Chery Malaysia Secara Rasmi Memperkenalkan TIGGO 9, Menetapkan Penanda Aras Baharu Dalam Segmen SUV Premium
- Anna Chong

- 24 Jun
- 4 min membaca

KUALA LUMPUR, 23 JUN 2026 – Chery Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Chery TIGGO 9 serba baharu, sekali gus menandakan satu pencapaian penting buat jenama itu dengan memperkenalkan SUV utamanya ke pasaran Malaysia.
Direka untuk menawarkan keseimbangan sempurna antara kemewahan, prestasi dan inovasi canggih, Chery TIGGO 9 menetapkan penanda aras baharu dalam segmen SUV premium.
“Chery TIGGO 9 merupakan model utama baharu kami dan juga model terbesar dalam keluarga TIGGO yang ditawarkan di Malaysia. Daripada penampilannya yang berani hingga ke kemasan yang halus dan premium, setiap perincian direka dengan teliti bagi mencerminkan keyakinan, sofistikasi dan kemodenan,” kata Lee Wen Hsiang, Naib Presiden Chery Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa kenderaan ini mewakili lembaran baharu bagi jenama Chery. Lee menambah bahawa Chery TIGGO 9 merupakan penawaran premium pertama bagi jenama automotif tersebut.
“TIGGO 9 menetapkan penanda aras baharu dalam apa yang kami gelarkan sebagai kemewahan pintar, di mana teknologi canggih, keselesaan dan inovasi digabungkan untuk mewujudkan pengalaman pemanduan yang benar-benar unggul,” tambah Lee ketika majlis pelancaran yang berlangsung di Bangunan Sultan Abdul Samad dan turut diserikan dengan kehadiran Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia.

Rekaan Mewah
TIGGO 9 baharu menampilkan elemen sofistikasi dan kehadiran yang tersendiri menerusi bahasa reka bentuk yang berani namun elegan. Bahagian hadapannya diserlahkan dengan gril tiga dimensi berbentuk berlian yang menonjol, dipadankan dengan lampu utama LED yang anggun serta lampu aliran dinamik yang memperkukuhkan identiti modennya.
Setiap perincian direka dengan teliti, daripada rim aloi 20 inci dengan reka bentuk mewah yang menyerlahkan penampilan gagahnya, sehinggalah kepada pemegang pintu jenis flush yang diintegrasikan dengan kemas.

Sentuhan premium seperti lampu puddle menambahkan lagi rasa eksklusif, manakala bahagian belakang dilengkapi lampu belakang bersepadu dengan rekaan khas berinspirasikan berlian. Ke semua elemen ini menghasilkan penampilan luaran yang harmoni dan mewah, mencerminkan keyakinan serta prestij di atas jalan raya.

Ruang Mewah
Dibangunkan dengan aspek versatiliti sebagai keutamaan, TIGGO 9 menawarkan keselesaan ruang yang luar biasa merentasi ketiga-tiga barisan tempat duduk, menjadikannya ideal untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

Konfigurasi tempat duduk yang fleksibel membolehkan pemandu mengubah susun atur dalaman dengan mudah bagi memenuhi keperluan penumpang atau ruang kargo. Kapasiti ruang bagasi pula bermula daripada 143 liter sehingga 2,065 liter, bergantung kepada susunan tempat duduk. Fleksibiliti ini memastikan ruang yang mencukupi untuk keperluan harian dan bagasi perjalanan, sekali gus menjadikan setiap perjalanan lebih praktikal dan mudah.
Keselesaan Mewah
Di bahagian dalaman, TIGGO 9 menawarkan pengalaman kabin premium yang direka untuk keselesaan maksimum. Kedua-dua tempat duduk hadapan dilengkapi fungsi urutan (massage), manakala tempat duduk berventilasi bagi barisan pertama dan kedua memberikan keselesaan tambahan serta penyejukan yang sesuai dengan iklim tropika Malaysia. Bumbung suria panoramik (panoramic sunroof) meningkatkan rasa lapang dengan membenarkan cahaya semula jadi memasuki kabin, sekali gus mewujudkan suasana yang lebih selesa dan mengundang.

