top of page

DENZA Malaysia Memperkenalkan DENZA Z9GT, Menandakan Era Baharu Grand Tourer Mewah Pintar di Malaysia

Writer: Anna Chong
Anna Chong
16 Jul
4 min membaca

DENZA Z9GT

DENZA Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan DENZA Z9GT, menandakan penampilan sulungnya di Asia Pasifik dengan harga bermula RM358,800, sekaligus membuka era baharu dalam segmen Grand Tourer mewah pintar untuk pasaran Malaysia.


DENZA Z9GT

Berlatarbelakangkan pemandangan ikonik Kuala Lumpur dengan Menara Berkembar Petronas sebagai mercu tanda utama, majlis pelancaran eksklusif ini meraikan kehadiran model utama terbaharu DENZA menerusi gabungan inovasi automotif dan seni mewah. Para tetamu menikmati pengalaman pelbagai deria yang menampilkan persembahan kuartet bertali 16 anggota, opera, balet serta demonstrasi dinamik yang menyerlahkan keupayaan DENZA Z9GT, termasuk fungsi Compass Turn dan Crab Walk yang dikuasakan oleh e3 Platform.



Majlis penuh berprestij itu diakhiri dengan pertunjukan piroteknik yang memukau, menandakan permulaan era baharu mobiliti mewah pintar di Malaysia.


Majlis tersebut turut dihadiri oleh Encik Liu Xueliang, Naib Presiden BYD dan Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto BYD Asia Pasifik, yang berkongsi perjalanan inovasi teknologi BYD, perkembangan global serta komitmen berterusan syarikat dalam mentakrifkan semula mobiliti pintar.


DENZA Z9GT

Dalam ucapannya, Encik Liu menekankan pelaburan berterusan BYD dalam bidang inovasi, disokong oleh pasukan global yang terdiri daripada lebih 123,000 jurutera penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berdedikasi untuk memajukan teknologi kenderaan tenaga baharu. Beliau turut menegaskan bahawa inovasi teknologi kekal menjadi sebahagian daripada DNA BYD, memacu usaha syarikat dalam membangunkan penyelesaian mobiliti yang lebih selamat, pintar dan cekap.


Beliau turut berkongsi pencapaian penting BYD di peringkat global, termasuk pengeluaran kenderaan tenaga baharu ke-17 juta syarikat serta kejayaan mencatatkan lebih 4.6 juta jualan kenderaan tenaga baharu di seluruh dunia.


DENZA Z9GT

“Pelanggan hari ini tidak lagi mentakrifkan kemewahan semata-mata melalui lencana legasi atau bahan premium, sebaliknya mencari teknologi pintar yang dapat meningkatkan pengalaman kehidupan seharian serta memberikan nilai yang lebih bermakna. Melalui DENZA Z9GT, kami mentakrifkan semula mobiliti mewah dengan menggabungkan kecerdasan, prestasi dan inovasi secara lancar untuk memenuhi keperluan pelanggan masa kini. Sebagai model pertama yang dilengkapi dengan Bateri Blade Generasi Kedua BYD, DENZA Z9GT menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi, jarak pemanduan yang lebih jauh serta keupayaan pengecasan ultra pantas, memberikan kemudahan dan keyakinan lebih besar kepada para pelanggan kami,” kata Jacob Ma, Pengarah Urusan BYD Malaysia.


DENZA Z9GT

DENZA Z9GT Hadir Sebagai Grand Tourer Mewah Pintar Termaju di Malaysia

Berpandukan falsafah “Technology Drives Elegance”, DENZA Z9GT menggabungkan kejuruteraan termaju, prestasi mengujakan serta kemasan berkualiti tinggi yang diperhalusi, mentakrifkan semula pengalaman grand touring elektrik mewah untuk era baharu.


Dicipta dengan kemewahan yang terserlah dari dalam hingga ke luar, DENZA Z9GT dibina berasaskan e3 Platform revolusioner BYD dan dikuasakan oleh BYD Blade Batteri Generasi Kedua, menawarkan tahap prestasi, kecerdasan serta kecekapan yang dipertingkatkan. Sebagai antara model DENZA terawal yang direka untuk menyokong Teknologi Pengecasan Kilat BYD, DENZA Z9GT membawa pengalaman mobiliti mewah elektrik ke tahap seterusnya dengan menggabungkan teknologi termaju dan kemudahan penggunaan harian.


