GO ELECTRIC NOW bersama BMW Malaysia.
- Anna Chong

- 17 Nov
- 2 min membaca

BMW Malaysia memperkenalkan GO ELECTRIC NOW, kempen jualan akhir tahun di seluruh negara yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2025. Kempen ini membawakan pelbagai tawaran eksklusif untuk model BMW serba elektrik terpilih di semua pengedar sah BMW di Malaysia.
Kempen GO ELECTRIC NOW mengetengahkan rangkaian kenderaan elektrik (EV) BMW Malaysia dengan pelbagai tawaran menarik merangkumi pelbagai model elektrik.
Selaras dengan falsafah Power of Choice BMW, rangkaian tersebut merangkumi Kenderaan Aktiviti Sukan kompak seperti BMW iX1, BMW iX2 dan BMW iX. Turut ditawarkan adalah model Gran Coupé yang berpenampilan atletik serta sedan mewah seperti BMW i4 dan BMW i5, yang baru-baru ini dinobatkan sebagai dua kenderaan elektrik terbaik oleh Consumer Reports.
Merentasi keseluruhan rangkaian kenderaan elektrik BMW, setiap model menjanjikan Sheer Driving Pleasure melalui kawalan pemanduan yang tepat, sistem kuasa elektrik yang responsif, serta sambungan generasi baharu.

Kempen GO ELECTRIC NOW menawarkan insurans kenderaan percuma selama satu tahun, serta hingga enam tahun Servis Inklusif BMW dan lima tahun Pembaikan Inklusif BMW serta pembiayaan serendah 2.08 peratus setahun.*
*Tertakluk pada terma dan syarat.
Dengan pelan ansuran bulanan yang fleksibel daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pengalaman pemilikan premium kini dipertingkatkan ke tahap baharu.

Selain pembiayaan yang mudah diakses dan liputan servis yang menyeluruh, proses pengecasan kini dipermudah dengan panduan pemasangan pengecas di rumah serta akses kepada rangkaian pengecas awam di seluruh negara melalui rakan pengecas BMW.

Sehingga kini, BMW Group Malaysia bersama rakan strategiknya telah menyediakan lebih daripada 2,020 kemudahan pengecas untuk pemilik kenderaan elektrik di seluruh negara. Lebih daripada 100 kemudahan pengecas BMW i dan MINI juga disediakan di kebanyakan pengedar sah BMW serta lokasi rakan kerjasama di seluruh Malaysia.

Melangkaui bilik pameran, komitmen BMW Malaysia terhadap keyakinan dan ketenangan fikiran pemilik kenderaan yang menyeluruh diperkuh melalui Relax. We Care. – pendekatan 360 darjah terhadap pengalaman pemilikan BMW yang disampaikan melalui perkhidmatan bersepadu, termasuk Komitmen Servis BMW, Penjagaan Proaktif BMW, dan Keterhubungan Pemanduan Pintar BMW, bagi memastikan Sheer Driving Pleasure yang berterusan di setiap peringkat pemilikan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen GO ELECTRIC NOW, pelanggan boleh menghubungi Pengedar Sah BMW pilihan mereka atau melayari laman web rasmi BMW Malaysia.
Selain itu, terokai pelan pembiayaan yang mudah diakses dan disesuaikan mengikutkeperluan anda melalui All In. Simply Smart. daripada BMW Financial Services Malaysia di sini.


























Komen