top of page

Dongfeng Malaysia Tampilkan Tiga Model Elektrik dan Visi Mobiliti Masa Depan di Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 24 Jun
  • 3 min membaca
Dongfeng

Kuala Lumpur, Malaysia — Jun 2026 — Dongfeng Malaysia bersedia membuat penampilan kukuh di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026), dengan mempamerkan rangkaian kenderaan elektrifikasi yang semakin berkembang serta komitmen jangka panjang terhadap pasaran Malaysia.

Pameran ini menampilkan Dongfeng BOX,, Dongfeng 007, dan Dongfeng VIGO , yang mewakili penawaran semasa jenama ini di Malaysia serta menonjolkan visi Dongfeng terhadap mobiliti elektrik yang mudah diakses, pintar dan lestari.


Dongfeng Malaysia turut meneroka peluang untuk memperkenalkan model-model baharu pada masa hadapan kepada pengguna di Malaysia. Walaupun faktor logistik antarabangsa dan proses kawal selia yang sedang berjalan boleh mempengaruhi tempoh pelancaran, jenama ini kekal komited untuk memberikan gambaran awal mengenai hala tuju produk masa depan pada masa yang paling sesuai. Sekiranya kelulusan dan urusan logistik dapat disiapkan tepat pada waktunya, pengunjung mungkin berpeluang melihat pratonton model masa depan ini pada hujung minggu terakhir KLIMS 2026. Pengumuman lanjut akan dibuat apabila perancangan dimuktamadkan.


Dongfeng

Penyertaan Dongfeng Malaysia di KLIMS 2026 mengukuhkan lagi komitmen jangka panjang jenama ini terhadap Malaysia, termasuk rancangan untuk meneroka peluang pemasangan tempatan, memperkukuh kerjasama industri, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem automotif negara melalui pelaburan, penciptaan pekerjaan dan pemindahan ilmu.


Model Terkini di Malaysia

Dongfeng 007 — Sedan Gaya Hidup untuk Keluarga Moden & Eksekutif

Direka untuk keluarga celik teknologi, golongan profesional dan pengguna berorientasikan gaya hidup, Dongfeng 007 menggabungkan prestasi, praktikaliti dan mobiliti pintar dalam bentuk sedan coupe yang bergaya. Model ini menampilkan rekaan futuristik, teknologi keselamatan canggih, ruang kabin yang luas serta keupayaan EV jarak jauh. Ruang but serbaguna 452 liter boleh diperluas sehingga 1,026 liter apabila tempat duduk belakang dilipat, menawarkan fleksibiliti tambahan untuk kegunaan harian dan gaya hidup. 007 ditawarkan dalam varian 200kW dan 400kW berprestasi tinggi.


Dongfeng

Dongfeng VIGO — SUV EV Praktikal untuk Keluarga & Mobiliti Harian

Dibina untuk kepelbagaian dan kegunaan harian, Dongfeng Vigo sesuai untuk keluarga yang berkembang serta pengguna yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan nilai.

Model ini menampilkan ruang but 500 liter yang luas, reka bentuk pintu belakang split tailgate yang inovatif serta teknologi kimpalan laser gred aeroangkasa bagi meningkatkan keteguhan struktur dan kesempurnaan binaan. Diposisikan sebagai teman ideal untuk pemanduan bandar dan perjalanan hujung minggu, Vigo menawarkan kepraktisan, kemudahan dan keyakinan dalam pemanduan harian.


Donngfeng

Dongfeng BOX — EV Bandar untuk Profesional Muda & Pengguna EV Baharu

Direka untuk gaya hidup bandar moden, Dongfeng Box menyasarkan golongan profesional muda, pelajar serta pengguna EV pertama yang mencari kenderaan elektrik mampu milik tetapi bergaya.

Ringkas di bahagian luar namun praktikal di dalam, Box menawarkan mobiliti bandar pintar dengan ciri kemudahan pintar yang direka untuk perjalanan harian dan pemanduan dalam bandar.


Dongfeng

Memperkukuh Komitmen terhadap Pasaran dan Pelanggan Malaysia

“Malaysia merupakan pasaran strategik bagi pertumbuhan serantau Dongfeng. Melalui penyertaan kami di Kuala Lumpur International Mobility Show dan perancangan CKD pada masa hadapan, kami berhasrat untuk membawa penyelesaian mobiliti canggih lebih dekat kepada pengguna Malaysia sambil menyumbang kepada pembangunan industri automotif tempatan,” kata Soh Ming, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Volt Auto Malaysia.



Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang ini, Dongfeng Malaysia membiayai sepenuhnya peluasan dan penambahbaikan rangkaian jualan serta perkhidmatan selepas jualannya di seluruh negara bagi memastikan keyakinan pemilikan, akses yang lebih mudah dan ketenangan minda kepada pelanggan di mana sahaja mereka berada.


Pada masa yang sama, Dongfeng turut memajukan perancangan pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjangnya untuk menyokong pembangunan industri tempatan, memudahkan pemindahan ilmu, mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran serta menyumbang nilai yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia. Maklumat lanjut akan diumumkan setelah segala perancangan dimuktamadkan.


Ganjaran Eksklusif Acara untuk Pelanggan Baharu

Pengunjung ke reruai Dongfeng di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) boleh menikmati ganjaran eksklusif yang ditawarkan khas sepanjang acara berlangsung. Pelanggan yang membuat tempahan kenderaan baharu Dongfeng semasa pameran ini juga akan menerima hadiah eksklusif tambahan istimewa.


Dongfeng

Dongfeng Ambassador Search Campaign — Dibuka Sehingga 31 Julai 2026

Dongfeng Malaysia turut menjalankan Kempen Pencarian Duta Dongfeng di seluruh negara, yang dibuka kepada semua peserta sehingga 31 Julai 2026.


Peserta boleh menyertai pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup dengan berkongsi momen Dongfeng mereka untuk berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM100,000 dan tajaan kereta selama setahun bagi model pilihan mereka. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Pengunjung digalakkan untuk mengunjungi reruai Dongfeng sepanjang acara bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini dan merasai sendiri rangkaian penuh kenderaan elektrik tersebut.



Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page