top of page

JETOUR Malaysia Melancarkan JETOUR T1 Serba Baharu, SUV Urban Moden untuk Gaya Hidup Masa Kini

Writer: Anna Chong
Anna Chong
22 Jul
2 min membaca
JETOUR T1

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2026 – JETOUR Malaysia secara rasmi melancarkan JETOUR T1 serba baharu, sebuah SUV urban moden yang direka khusus bagi memenuhi keperluan pengguna tempatan yang mengutamakan gaya, keselesaan, dan teknologi pintar. Berlandaskan falsafah Travel+, model ini menggabungkan reka bentuk kontemporari utilitarian curvy serta kepraktisan ruang melalui platform monocoque dengan jarak roda 2,800mm. Pelancaran ini bukan sahaja mengukuhkan kehadiran jenama tersebut di Malaysia menerusi 43 bilik pameran sah, malah membuktikan komitmen jangka panjang mereka dalam menawarkan kenderaan berkualiti tinggi yang relevan dengan gaya hidup masa kini.


JETOUR T1

Dari segi prestasi, JETOUR T1 ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu T1 1.5L TGDi 2WD pada harga RM129,800dan T1 2.0L TGDi XWD pada harga RM146,800. Varian 1.5L menghasilkan kuasa 125kW (170PS) dan tork 270Nm yang dipadankan dengan transmisi klac berkembar 7-kelajuan, manakala varian 2.0L dilengkapi sistem pacuan semua roda pintar dengan hamburan kuasa 180kW (245PS) serta tork 375Nm. Pelanggan juga ditawarkan dengan empat pilihan warna luaran menarik iaitu Khaki White, Aviation Silver, Sand Gold, dan Carbon Black.



Kabin dalaman JETOUR T1 direka lengkap dengan kelengkapan canggih seperti kluster meter digital 10.3 inci, tempat duduk kulit tiruan dengan fungsi pengudaraan, pengecas tanpa wayar 50W, serta sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Bagi varian 1.5L, ia didatangkan dengan rim aloi 18 inci, skrin multimedia 12.8 inci, dan sistem audio 8 pembesar suara. Manakala varian spec tinggi 2.0L XWD menerima saiz rim 19 inci, bumbung suria panoramik, skrin multimedia 15.6 inci, dan sistem audio premium Sony 9 pembesar suara.


JETOUR T1

Aspek keselamatan menjadi fokus utama apabila JETOUR T1 berjaya meraih penarafan 5-bintang ASEAN NCAPdengan skor 87.67 mata. Keselamatan pemandu dan penumpang dijamin menerusi 6 beg udara SRS, sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2, dan kamera paparan panoramik. Bagi memberi ketenangan fikiran, JETOUR menawarkan jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000 km, jaminan rangkaian kuasa 10 tahun atau 1,000,000 km, serta 5 kali servis penyelenggaraan percuma. Sebagai tawaran istimewa pengenalan, 2,000 pelanggan pertama yang mendaftar layak menikmati rebat RM2,000 berserta kadar pembiayaan serendah 1.68%, tertakluk kepada terma dan syarat.


Untuk maklumat lanjut mengenai JETOUR dan rangkaian SUV yang ditawarkan, layari  https://jetour.com.my/.


JETOUR T1

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page