top of page

MG Motor Malaysia Memperkenalkan Varian Baharu Cyberster RWD Roadster EV Pertama di Dunia dengan Scissor Doors Kini Bermula Dari RM299,900

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 9 Jul 2025
  • 3 min membaca

MG Cyberster RWD

MG Motor Malaysia dengan bangganya memperkenalkan varian baharu bagi kereta sport elektrik, MG Cyberster RWD yang kini ditawarkan pada harga bermula RM299,900. Penawaran ini memberikan rakyat Malaysia akses yang lebih mudah untuk memiliki roadster elektrik pertama di dunia yang menampilkan elektrik scissor doors serta reka bentuk yang mencuri tumpuan.


Dikuasakan sepenuhnya oleh motor elektrik yang menjana 340PS dan 475 Nm tork, MG Cyberster pacuan roda belakang mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 5 saat. Bateri berkapasiti 77kWh menyediakan jarak pemanduan sehingga 508km dan menyokong pengecasan pantas DC daripada 10 hingga 80% dalam hanya 38 minit. Kereta ini turut dilengkapi roda aloi 19-inci dan angkup brek Brembo memberikan keyakinan dan kawalan yang sepadan dengan prestasinya.


MG Cyberster RWD
MG Cyberster RWD

Kedua-dua varian MG Cyberster RWD dan 4WD menampilkan siluet rendah yang anggun dengan rekaan ekor gaya Kammback, lampu belakang LED berbentuk anak panah, serta kabin berinspirasikan perlumbaan yang dipadankan dengan kemasan kulit, sisipan Alcantara, dan sokongan lumbar yang dipertingkatkan. Di bahagian dalam, pemandu disambut dengan susunan tiga skrin utama yang merangkumi paparan digital pemandu 10.25-inci, dua skrin tambahan 7-inci, dan skrin sentuh infotainmen bersaiz 7-inci.


Cyberster direka sepenuhnya sebagai kenderaan elektrik sejati dan dilengkapi susun atur bateri mendatar ultra nipis yang memaksimumkan ruang kabin sambil mengekalkan pusat graviti rendah untuk pengendalian lebih tepat. Sistem teknologi bateri termaju pula membantu meminimumkan pengembangan sel bateri sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan memanjangkan jangka hayat bateri.


MG Cyberster RWD
MG Cyberster RWD

MG Cyberster ditawarkan dalam empat warna luaran menarik – Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow dan English White. Dynamic Red dan Camden Grey digandingkan dengan dalaman hitam dan merah, manakala Inca Yellow dan English White hadir bersama dalaman kelabu. Untuk sentuhan lebih menonjol, bumbung lembut berwarna merah ditawarkan sebagai pilihan tambahan pada harga RM2,000 berbanding warna hitam standard.


MG Cyberster RWD

"MG Cyberster menunjukkan sejauh mana kemajuan dunia kenderaan elektrik – ia menawarkan gaya, kuasa dan inovasi tanpa kompromi. Dengan kehadiran varian RWD baharu, kami membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki sebuah roadster elektrik sebenar yang menggabungkan warisan sukan permotoran kami dengan teknologi EV masa depan," kata Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia.


MG Cyberster RWD Interior

Pakej Waranti Komprehensif dan Pakej untuk Pembeli MG Cyberster

  • 7-tahun atau 150,000km Waranti Perbatuan Pada Kenderaan

  • 8-tahun atau 180,000km Waranti Perbatuan Pada Pek Bateri Voltan Tinggi

  • 8-tahun atau 160,000km Waranti Perbatuan Pada Pacuan Motor dan Unit Kawalan Motor

  • 1-tahun Pengecasan Tanpa Had dengan JomCharge dan Fungsi Pengecasan Automatik

  • Percuma Kotak Pengecasan Dinding 7kW


MG Cyberster RWD Interior

Pengumuman Harga MG Cyberster serba Baharu

Harga MSRP (sebelum yuran pendaftaran, tanpa insurans) untuk MG Cyberster serba Baharu ialah:

MG Cyberster RWD - RM299,900

MG Cyberster 4WD - RM319,900


Jangan Lepaskan MG Cyberster RWD di Siri Jelajah ‘Dare to Love’

Orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri MG Cyberster RWD serba baharu di siri jelajah MG Motor Malaysia “Dare to Love” yang akan berlangsung di 1 Utama (Old Wing), Ground Floor Centre Court, dari 9 hingga 13 Julai 2025, jam 10 pagi hingga 10 malam.


Pelanggan yang membuat tempahan bagi MG Cyberster sepanjang acara ini akan menerima pakej pengecasan tanpa had selama satu tahun melalui JomCharge lengkap dengan fungsi AutoCharge, pengecas AC Wallbox 7kW percuma, serta model diecast MG Cyberster edisi terhad dan eksklusif.



MG juga akan mempamerkan barisan penuh model popularnya termasuk MG5, MG4 dan MG HS manakala sesi pandu uji disediakan untuk pengunjung yang ingin merasai pengalaman pemanduan British Driving Dynamic MG5, MG4, MG HS dan MGS5 EV.


Sepanjang tempoh acara, MGS5 EV ditawarkan pada harga istimewa bermula dari RM109,900 untuk varian 49kWh MGS5 EV COM, RM119,900 untuk varian 62kWh COM Long Range, dan RM129,900 untuk varian tertinggi kesemuanya termasuk penjimatan pelancaran eksklusif bernilai RM6,000.



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page