top of page

Michelin Malaysia memperluaskan rangkaian tayar premium dengan MICHELIN Primacy 5 energy dan MICHELIN Pilot Sport 5 energy

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 6 jam lalu
  • 3 min membaca


Seiring dengan perubahan keperluan dalam ekosistem mobiliti yang dipacu oleh faktor alam sekitar, teknologi dan ekonomi, Michelin Malaysia mengumumkan secara rasmi pelancaran dua rangkaian tayar baharu iaitu MICHELIN Primacy 5 energy, tayar bertaraf tiga-A dengan jangka hayat terpanjang dalam segmennya; serta MICHELIN Pilot Sport 5 energy, tayar bertaraf dua-A yang diinspirasikan daripada legasi sukan permotoran dan direka untuk era baharu prestasi cekap tenaga. Kedua-dua rangkaian ini direka untuk memenuhi keperluan semua jenis kenderaan.

 

Florentin Odenwald, Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei berkata: “Rangkaian tayar baharu ini menawarkan kecekapan untuk semua kegunaan sambil mengekalkan prestasi mampan dari kilometer pertama hingga terakhir, sekali gus mengukuhkan komitmen Michelin terhadap mobiliti yang lebih selamat, cekap dan mampan.”  

 

“Landskap automotif Malaysia sedang berkembang pesat, dengan peningkatan penggunaan kenderaan elektrik, dominasi kenderaan utiliti sukan (SUV), dan jangkaan pengguna yang semakin tinggi terhadap setiap komponen kenderaan. Rangkaian tayar Michelin ini merupakan respons langsung kami terhadap perubahan tersebut. Dengan MICHELIN Primacy 5 energy dan MICHELIN Pilot Sport 5 energy, kami memastikan pemandu di Malaysia terus bergerak seiring dengan evolusi pasaran,” tambah Florentin.

 


MICHELIN Primacy 5 energy: Tayar Tiga-A dengan Jangka Hayat Terpanjang dalam Segmennya

Sebagai rangkaian tayar premium AAA[1] pertama Michelin, MICHELIN Primacy 5 energy menawarkan prestasi menyeluruh dengan penarafan tertinggi label A Eropah bagi bunyi luaran[2], cengkaman di permukaan basah[3],dan rintangan gelinciran[4]. Tayar ini juga menawarkan ketahanan luar biasa[5], memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh5 untuk kenderaan bahan api dan juga elektrik.  

 

MICHELIN Primacy 5 energy menawarkan beberapa kelebihan canggih:

·         Pemanduan Lebih Senyap dan Selesa, hasil teknologi MICHELIN Silent Rib Gen-3 dan MICHELIN Piano Acoustic Tuning yang mengurangkan bunyi bagi tayar baharu dan tayar yang terpakai.

 

·         Keselamatan Berpanjangan dengan prestasi membrek di permukaan basah yang dipertingkatkan, sama ada dalam keadaan tayar baharu atau telah digunakan. Tayar ini disokong oleh teknologi MICHELIN MaxTouch yang memaksimumkan sentuhan dengan jalan serta mengagihkan daya pecutan, membrek dan membelok secara sekata untuk memanjangkan hayat bunga tayar tanpa menjejaskan keselamatan.

 

Penggunaan Minyak dan Pengecasan Lebih Rendah, melalui kecekapan tenaga yang dioptimumkan melalui teknologi MICHELIN Slim Belt, yang menggunakan lapisan atas lebih nipis dengan penggunaan bahan mentah yang lebih sedikit tetapi mengekalkan kekuatan setara. Teknologi ini membantu meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api atau jarak bateri bagi kenderaan elektrik, digabungkan dengan sebatian berprestasi  tinggi MICHELIN Energy Passive 2.0 yang memastikan ketahanan yang cemerlang.  


 

MICHELIN Primacy 5 energy ditawarkan dalam 19 saiz bagi rim 18 hingga 21 inci, dengan harga jualan antara RM614 hingga RM1,624 di semua pengedar tayar sah Michelin di seluruh negara.

 

MICHELIN Pilot Sport 5 energy: Tayar Prestasi Mampan yang Menggabungkan Gaya Sporti dengan Kecekapan Tenaga

 

Berteraskan legasi sukan permotoran dan direka untuk era baharu prestasi cekap tenaga, MICHELIN Pilot Sport 5 energy merupakan tayar sport pertama Michelin dengan penarafan dua-A Eropah bagi cengkaman di permukaan basah dan rintangan gelinciran. Tayar ini menawarkan pengendalian dinamik serta pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan sambil mengurangkan penggunaan tenaga, sekali gus mentakrif semula prestasi mampan untuk kenderaan moden.

 

MICHELIN Pilot Sport 5 energy menawarkan pelbagai kelebihan canggih:

  • Pemanduan Berprestasi Tinggi, dengan teknologi MICHELIN Dynamic Response yang memastikan penghantaran kawalan stereng yang optimum ke permukaan jalan, serta MICHELIN Piano Acoustic yang mengurangkan bunyi tayar baharu dan tayar yang terpakai untuk pengalaman pemanduan yang lebih senyap.

 

  • Keselamatan Berterusan[1], menggunakan teknologi MICHELIN MaxTouch yang memaksimumkan sentuhan dengan jalan dan mengagihkan daya pecutan, membrek serta membelok secara sekata bagi memanjangkan hayat bunga tayar tanpa menjejaskan keselamatan.

 


Direka untuk Jarak Lebih Jauh[2]  dengan Kurang Pengisian Minyak dan Pengecasan[3], melalui kecekapan tenaga yang dioptimumkan oleh teknologi MICHELIN Slim Belt yang membantu meningkatkan kecekapan bahan api atau jarak perjalanan untuk bateri kenderaan elektrik. Tayar ini turut dilengkapi teknologi MICHELIN Bi-Compound yang menggabungkan sebatian MICHELIN Grip Adaptive di bahagian tengah untuk cengkaman optimum di permukaan kering dan basah, serta sebatian MICHELIN Energy        Passive pada bahu bunga tayar untuk mengurangkan penggunaan tenaga, sekali gus memberikan jarak perjalanan yang lebih jauh atau kecekapan bahan api yang lebih baik.


Kedua-dua rangkaian tayar premium baharu ini turut memperlihatkan penggunaan menyeluruh teknologi MICHELIN Premium Touch, yang meliputi keseluruhan sisi tayar untuk menghasilkan kemasan visual yang mewah. Dengan teknologi eksklusif dan dipatenkan Michelin, tayar ini menampilkan efek mikrotekstur baldu dengan kemasan hitam matte yang elegan, selari dengan penampilan kenderaan moden.


MICHELIN Pilot Sport 5 energy ditawarkan dalam 17 saiz bagi rim 18 hingga 21 inci, dengan harga jualan antara RM930 hingga RM2,006 di semua pengedar tayar sah Michelin di seluruh negara.



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page