JETOUR Menghidupkan Malaysia Sarong Music Run 2025, Meraikan Pengembaraan, Muzik Dan Budaya Selaku Rakan Automotif Rasmi
- Anna Chong

- 10 Okt 2025
- 2 min membaca

Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025, yang diadakan pada 20 September telah menghidupkan suasana di Kuala Lumpur dengan gabungan sukan, muzik dan budaya yang penuh bertenaga. JETOUR, selaku penaja utama dan rakan automotif rasmi acara ini, menyemarakkan lagi kemeriahan dengan kehadiran jenama yang dinamik serta aktiviti interaktif, sekali gus mencipta pengalaman penuh makna buat para peserta.

Edisi tahun 2025 ini menghimpunkan lebih 10,000 pelari berdaftar dan sekitar 30,000 penonton konsert, menjadikannya antara edisi paling meriah sejak penganjurannya. Kawasan sekitar KLCC bertukar menjadi lautan sarung berwarna-warni apabila peserta dari pelbagai peringkat umur bersama-sama meraikan perpaduan, kecergasan, dan budaya. Sebagai rakan automotif eksklusif, JETOUR menyerikan lagi acara dengan menampilkan SUV DASHING dan VT9, dua model yang mencerminkan falsafah “Travel+” berteraskan penerokaan, gaya hidup dan semangat komuniti.

Keterujaan acara sudah mula dirasai sejak sesi pengambilan kit larian, apabila para peserta bukan sahaja membuat persiapan untuk berlari, malah berpeluang mendekati barisan SUV terbaharu JETOUR sambil mengenali ciri dan teknologinya. Kemeriahan ini kemudian memuncak pada hari acara, apabila orang ramai hadir dengan semangat patriotik untuk meraikan sambutan sambil berinteraksi dengan jenama ini di Pavilion Kuala Lumpur. Interaksi radio secara langsung serta cetakan foto kenangan menjadi buah tangan istimewa buat para peserta, manakala kenderaan pamer bergerak serta hadiah kejutan di garisan penamat menambah lagi keceriaan suasana.
Antara detik kemuncak hari tersebut ialah konvoi kereta JETOUR yang menjadi pembuka tirai Fun Run 5 KM yang bermula dari KLCC. Konvoi ini menyuntik lebih banyak tenaga ke dalam acara ketika melalui jalan-jalan utama Kuala Lumpur sebelum menamatkan perjalanan di Wisma BSN. Dengan reka bentuk yang anggun dan mencuri perhatian, barisan kenderaan tersebut menyerlahkan semangat “Travel+” sambil menegaskan kehadiran JETOUR yang semakin kukuh di Malaysia.

“JETOUR bukan sekadar menghasilkan kenderaan — ia mewakili gaya hidup yang muda, dinamik dan saling terhubung,” kata Ke Chuandeng, Presiden JETOUR International. “Malaysia Sarong Music Run telah memberikan kami peluang istimewa untuk berinteraksi dengan komuniti dan generasi masa depan dengan cara yang bermakna sambil mencipta kenangan indah.”

Bermula dengan larian santai yang penuh keterujaan hingga ke konsert malam yang meriah bersama barisan ikon tempatan, termasuk Bunkface dan ramai lagi artis hebat tanah air, Malaysia Sarong Music Run menzahirkan semangat kembara, keterhubungan dan perayaan. Menerusi acara ini, JETOUR mengukuhkan falsafah ‘Travel+’ dengan menginspirasikan orang ramai untuk mentransformasikan setiap perjalanan menjadi sebuah pengembaraan yang luar biasa. MSMR 2025 turut mencipta sejarah baharu dengan menyatukan elemen kecergasan, hiburan dan kebanggaan budaya dalam satu pengalaman yang sukar dilupakan. Dengan sokongan JETOUR, acara ini melangkaui larian biasa, ia tampil sebagai sambutan yang meraikan kebebasan, kepelbagaian dan perpaduan.




















Komen