Mercedes-Benz mengiktiraf prestasi kakitangan perkhidmatan yang cemerlang di majlis Anugerah Kecemerlangan Perkhidmatan Serantau (SEAward)
- Anna Chong

- 4 Jul
- 2 min membaca

Mercedes-Benz Malaysia dengan bangganya telah menganjurkan majlis tahunan Service Excellence Award (SEAward) di Ho Chi Minh City, Vietnam bagi menghargai prestasi luar biasa dan dedikasi teguh rakan niaga jenama dari seluruh rantau ini. Acara ini menghimpunkan lebih 600 delegasi secara fizikal dan maya, mewakili pasaran Mercedes-Benz South East Asia II (SEA II) – termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Bangladesh, Kemboja, Polinesia Perancis, Laos, Myanmar dan Kaledonia Baru.


Amanda Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Malaysia & Ketua Wilayah, SEA II , berkata, “Di Mercedes-Benz, kami komited untuk memberikan pengalaman pelanggan yang mewah di setiap titik sentuhan. Kakitangan kami adalah teras utama dalam perjalanan ini, dan amat penting untuk kita terus menghargai serta meraikan sumbangan mereka. Kami amat berterima kasih kepada rakan niaga kami atas komitmen tidak berbelah bahagi dalam memberikan perkhidmatan melebihi jangkaan pelanggan, sambil terus menetapkan penanda aras tertinggi dalam kepuasan pelanggan. Kami kekal dedikasi dalam menyokong serta mengiktiraf pencapaian mereka demi kejayaan bersama.”

Edmin Naidoo, Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan, Mercedes-Benz Cars Malaysia & SEA II pula berkata, “Anugerah Service Excellence ini lebih daripada sekadar satu sambutan — ia adalah bukti nyata kepada usaha berterusan kami dalam mengejar kecemerlangan, inovasi, dan keupayaan melepasi jangkaan pelanggan di seluruh rantau ini. Saya amat berbangga dengan semangat serta dedikasi yang ditunjukkan oleh pasukan kami dalam menunaikan janji jenama Mercedes-Benz dan mencipta pengalaman pemilikan yang luar biasa di setiap titik sentuhan pelanggan.”

Majlis anugerah tahun ini menampilkan pencapaian dalam empat kategori utama: Platinum Star Award, General Distributor Award, serta dua anugerah paling berprestij – Super League Award dan Champion League Award untuk negara-negara yang mengambil bahagian. Anugerah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan jenama untuk mengiktiraf kakitangan Perkhidmatan Pengedar Rasmi yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam menyampaikan tahap kepuasan pelanggan tertinggi melalui Produk Terbaik, Perkhidmatan Terbaik, dan Pengalaman Pelanggan Terbaik kepada para pemilik Mercedes-Benz.

Antara sorotan utama malam tersebut ialah penyampaian Champion League Award kepada Hap Seng Star Kinrara dari Malaysia, PT Suri Motor Indonesia, dan Cycle & Carriage Industries Pandan Loop dari Singapura. Sementara itu, Super League Award telah diberikan kepada Hap Seng Star Kota Kinabalu dari Malaysia dan PT Hartono Raya Motor Surabaya dari Indonesia. Rakan pengedar ini telah menunjukkan prestasi unggul dalam setiap titik sentuhan pelanggan dan berjaya mencapai skor keseluruhan tertinggi dalam kecemerlangan perkhidmatan serta kepuasan pelanggan di seluruh rantau.
Program Anugerah Regional Service Excellence Mercedes-Benz ini diwujudkan bagi memberi pengiktirafan dan motivasi kepada kakitangan perkhidmatan pengedar rasmi yang secara langsung memberi impak terhadap pengalaman pemilikan pelanggan. Dengan lebih daripada 2,000 kakitangan perkhidmatan di seluruh rantau ini, program ini terus meningkatkan penanda aras dalam standard kecemerlangan perkhidmatan secara menyeluruh.

Di bawah ialah senarai penuh rakan kongsi runcit yang menang di rantau ini:






















Komen