Honda City Baharu Tampil dengan Penampilan Lebih Berani, Kini Dibuka untuk Tempahan
Updated: 2 Sep

PETALING JAYA, 27 Ogos 2026 – Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Honda City Baharu kini dibuka secara rasmi untuk tempahan, menampilkan reka bentuk yang lebih berani dan sporty serta beberapa ciri baharu yang dipertingkatkan untuk memenuhi keperluan pemanduan moden.
Sebagai salah satu sedan segmen-B popular di Malaysia, Honda City terus menjadi pilihan pelbagai golongan, daripada golongan profesional muda yang memiliki kereta pertama hinggalah keluarga yang mencari kenderaan harian yang praktikal dan boleh dipercayai. Meneruskan legasi tersebut, Honda City Baharu hadir dengan gaya yang lebih muda dan dinamik, di samping menawarkan tahap kemudahan serta fungsi yang lebih menyeluruh.
Honda City Baharu dengan Reka Bentuk Lebih Sporty
Honda City Baharu tampil dengan reka bentuk luaran yang lebih sporty dan moden, sambil mengekalkan DNA reka bentuk yang menjadi identitinya.
Antara perubahan utama ialah reka bentuk lampu hadapan bersepadu baharu dengan bar lampu penuh, memberikan wajah hadapan yang lebih kemas dan menyerlah. Reka bentuk bahagian hadapan turut diperbaharui dengan penambahan air curtain buat pertama kali pada model ini, menghasilkan penampilan yang lebih lebar dan dinamik.
Bahagian belakang pula menerima beberapa kemasan sporty baharu yang melengkapkan reka bentuk keseluruhan tanpa mengubah siluet ikonik Honda City.
Bagi varian RS, penampilan sporty diperkukuhkan dengan rim aloi 16 inci milled baharu dalam kemasan dua tona Berlina Black dan Dark Clear.
Ciri Baharu Tingkatkan Keselesaan dan Keselamatan
Dari segi teknologi, Honda City Baharu dilengkapi Display Audio baharu bersaiz 10 inci dengan Ambient Light, menawarkan paparan lebih besar serta antara muka yang lebih intuitif.
Model ini turut menerima Multi-View Camera System (Kamera Pandangan 360°) yang memberikan pandangan lebih menyeluruh di sekeliling kenderaan, sekali gus membantu pemandu ketika meletakkan kenderaan atau bergerak di kawasan bandar yang sempit.
Selain itu, semua varian kini dilengkapi Blind Spot Information dengan Cross Traffic Monitoring System. Sistem ini memberi amaran kepada pemandu apabila terdapat kenderaan yang dikesan di kawasan titik buta, khususnya ketika menukar lorong.
Pilihan Enjin Petrol dan Hibrid
Honda City Baharu terus menawarkan pilihan sistem rangkaian kuasa petrol dan hibrid.
Varian 1.5L e:HEV menggunakan transmisi Electric Continuously Variable Transmission (e-CVT) dan menghasilkan 109 PS serta 253 Nm tork daripada motor elektrik. Sistem ini menggabungkan mod EV, Hybrid dan Engine Drive secara automatik bagi memberikan pemanduan yang responsif dan cekap, sama ada ketika melalui kesesakan bandar atau perjalanan jauh di lebuh raya.
Bagi pilihan petrol, enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi CVT menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork, menawarkan prestasi yang lancar dan responsif untuk kegunaan harian.
Honda SENSING Ditawarkan pada Semua Varian
Dari aspek keselamatan, Honda SENSING kekal sebagai ciri standard untuk semua varian Honda City Baharu.
Antara sistem bantuan pemanduan yang ditawarkan termasuk:
Lane Departure Warning (LDW)
Road Departure Mitigation (RDM)
Lane Keep Assist System (LKAS)
Forward Collision Warning (FCW)
Collision Mitigation Braking System (CMBS)
Auto High Beam (AHB)
Adaptive Cruise Control (ACC)
Low Speed Follow (LSF)*
Lead Car Departure Notification (LCDN)
Ganjaran Early Bird RM3,000
Sempena pembukaan tempahan Honda City Baharu, Honda Malaysia menawarkan Ganjaran Early Bird bernilai RM3,000 kepada pelanggan yang membuat tempahan antara 27 Ogos hingga 30 September 2026.
Dalam meraikan sambutan Hari Merdeka menerusi kempen “One Nation, Shared Rewards”, Honda Malaysia turut akan memperkenalkan Honda City Pop-up Store di lokasi terpilih. Maklumat mengenai lokasi akan diumumkan dan dikemas kini melalui laman rasmi Honda Malaysia.
Honda City Baharu kini dibuka untuk tempahan secara dalam talian di prebook.honda.com.my serta di pengedar sah Honda di seluruh negara. Tempahan turut boleh dibuat melalui aplikasi HondaTouch.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengunjungi laman rasmi Honda Malaysia atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.




















Komen