Mercedes-Benz Menampilkan Kemewahan Pilihan di Malaysia Autoshow 2025
- Anna Chong

- 14 Mei
- 3 min membaca

Di Malaysia Autoshow 2025, Mercedes-Benz Malaysia mengukuhkan komitmennya dalam menawarkan "Kemewahan Pilihan" dengan mempamerkan pelbagai model utama, termasuklah kenderaan Pra-Milik Bertauliah yang merangkumi enjin pembakaran dalaman berprestasi tinggi, hibrid plug-in progresif dan model elektrik sepenuhnya. Pameran ini membuktikan dedikasi jenama ini terhadap inovasi, prestasi dan kemewahan yang kekal abadi.
“Di Mercedes-Benz, setiap perjalanan pelanggan mencerminkan komitmen kami terhadap kecemerlangan—sama ada pengenalan pertama kepada jenama kami atau hubungan berterusan yang dibina atas dasar kepercayaan. Kenderaan Pra-Milik Bertauliah yang dipamerkan mengekalkan standard kemewahan, kualiti dan inovasi tanpa kompromi, menawarkan pelanggan bukan sahaja kereta yang luar biasa, malah pengalaman pemilikan yang diperibadikan dan lancar.” – Amanda Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Malaysia.
Kenderaan Pra-Milik Bertauliah ini menekankan komitmen Mercedes-Benz dalam meletakkan pelanggan sebagai keutamaan utama. Ia memberi peluang kepada pelanggan baharu untuk menyertai keluarga Mercedes-Benz dan memiliki kereta impian mereka dengan keyakinan penuh. Sama ada pembelian pertama atau impian yang lama diidamkan, setiap kenderaan yang dipamerkan telah diperiksa dengan teliti bagi memenuhi standard kualiti tanpa kompromi jenama ini.

Sorotan Khas: Young Star Agility+
"Young Star Agility+" mencerminkan janji ‘Kemewahan Pilihan’ kami—memberi keyakinan kepada pelanggan untuk melangkah ke dunia Mercedes-Benz. Dengan pelan bayaran fleksibel, Nilai Masa Depan Terjamin, dan manfaat pemilikan eksklusif, kami memudahkan pelanggan memiliki kenderaan Pra-Milik Bertauliah Mercedes-Benz yang sesuai dengan gaya hidup dan matlamat kewangan mereka—tanpa mengorbankan kualiti, kepercayaan, atau pengalaman premium yang mereka harapkan.” – Anamika Talwar, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Financial Malaysia.
Dicipta khas untuk kenderaan Pra-Milik Bertauliah Mercedes-Benz bawah 2 tahun, pelan pembayaran Young Star Agility+ memberikan pengalaman pemilikan yang benar-benar diperibadikan.
Dengan tempoh fleksibel dari 1 hingga 4 tahun dan had jarak perjalanan antara 10,000 km hingga 30,000 km setahun, pelanggan dapat menyesuaikan pelan mengikut gaya hidup mereka. Program ini merangkumi:
Bayaran bulanan lebih rendah melalui Nilai Masa Depan Terjamin (Guaranteed Future Value).
Pilihan untuk menyelesaikan, melanjutkan, atau memulangkan kenderaan di akhir tempoh perjanjian.
MobilityPlus: Kenderaan pengganti dijamin sekiranya kenderaan anda berada dalam servis melebihi 48 jam.
Sokongan insurans motor sehingga RM6,400 melalui Mercedes-Benz Star Protect.
Kredit pengecasan sehingga RM1,200 untuk pelanggan model EQ.
Eksekutif Kewangan & Insurans turut berada di tapak pameran bagi membantu pelawat membina pelan pemilikan yang sesuai dengan keperluan mereka—menjamin ketenangan fikiran dan laluan pemilikan yang lancar ke arah dunia Mercedes-Benz.

