PRO-NET Raikan ‘The Real e.MAS’ Sempena Hari Ibu
- Anna Chong
- 16 Mei
- 3 min membaca

Sempena Hari Ibu, PRO-NET menganjurkan sebuah program gaya hidup eksklusif untuk menyerlahkan bagaimana Proton e.MAS 7 menjadi sebahagian daripada kehidupan wanita moden. Bertemakan “The Real e.MAS Drive”, program ini bukan sekadar meraikan kehebatan sebuah kenderaan elektrik tetapi juga menghargai wanita-wanita hebat yang menjadi sumber inspirasi daripada para ibu, wanita bekerjaya hinggalah kepada wira harian yang menjalani hidup dengan penuh ketabahan.

Diadakan pada 14 Mei 2025, program ini mengumpulkan wakil media gaya hidup dan pempengaruh untuk satu hari aktiviti memandu, gaya hidup sihat, serta pengalaman langsung bersama kenderaan elektrik (EV) paling laris di Malaysia selama empat bulan berturut-turut. “Kami bukan sekadar mempamerkan kereta, tetapi ingin memberikan keyakinan kepada wanita dengan sebuah kenderaan mengikut kesesuaian dengan gaya hidup mereka yang sibuk dan penuh cabaran,” kata Puan Salawati Binti Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Jenama PRO-NET. “Dengan ciri keselamatan yang hebat, pengecasan cepat, dan reka bentuk yang mesra keluarga, e.MAS 7 adalah pilihan tepat untuk wanita moden sama ada sedang bekerja atau luangkan masa berkualiti bersama keluarga.”


Hari Beraspirasi dan Gaya Hidup Sihat
Para media dan pempengaruh berkumpul di PROTON Center of Excellence (COE), Shah Alam, untuk sesi taklimat produk yang menerangkan kelebihan utama dan kemampuan e.MAS 7, diikuti dengan taklimat keselamatan. Setelah itu, konvoi dimulakan untuk pemanduan santai menuju destinasi ke Tiarasa Escapes di Janda Baik. Sepanjang perjalanan, para media dan pempengaruh dapat menikmati ruang dalaman e.MAS 7 yang luas dan selesa, sambil kagum akan teknologi moden dan ciri keselamatan yang canggih pada kenderaan ini.
Dibina dengan fokus utama pada keselamatan, e.MAS 7 dilengkapi dengan Level 2 ADAS dan mendapat penarafan keselamatan 5 bintang ANCAP, memberikan ketenangan fikiran kepada pemandu dan penumpang. Selain itu, ia juga antara yang terbaik dalam kelasnya dari segi keselamatan untuk penumpang kanak-kanak dan orang dewasa.

Setibanya di Tiarasa Escapes, para media dan pempengaruh menikmati sesi yoga yang dikendalikan oleh The Flow Studio, diiringi dengan alunan alam semula jadi yang menenangkan. Salah satu aktiviti menarik dalam program ini ialah demonstrasi Vehicle-to-Load (V2L), di mana e.MAS 7 digunakan untuk membekalkan tenaga kepada Vitality Juice Bar, menunjukkan betapa serbagunanya kenderaan ini dan sesuai untuk gaya hidup aktif. Ciri V2L membolehkan kenderaan ini menyokong pelbagai peralatan elektrik seperti pemanggang elektrik, lampu mudah alih, dan kipas penyejuk, menjadikannya teman sempurna untuk percutian keluarga hujung minggu atau pengembaraan luar.
Dalam perjalanan pulang, konvoi e.MAS 7 singgah sebentar di Bamboo Hills untuk sesi demonstrasi pengecas laju DC Handal. Para media dan pempengaruh berpeluang merasai sendiri kehebatan pengecasan pantas DC yang terbaik dalam kelasnya, di mana bateri boleh dicas dari 30% hingga 80% dalam masa hanya 20 minit. Malah, dengan pengecasan selama 10 minit, jarak pemanduan boleh ditambah sehingga 135 km, menjadikan pengisian semula yang cepat semasa berhenti rehat sangat mudah dan praktikal.

Pemandu e.MAS 7 tidak perlu risau tentang kebimbangan jarak perjalanan kerana akses ke stesen pengecasan sangat mudah melalui Peta Pengecasan Langsung Bersepadu yang memaparkan semua Operator Stesen Pengecasan. Dengan peta integrasi ini yang boleh diakses melalui Aplikasi Proton e.MAS, anda boleh mencari, mendapatkan arah, dan membuat bayaran pengecasan semuanya dalam satu platform.
Pn. Salawati turut berkongsi, “Beralih ke kenderaan elektrik bukan sekadar tentang menjaga alam sekitar tetapi juga tentang memudahkan kehidupan harian anda. Dengan e.MAS 7, kami ingin menawarkan sebuah kereta yang mesra dan mudah disesuaikan dengan rutin anda sama ada ketika sibuk bekerja, berehat atau bergerak ke sana sini.”


Inovasi Sempurna untuk Wanita Moden
Dibina dengan memahami keperluan sebenar dalam kehidupan seharian, e.MAS 7 hadir dengan reka bentuk mesra keluarga dan kemudahan pengecasan pantas yang sangat praktikal. Ia sesuai untuk wanita profesional, ibu-ibu, dan wanita yang berdikari. Ruang dalamannya sangat luas, antara yang paling luas dalam kelasnya, tidak lupa juga jarak roda sepanjang 2,750mm dan lantai yang rata ini memberikan ruang kaki, ruang kepala, dan ruang muatan yang lebih selesa dan f leksibel. Selain itu, dengan 33 ruang penyimpanan, e.MAS 7 menawarkan cara penyimpanan yang paling teratur dalam segment kenderaan elektrik.
Dilengkapi dengan ciri keselamatan yang terbukti dan teknologi yang memudahkan urusan harian, e.MAS 7 membantu wanita untuk mengimbangkan antara kerjaya dan kehidupan peribadi tanpa perlu berkorban apa-apa. Dengan harga permulaan hanya RM105,800, e.MAS 7 membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk menikmati mobiliti canggih dan mesra alam sekaligus memberi kekuatan dan inspirasi kepada wanita dalam setiap langkah perjalanan mereka.
Comments