEB) |
Adaptive Cruise Control (ACC) | Lane Departure Warning (LDW) |
Multi Collision Brake (MCB) | Traffic Jam Assistant (TJA) |
Door Open Warning (DOW) | Rear Cross Traffic Braking (RCTB) |
Integrated Cruise Assist (ICA) | Rear Cross Traffic Alert (RCTA) |
Rear Collision Warning (RCW) | Lane Change Assist (LCA) |
Lane Departure Prevention (LDP) | Intelligent High-Beam Control (IHC) |
Blind-spot Detection (BSD) | Emergency Lane Keeping Assist (ELKA) |
Drive Away Information (DAS) | Intelligent Avoidance System (IAS) |
Auto Park Assist (APA) | Traffic Sign Recognition (TSR) |
Driver Monitoring System (DMS) | Lane Keep Assist (LKA) |
Speed Limit Assist (SLA) | |
Melengkapkan aspek prestasi dan keselesaannya, TIGGO 9 menampilkan reka bentuk moden serta sofistikated yang diserlahkan menerusi rim aloi 20 inci dan paparan ultra definisi tinggi 15.6 inci 2.5K. Sistem ini dipacu oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155, memastikan pengalaman digital yang lancar, pantas dan intuitif untuk pengguna.
Chery TIGGO 9 akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Carbon Black dan Matte Grey. Jadilah antara yang terawal merasai pengalaman bersama TIGGO 9 baharu dengan membuat tempahan hari ini, dengan anggaran harga di bawah RM189,000.

Pelanggan terawal turut akan menikmati pakej pelancaran eksklusif, sebagai tambahan kepada tawaran standard jaminan kenderaan selama 7 tahun atau sehingga 150,000 km serta jaminan enjin selama 7 tahun atau sehingga 150,000 km, sekali gus memberikan nilai tambah dan keyakinan lebih tinggi kepada pemilik.












































Komen