Penumpang juga dihidangkan dengan sistem audio premium Sony 14 pembesar suara yang memberikan pengalaman bunyi yang imersif sepanjang perjalanan. Penumpang belakang turut menikmati sistem kawalan suhu khusus, saluran penghawa dingin individu, kaca privasi serta tirai tingkap yang memastikan perjalanan lebih senyap dan selesa. Setiap ciri dirancang dengan teliti untuk memberikan pengalaman kelas pertama di setiap tempat duduk.
Teknologi Mewah
TIGGO 9 mengintegrasikan pelbagai teknologi canggih yang direka untuk meningkatkan sambungan dan kemudahan pemanduan.
Sistem Lampu Ambien Dinamik Premium 64 Warna mewujudkan suasana kabin yang diperibadikan, manakala sistem infotainmen bersaiz 15.6 inci yang dikuasakan cip Qualcomm Snapdragon 8155 menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sekali gus menyediakan akses lancar kepada hiburan dan fungsi penting.
Kemudahan moden seperti pengecasan tanpa wayar menambah keselesaan penggunaan, manakala sistem pemantauan pemandu meningkatkan tahap keselamatan dan kesedaran semasa memandu.
Sistem stereng berkuasa dan paparan head-up display (HD) membolehkan pemandu kekal fokus di atas jalan raya, manakala perehat tangan dengan sistem penyejukan terbina dalam memberikan tahap praktikaliti dan keselesaan tambahan untuk pemanduan harian.

Dibina untuk Prestasi
TIGGO 9 dikuasakan oleh enjin 2.0TGDI yang responsif, menghasilkan 256 PS dan tork 390 Nm, menawarkan prestasi mantap untuk pemanduan di bandar mahupun lebuh raya.
Enjin ini dipadankan dengan transmisi klac berkembar (dual-clutch) tujuh kelajuan yang memastikan pertukaran gear lancar serta pengalaman pemanduan yang lebih halus.

Walaupun menawarkan prestasi tinggi, TIGGO 9 mengekalkan penggunaan bahan api sebanyak 8.3 liter bagi setiap 100 kilometer, sekali gus mengimbangi kecekapan dan kuasa. Sistem pacuan semua roda (All-Wheel Drive) yang pintar, digabungkan dengan tujuh mod pemanduan pintar (Eco, Normal, Sport, Snow, Mud, Sand dan Off-Road), membolehkan kenderaan menyesuaikan diri dengan yakin dalam pelbagai keadaan jalan dan pemanduan.
Keselamatan Mewah
Keselamatan merupakan tunjang utama dalam reka bentuk TIGGO 9, dengan struktur badan yang dibina menggunakan 85% keluli berkekuatan tinggi, termasuk 21% keluli terbentuk tekan panas (hot-pressed formed steel) bagi meningkatkan keteguhan dan perlindungan.
SUV ini turut dilengkapi dengan 10 beg udara yang memberikan perlindungan menyeluruh kepada semua penumpang.

Selain itu, sistem ADAS 2.5 menawarkan 23 ciri bantuan pemanduan canggih yang menyokong pemanduan lebih selamat dalam pelbagai situasi. Antara ciri tersebut ialah Sistem Bantuan Parkir Automatik (Automatic Park Assist), yang memudahkan proses parkir dengan membolehkan kenderaan mengemudi sendiri ke ruang parkir yang sempit dengan tepat dan mudah.

Warna dan Pakej
CHERY TIGGO 9 | ||
Warna | Matte Grey Carbon Black | |
Early Bird Launch Package | Prime | Flexi |
|
| |
Harga | RM 179,800* | RM 166,800* |
*Tertakluk kepada terma dan syarat.


























Komen