DENZA Z9GT

Di sebalik keupayaan DENZA Z9GT ialah e3 Platform, iaitu seni bina kenderaan pintar DENZA paling maju setakat ini. Dilengkapi sistem pacuan semua roda tri-motor yang menghasilkan kuasa sehingga 850 kW (1,156 PS) dan tork 1,210 Nm, Z9GT mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.7 saat, sambil menawarkan jarak pemanduan elektrik tulen sehingga 701 km (NEDC).


DENZA Z9GT

Selain prestasi luar biasa, e3 Platform turut meningkatkan pengalaman pemanduan harian menerusi teknologi pintar termasuk sistem stereng gandar belakang sehingga 15°, jejari pusingan 4.62 meter yang terkemuka dalam kelasnya, e3 Parking, Mod Ketam (Crab Walk), Pencil Compass Turn serta Kawalan Gerakan Kenderaan (VMC). Teknologi ini membolehkan tahap ketangkasan, ketepatan dan kawalan yang lebih baik dalam pelbagai keadaan pemanduan.


DENZA Z9GT

Melengkapkan seni bina pintar ini ialah BYD Blade Batteri Generasi Kedua, dengan kapasiti 122.49 kWh serta seni bina voltan tinggi 1,000V. Direka untuk menawarkan kecekapan, kemudahan dan keselamatan lebih tinggi, bateri ini menyokong Teknologi Pengecasan Kilat BYD yang membolehkan pengecasan daripada 10% hingga 70% dalam masa hanya 5 minit dan daripada 10% hingga 97% dalam masa 9 minit.


Dengan ketumpatan tenaga kira-kira 5% lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya, sambil mengekalkan piawaian keselamatan unggul keluarga BYD Blade Battery, DENZA Z9GT menawarkan pengalaman pemanduan elektrik yang lebih lancar, pantas dan meyakinkan.


DENZA Z9GT

Melangkaui teknologi dan prestasi, DENZA Z9GT menampilkan bentuk luaran yang terserlah, perincian reka bentuk yang sofistikated serta ruang kabin mewah yang direka untuk gaya hidup moden. Bahan berkualiti tinggi, ciri keselesaan termaju, sistem audio 20 pembesar suara Devialet®, sambungan pintar dengan pemproses berprestasi tinggi serta Google terbina dalam, bersama tahap praktikaliti yang diperhalusi, mewujudkan ruang dalaman yang menggabungkan inovasi, keselesaan dan keanggunan secara harmoni.



Gabungan elemen ini menjadikan DENZA Z9GT sebagai penanda aras baharu bagi generasi seterusnya mobiliti mewah pintar. DENZA Z9GT tersedia dalam dua pilihan warna luaran, Rime Gold dan Obsidian Black, dengan pilihan kemasan dalaman yang direka untuk melengkapi setiap karakter luaran.


Pilihan warna luaran Rime Gold boleh dipadankan dengan pilihan dalaman Dark Chocolate & Perg Beige atau dalaman serba hitam yang menampilkan tempat duduk suede dengan jahitan kuning. Pilihan warna luaran Obsidian Black pula boleh dipadankan dengan pilihan dalaman Dark Chocolate & Red Velvet, Dark Chocolate & Perg Beige, atau dalaman serba hitam yang menampilkan tempat duduk suede dengan jahitan kuning.


DENZA Z9GT

Pakej Waranti dan Pemilikan DENZA Z9GT 

DENZA Z9GT ditawarkan bersama pakej pemilikan menyeluruh yang memberikan ketenangan fikiran kepada pelanggan:

 

  • Waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000km

  • Servis penyelenggaraan berjadual percuma 6 tahun bernilai RM10,000

  • Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun atau 160,000km

  • Waranti unit pacuan 8 tahun atau 160,000km

  • Sepasang fon telinga ultra-premium edisi khas DENZA bersama Devialet® bernilai RM2,000 sebagai hadiah eksklusif


DENZA Z9GT

Harga DENZA Z9GT 

Harga pasaran yang disyorkan bagi DENZA Z9GT (tidak termasuk insurans dan pendaftaran) adalah seperti berikut:

 

DENZA Z9GT: RM 358,800


DENZA Z9GT Kini Boleh Dipandu Uji di Bilik Pameran

Susulan penampilan sulungnya di Asia Pasifik yang berlangsung di Malaysia, DENZA Z9GT kini tersedia untuk pandu uji dan tontonan awam di semua Bilik Pameran DENZA Premium di seluruh negara seperti berikut: DENZA Balakong | DENZA Glenmarie | DENZA KLCC | DENZA KL North | DENZA Old Klang Road | DENZA Melaka | DENZA Penang | DENZA Skudai




Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page