BYD ATTO 3 Performance 2026 Dilancar, 330 kW dan 560 Nm

Sempena sambutan Merdeka ke-69 Malaysia, BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, telah melancarkan BYD ATTO 3 2026 Performance hari ini dalam jumlah terhad sebanyak 69 unit. Pelancaran varian edisi terhad ini diadakan pada hari yang bermakna untuk meraikan dan menandakan simbolik sambutan kebanggaan negara dan kemajuan pengangkutan elektrik, sambil melengkapkan barisan kenderaan BYD ATTO 3 2026 di Malaysia.
Varian Performance mengukuhkan lagi daya tarikan BYD ATTO 3 dengan menyediakan kuasa lebih tinggi, pecutan lebih pantas dan keupayaan pacuan semua roda, sambil mengekalkan ciri-ciri praktikal, keselesaan dan keselamatan yang telah menjadikan SUV elektrik ini pilihan popular dalam kalangan pemandu Malaysia. Dengan keupayaan memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.0 saat, kenderaan ini direka untuk pelanggan yang ingin memiliki EV kegunaan harian dengan perwatakan yang lebih dinamik dan yakin.

Pelancaran ini juga melengkapkan rangkaian BYD ATTO 3 2026 di Malaysia, selepas varian Ultra dan Premium dilancarkan awal tahun ini. Secara keseluruhan, rangkaian tiga varian ini memberi pelanggan pilihan lebih jelas dari segi kebolehcapaian, jarak dan prestasi: varian Ultra memberikan pilihan asas yang mampu dimiliki, varian Premium mengimbangi jarak perjalanan dan prestasi pacuan roda belakang yang lebih kukuh, manakala varian Performance edisi terhad baharu menjanjikan varian paling berkuasa dan mengagumkan daripada BYD ATTO 3 2026.

Jacob Ma, Pengarah Urusan BYD Malaysia, berkata, “Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-69, kami berbangga untuk menyambut hari yang penting ini dengan menawarkan 69 unit BYD ATTO 3 2026 Performance baharu. BYD ATTO 3 telah memainkan peranan penting untuk menjadikan pengangkutan elektrik lebih mudah diakses oleh pemandu Malaysia, dan varian Performance membawa tawaran kami lebih jauh lagi. Dengan kuasa yang lebih tinggi, pacuan semua roda dan teknologi bateri terkini serta ciri-ciri pintar, varian ini menawarkan prestasi dan pengalaman memandu yang lebih menyeronokkan meneruskan kepercayaan yang telah dibina oleh model yang sememangnya sudah dikenali oleh rakyat Malaysia.”

Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, berkata, “Sejak diperkenalkan, lebih daripada 13,000 unit BYD ATTO 3 kini dipandu di jalan raya Malaysia — jelas mencerminkan daya tarikan model tersebut dan momentum BYD yang semakin kukuh dalam pasaran pengangkutan elektrik. Dengan varian Performance 2026, kami terus membina kejayaan yang telah dicapai sambil mengutamakan proses pemilikan pelanggan.
Disokong oleh rangkaian kemudahan BYD semakin luas yang terdiri daripada 44 cawangan jualan dan pemasaran, 28 pusat servis dan 12 pusat baik pulih badan & cat badan kenderaan, di samping pelancaran Program Pramilik BYD Certified, kami memastikan pelanggan diberi perhatian di setiap peringkat pemilikan.”

Sorotan Kelebihan BYD ATTO 3 Performance 2026
Kelebihan BYD ATTO 3 Performance 2026 bertunjangkan rangkaian kuasa elektrik output tinggi yang menghasilkan output sistem tergabung dengan kuasa 330 kW dan tork 560 Nm tork, menjadikannya BYD ATTO 3 paling bertenaga setakat ini. Sistem pacuan semua roda menyokong masa pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 4.0 saat, memberikan pemandu tindak balas lebih pantas, cengkaman lebih kuat dan pemanduan lebih yakin di jalan raya bandar, lebuh raya dan dalam keadaan cuaca yang berubah-ubah.

