top of page

Peserta dari 26 Negara Sertai Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025 Jangka Tarik Lebih 30,000 Pengunjung Sempena Hari Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 11 Sep 2025
  • 2 min membaca

Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025

Malaysia Sarong Music Run (MSMR) Sempena Hari Malaysia 2025 bakal berlangsung pada 20 September 2025 di hadapan Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, dengan jangkaan menarik kehadiran lebih 30,000 pengunjung termasuk peserta, pelancong asing, penonton dan peminat festival budaya.


Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025

Acara ikonik ini mencatat sejarah apabila menerima penyertaan peserta dari 26 negara, sekali gus menegaskan kedudukannya sebagai sebuah acara kebudayaan bertaraf antarabangsa.


MSMR 2025 dianjurkan oleh Malaysia Marathon Official Sdn Bhd dan dipacukan oleh JETOUR Malaysia sebagai ‘Penaja Utama’ dan ‘Rakan Kereta Rasmi’. Acara ini dijangka menghimpunkan lebih 15,000 peserta larian, selain ribuan pengunjung yang hadir untuk menyaksikan konsert dan persembahan kebudayaan, menikmati makanan tradisional dan menyemarakkan sambutan Hari Malaysia.


Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025

Presiden Malaysia Marathon Official Sdn Bhd, Eddy Casmady, turut menegaskan keunikan MSMR menggabungkan elemen larian, budaya dan gaya hidup sihat.


Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025

“MSMR bukan sekadar larian. Peserta akan berlari sejauh 5KM sambil memakai sarong, menikmati makanan tradisional Malaysia di sepanjang laluan dan menghayati persembahan muzik tradisional tempatan.


Dengan kehadiran peserta dari 26 negara dan lebih 30,000 pengunjung dijangka membanjiri acara ini, MSMR akan menjadi festival rakyat yang mencerminkan keindahan budaya Malaysia di mata dunia,” katanya.


Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025

MSMR Sempena Hari Malaysia 2025 menawarkan tiga acara utama:

  • EKI JETOUR X BSC - perlumbaan berganti menggunakan sarong sebagai selempang yang berlangsung pada 9 September 2025.

  • Perlumbaan 5KM (5K Malaysia Speed) - terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja - menonjolkan bakat pelari rekreasi dan elit Malaysia. Berlangsung pada 20 September 2025.

  • Kategori 5KM Fun Run - terbuka kepada semua, termasuk pelancong antarabangsa. Berlangsung pada 20 September 2025.


Selain itu, acara turut menampilkan konsert bermula jam 6.30 petang, menjadikan MSMR lebih daripada sekadar acara sukan, sebaliknya sebuah festival budaya, makanan, muzik dan gaya hidup sihat yang inklusif.


Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025

Dengan kombinasi penyertaan 26 negara dan jangkaan 30,000 pengunjung, MSMR Sempena Hari Malaysia 2025 diyakini akan terus mengangkat Malaysia sebagai destinasi pelancongan global, selari dengan aspirasi TMM2026.


Sementara itu, JETOUR Malaysia dengan bangganya diumumkan sebagai ‘Penaja Utama’ dan ‘Rakan Kereta Rasmi’ bagi MSMR Sempena Hari Malaysia 2025, sejajar dengan komitmen jenama dalam menyokong acara nasional yang mengangkat budaya, kesejahteraan serta semangat komuniti.


Malaysia Sarong Music Run (MSMR) 2025

Bersempena sambutan Hari Malaysia, JETOUR Malaysia turut memperkenalkan Promosi September Istimewa sebagai tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Antara tawaran termasuk kad petrol bernilai RM2,000 serta perlindungan insurans komprehensif percuma selama setahun untuk 916 pelanggan terawal. Selain itu, penjawat awam juga berpeluang menikmati rebat eksklusif sebanyak 3% bagi semua model terpilih.


Dengan penekanan terhadap kualiti, inovasi dan praktikal, JETOUR komited untuk terus memperkaya pengalaman pemanduan rakyat Malaysia di samping mengeratkan hubungan dengan keluarga dan komuniti di seluruh negara.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page