Model Utama di Mercedes-Benz Showcase
Tiga model tren kuasa unggulan yang menjadi tumpuan utama pameran ini:
Mercedes-AMG GT 63 S E PERFORMANCE
Mercedes-AMG GT 63 S E PERFORMANCE menggabungkan kuasa enjin V8 buatan tangan dengan ketepatan elektrifikasi, menghasilkan 620 kW (843 hp) dan lebih 1,400 Nm tork. Sebagai hibrid prestasi pertama dari Affalterbach, model ini menggabungkan enjin 4.0 liter V8 biturbo dengan motor elektrik yang mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 2.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 316 km/j. Kenderaan berprestasi tinggi ini juga menawarkan pelbagai pilihan pengubahsuaian termasuk kemasan cat eksklusif seperti MANUFAKTUR Kalahari Gold dan AMG Green Hell Magno.
Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+
Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ menyatukan prestasi elektrik sepenuhnya dengan DNA AMG. Ia dilengkapi dengan dua motor elektrik yang membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.5 saat, dengan kuasa 460 kW (625 hp) dan 950 Nm tork. Dinamik pemanduan dipertingkatkan lagi dengan sistem stereng gandar belakang sehingga 4.5 darjah untuk lebih kelincahan, dan Pakej AMG DYNAMIC PLUS yang menawarkan fungsi RACE START berkuasa tinggi, kelajuan maksimum yang ditingkatkan sehingga 240 km/j, dan pengalaman bunyi mengasyikkan AMG SOUND EXPERIENCE “Performance”. Ia menawarkan jarak pemanduan sehingga 527 km (WLTP). Ciri-ciri reka bentuk berani seperti AMG Night Package, rim AMG 21 inci hitam matte, dan angkup brek berwarna merah menyerlahkan lagi identiti sporty model ini.
Mercedes-Benz C 350 e
Mercedes-Benz C 350 e Plug-in Hybrid menggabungkan prestasi, kecekapan, dan kelestarian menerusi enjin 1,999 cc yang menghasilkan 150 kW (204 hp) dan 320 Nm tork. Ia menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 117 km (WLTP) serta hadir dengan rekaan luar sporty AMG Line yang dilengkapi Night Package dan rim aloi ringan 18 inci 5-jejari AMG. Teknologi canggih seperti DIGITAL LIGHT dan Adaptive Highbeam Assist Plus turut meningkatkan tahap inovasi dan pengalaman pemanduan.

Selain model flagship, kenderaan Mercedes-Benz Certified Pre-Owned juga ditampilkan dengan jelas di kawasan pandu uji — menawarkan pelanggan peluang untuk memiliki Mercedes-Benz yang telah diperiksa rapi dan dijamin kualitinya pada nilai yang sangat berpatutan.
Setiap kenderaan di bawah program Certified Pre-Owned menjalani pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan ia menepati piawaian tinggi Mercedes-Benz dari segi keselamatan, prestasi, gaya, dan kemudahan akses kepada kemewahan terbaik jenama ini.
Barisan model Certified Pre-Owned yang ditawarkan merangkumi pelbagai segmen, termasuk:
Mercedes-Benz A 200
Mercedes-Benz A 250 4MATIC
Mercedes-Benz GLA 200
Mercedes-Benz EQA 250
Mercedes-Benz E 200
Mercedes-Benz EQE 350+ AMG Line
Mercedes-Benz EQS 580 4MATIC SUV
Mercedes-Benz S 580 e
Pameran Mercedes-Benz Showcase di Dewan A1, Malaysia Autoshow 2025 dibuka dari 9 hingga 15 Mei di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Nikmati baucar eksklusif RM2,000 apabila anda membuat tempahan kenderaan Certified Pre-Owned semasa pameran ini. Baucar ini boleh ditebus untuk barangan dan perkhidmatan Mercedes-Benz di pusat servis sah seluruh Malaysia. Tertakluk kepada terma dan syarat.




















Komen