AVETA PERLUAS KELUARGA VANGUARD DENGAN PELANCARAN VANGUARD 180 BAHARU DAN VANGUARD 250 EDISI TERHAD

Putrajaya, 4 Ogos 2026 – Aveta Motor Malaysia terus memperkukuh rangkaian motosikal Vanguard dengan memperkenalkan dua model baharu, iaitu Aveta Vanguard 180 dan Aveta Vanguard 250 Edisi Terhad, susulan sambutan positif terhadap Vanguard 250 sejak dilancarkan pada Januari 2025.Pengenalan kedua-dua model ini dibuat berdasarkan kajian pasaran dan maklum balas daripada para penunggang, yang menunjukkan peningkatan permintaan terhadap motosikal Vanguard berkapasiti lebih kecil. Model baharu ini masih mengekalkan reka bentuk tersendiri, tahap keselesaan dan karakter berinspirasikan pengembaraan, namun menawarkan pengalaman tunggangan yang lebih mudah dikendalikan untuk kegunaan harian.

Vanguard 180 diperkenalkan sebagai pilihan lebih mudah didekati bagi penunggang yang ingin memulakan gaya hidup kembara, manakala Vanguard 250 Edisi Terhad tampil dengan sentuhan lebih eksklusif melalui pengeluaran terhad kepada hanya 688 unit, setiap satu dilengkapi nombor siri individu.
“Melalui Vanguard 180, kami menjadikan gaya hidup kembara lebih mudah diceburi oleh penunggang yang mengutamakan keselesaan, versatiliti dan penampilan yang lebih menyerlah di jalan raya tanpa perlu terus beralih kepada motosikal berkapasiti lebih besar,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia.

“Pada masa yang sama, Vanguard 250 Edisi Terhad menawarkan ekspresi yang lebih tersendiri bagi platform ini dengan menggabungkan perincian eksklusif bersama keistimewaan memiliki sebuah model edisi terhad.”
VANGUARD 250 EDISI TERHAD – LEBIH EKSKLUSIF DAN BERKARAKTER
Dibangunkan berdasarkan sambutan positif terhadap Vanguard 250, versi Edisi Terhad ini ditawarkan kepada penunggang yang mahukan penampilan lebih unik serta pengalaman pemilikan yang berbeza.
Hanya 688 unit akan dikeluarkan, dengan setiap motosikal dilengkapi nombor siri individu sebagai tanda keunikannya. Model ini turut menerima beberapa kemasan eksklusif seperti reka bentuk hendal yang lebih sporty dan pemijak kaki logam bagi menyerlahkan karakter kembaranya.

Antara ciri eksklusif lain ialah paparan pembukaan khas Edisi Terhad pada meter, pelekat grafik khusus serta emblem bernombor individu pada setiap unit.
Vanguard 250 Edisi Terhad ditawarkan dalam warna Eclipse Blue dan hanya boleh didapati menerusi Pengedar Preferred Aveta.
VANGUARD 180 – PILIHAN BAHARU UNTUK GAYA HIDUP KEMBARA
Vanguard 180 pula diperkenalkan dalam kategori Adventure Touring Crossover (ATC), menggabungkan praktikaliti untuk kegunaan harian dengan pengalaman tunggangan kembara.
Model ini menampilkan reka bentuk berinspirasikan pengembaraan, posisi tunggangan tegak serta ciri keselesaanyang sebelum ini terdapat pada model berkapasiti lebih besar. Ia sesuai untuk penunggang yang mahu menaik taraf daripada motosikal berkapasiti lebih kecil atau mereka yang ingin mencuba segmen motosikal kembara.

Vanguard 180 dikuasakan oleh enjin 174cc sejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi automatik
CVT, menawarkan pengalaman tunggangan yang mudah dikendalikan untuk perjalanan dalam bandar, lebuh raya dan tunggangan hujung minggu.
Dari segi ergonomik, model ini dilengkapi ketinggian tempat duduk 780mm, suspensi belakang boleh laras dan jarak kelegaan tanah 140mm. Gabungan ciri ini membantu memberikan keselesaan dan keyakinan ketika melalui jalan bandar, permukaan tidak rata serta laluan berbatu.
Untuk aspek keselamatan dan kemudahan, Vanguard 180 hadir dengan:
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
Skrin sentuh TFT 7 inci
Kamera hadapan bersepadu
Sistem kunci pintar
Port pengecasan USB Jenis-A dan Jenis-C
Direka untuk memenuhi keperluan penunggang bandar dan pinggir bandar, Vanguard 180 sesuai digunakan untuk perjalanan harian ke tempat kerja, tunggangan lebuh raya, aktiviti hujung minggu dan kembara jarak dekat.

Vanguard 180 ditawarkan dalam pilihan warna Gray Sandstone dan Neon Terrain. Sementara itu, varian Explorer Packhadir dalam warna eksklusif Frost White serta dilengkapi kotak simpanan berkapasiti 46 liter dan pelindung rangka motosikal bagi meningkatkan praktikaliti ketika melakukan aktiviti pengembaraan.

Kedua-dua varian Vanguard 180 kini boleh didapati menerusi pengedar sah Aveta di seluruh negara.
Pengenalan Vanguard 180 dan Vanguard 250 Edisi Terhad mencerminkan usaha Aveta untuk memperluaskan pilihan kepada penunggang serta mengukuhkan komuniti Vanguard di Malaysia.
Dengan Vanguard 180 menyasarkan penunggang yang mahu memulakan pengalaman dalam segmen motosikal kembara, manakala Vanguard 250 Edisi Terhad menawarkan pilihan lebih eksklusif, kedua-dua model ini melengkapkan lagi rangkaian Vanguard untuk memenuhi keperluan penunggang daripada pelbagai latar belakang dan tahap pengalaman.

Aveta turut akan terus memperkembangkan komuniti Vanguard melalui aktiviti yang membolehkan pemilik berinteraksi, menunggang bersama dan berkongsi pengalaman, selari dengan usaha membina budaya motosikal kembara yang lebih aktif, kukuh dan inklusif di Malaysia.




















Komen