Biarpun bertumpukan prestasi, varian ini menjanjikan ciri-ciri kelebihan yang praktikal SUV elektrik BYD ATTO 3. Kenderaan ini menggunakan Bateri Bilah 74.88 kWj, menyediakan keupayaan pengecasan pantas DC sehingga 220kW dan menawarkan jarak pemanduan 530 km (NDEC), yang memberikan fleksibiliti yang diperlukan bagi pemanduan ulang alik harian dan juga perjalanan lebih jauh pada hujung minggu.

Selain daripada rangkaian kuasa, varian Performance mengekalkan format SUV praktikal BYD ATTO 3, dengan kabin bertumpukan keselesaan dan teknologi keselamatan komprehensif. Antara penambahan fungsi termasuk Paparan Kepala pada Cermin Depan (W-HUD), dan buat pertama kali dalam rangkaian BYD ATTO 3, sebuah peti sejuk kenderaan dengan fungsi penyejukan dan pemanasan, bersama sistem Bantuan Pemandu Lanjutan yang dibawa daripada varian Premium, yang termasuk ciri-ciri seperti Kawalan Had Kelajuan Pintar (ISLC), Pengecaman Isyarat Jalan (TSR), Amaran Lalu Lintas Silang Depan (FCTA) dan Brek Lalu Lintas Silang Depan (FCTB). Secara bersama, penambahbaikan ini menjanjikan pengalaman memandu menarik yang tidak terhad kepada keupayaan memecut semata-mata, memastikan kenderaan mengekalkan keselesaan, ciri praktikal dan sifat serba boleh yang dijangkakan daripada sebuah SUV elektrik kegunaan harian.

Tawaran varian Performance Edisi Terhad
Hanya 69 unit BYD ATTO 3 Performance 2026 edisi terhad akan disediakan di Malaysia, dengan jumlah tersebut dipilih sempena memperingati sambutan Merdeka ke-69 Malaysia pada 2026. Peruntukan istimewa ini memberikan peluang eksklusif kepada pelanggan untuk memiliki BYD ATTO 3 paling berkuasa dalam rangkaian semasa.

Ditawarkan pada harga RM149,800 untuk varian Performance, manakala, Varian Ultra dan Premium sedia ada masing-masing akan terus disenaraikan pada harga RM125,800 dan RM138,800.
Varian | Harga Runcit | Warna Disediakan |
Ultra | RM125,800 | Ski White (Putih), Atlantis Grey (Kelabu Atlantis), Shark Grey (Kelabu), Cosmos Black (Hitam) |
Premium | RM138,800 | Ski White (Putih), Atlantis Grey (Kelabu Atlantis), Shark Grey (Kelabu), Cosmos Black (Hitam) dan Warna BAHARU; Gemilang Blue |
Performance | RM149,800 | Ski White (Putih), Atlantis Grey (Kelabu Atlantis), Shark Grey (Kelabu), Cosmos Black (Hitam) |
Varian baharu ini boleh ditinjau dan ditempah di bilik-bilik pameran BYD mulai hari ini. Pelanggan juga dijemput mengunjungi bilik pameran BYD yang terdekat pada hujung minggu ini, dari 11 hingga 13 September, untuk melihat dengan lebih dekat BYD ATTO 3 Performance 2026 dan membuat tempahan.
Pakej Pelancaran Eksklusif 2026 BYD ATTO 3 Performance
Sempena majlis pelancaran rasmi 2026 BYD ATTO 3 Performance, para pelanggan berpeluang menikmati pakej eksklusif bernilai sehingga RM10,000* — direka khas untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik.

Pakej ini menawarkan dua pilihan:
• Pilihan A: Pemasangan Standard Wall Charger + Overtrade bernilai sehingga RM6,000*
• Pilihan B: Pakej Servis Standard 6 Tahun + Overtrade bernilai sehingga RM5,000*
Tawaran terhad ini menegaskan komitmen BYD dalam menyediakan aksesibiliti, nilai, dan kemudahan yang lebih baik ketika rakyat Malaysia beralih kepada mobiliti elektrik.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Jaminan Komprehensif & Nilai Tambahan
BYD ATTO 3 Performance 2026 Edisi Terhad disertakan dengan pakej waranti komprehensif sama seperti rangkaian BYD ATTO 3 yang lain, memberi pelanggan tahap jaminan tambahan sepanjang proses pemilikan mereka.
Liputan jaminan termasuk:
● Jaminan kenderaan 6-tahun atau 150,000 km
● Jaminan Bateri Bilah voltan tinggi 8-tahun atau 160,000 km
● Jaminan unit pacuan 8-tahun atau 160,000 km
Aksesori percuma termasuk:
● Adapter Bekalan Kuasa Daripada Kenderaan (V2L)
● Kabel pengecasan Jenis 2 dengan plag 3 pin
BYD ATTO 3 Performance 2026 – Spesifikasi Produk
Spesifikasi | Ultra | Premium | Performance |
Bateri (Bilah LFP) | Bateri Bilah BYD 60.48 kWj | Bateri Bilah BYD 74.88 kWj | Bateri Bilah BYD 74.88 kWj |
Output Kuasa | 150 kW | 230 kW | 330 kW (Tergabung) |
Tork | 310 Nm | 380 Nm | 560 Nm (Tergabung) |
Jarak (NEDC) | 480 km | 600 km | 530 km |
Kelajuan Pengecasan | Pengecasan pantas sehingga 110 kW | Pengecasan pantas DC sehingga 220 kW | Pengecasan pantas DC sehingga 220 kW |
Pecutan | 0–100 km/j dalam 7.3s | 0–100 km/j dalam 5.5s | 0–100 km/j dalam 4.0s |
Rangkaian Kuasa | Pacuan roda depan | Pacuan roda belakang | Pacuan Semua Roda |
Suspensi | MacPherson + Berbilang pautan | MacPherson dengan sendi dwibebola + Suspensi belakang lima pautan | MacPherson dengan sendi dwibebola + Suspensi belakang lima pautan |
Beg Udara Depan, Sisi, Tepi (Tengah) | Tiada | Ada | Ada |
Kapasiti Muatan Maksimum | 1,340 liter | 1,360 liter + Kapasiti ruang depan 101L | 1,360 liter + Kapasiti ruang depan 101L |
Panjang Keseluruhan | 4,455 mm | 4,455 mm | 4,455 mm |
Tinggi Keseluruhan | 1,615 mm | 1,615 mm | 1,615 mm |
Lebar Keseluruhan | 1,875 mm | 1,875 mm | 1,875 mm |
Saiz Tayar | 235/50 R18 | 235/50 R18 | 235/50 R18 |
Jarak Roda | 2,720 mm | 2,720 mm | 2,720 mm |
Infohiburan | Skrin tengah 15.6”; Panel Instrumen Digital 8.8” | Skrin tengah 15.6”; Panel Instrumen Digital 8.8” | Skrin tengah 15.6”; Panel Instrumen Digital 8.8” |
Pengecasan Tanpa Wayar | 50W | 50W | 50W |
Bumbung Suria | Bumbung Suria Panorama dengan Gelongsor Elektrik dan ciri Anti-Tersepit | Bumbung Suria Panorama dengan Gelongsor Elektrik dan ciri Anti-Tersepit | Bumbung Suria Panorama dengan Gelongsor Elektrik dan ciri Anti-Tersepit |
Tempat Duduk | Tempat duduk berudara pemandu dan penumpang depan | Tempat duduk berudara pemandu dan penumpang depan | Tempat duduk berudara pemandu dan penumpang depan |
Pelaras Kuasa Tempat Duduk Pemandu | 6-hala | 6-hala | 6-hala |
Pelarasan Tempat Duduk Penumpang Depan | 4-hala | 4-hala | Belakang 4-hala |
ADAS | ADAS Standard | ADAS Dinaik Taraf | ADAS Dinaik Taraf |
Keselamatan | 6 Beg Udara | 7 Beg Udara | 7 Beg Udara |
Kawalan Had Kelajuan Pintar (ISLC) | Tiada | Ya | Ya |
Pengecaman Isyarat Lalu Lintas (TSR) | Tiada | Ya | Ya |
Amaran Lalu Lintas Silang Depan (FCTA) | Tiada | Ya | Ya |
Brek Lalu Lintas Silang Depan (FCTB) | Tiada | Ya | Ya |
Penyaman Udara | Zon Tunggal | Dua Zon | Dua Zon |
Peti Sejuk Kenderaan | Tiada | Ya (Pendinginan & Pemanasan) | Ya (Pendinginan & Pemanasan) |
Tonneau cover | Tiada | Tiada | Ya |




















Komen