Proton e.MAS 5 Catat Rekod Lebih 3,000 Penghantaran pada Bulan Januari, Jumlah Tertinggi untuk satu Model PRO-NET
- Anna Chong

- 4 Feb
- 3 min membaca

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,026 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari 2026. Ini merupakan jumlah penghantaran bulanan tertinggi bagi satu model yang pernah dicatatkan oleh PRO-NET. Pencapaian ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Proton e.MAS di Malaysia selepas tahun 2025 yang cemerlang dengan 9,549 kenderaan terjual direkodkan, bersamaan enam peratus daripada jualan tahunan PROTON dan 22 peratus bahagian pasaran EV negara.
Dilancarkan pada tanggal 30 Oktober 2025, Proton e.MAS 5 diperkenalkan sebagai EV Mampu Milik Pertama di Malaysia, direka untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Pelancarannya didahului dengan pameran awam di Sidang Kemuncak ASEAN, menekankan keyakinan nasional dan serantau terhadap hala tuju elektrifikasi dari PROTON.
Permintaan terhadap Proton e.MAS 5 melonjak dengan serta-merta, menunjukkan perubahan jelas dalam kesediaan rakyat Malaysia untuk memiliki EV yang mudah diakses.
“Sejak pelancarannya, Proton e.MAS 5 menerima sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia, melebihi apa yang kami jangkakan. Menjual lebih 3,000 unit dalam sebulan adalah bukti kekuatan produk dan keyakinan kami kepada rakyat terhadap masa depan EV di Malaysia. Kami amat menghargai kepercayaan semua pelanggan dan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa rebat harga pelancaran RM3,000 akan terus ditawarkan,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.
PRO-NET kini berusaha dalam memenuhi jangkaan pelanggan melalui penghantaran kenderaan, sambil terus memajukan ekosistem EV secara menyeluruh.
“Kami komited untuk memastikan rakyat Malaysia bukan sahaja memiliki kenderaan elektrik yang berkualiti, tetapi juga mendapat sokongan daripada ekosistem lengkap yang menyokong gaya hidup mereka. Kami akan terus memperluas tawaran EV kerana fokus kami adalah menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses dan praktikal untuk semua,” tambah Zhang Qiang.
Proton e.MAS 5 Membawa Pengalaman EV Praktikal kepada Semua Rakyat Malaysia
Bukan hanya sekadar kenderaan mampu milik, Proton e.MAS 5 menawarkan pengalaman pemanduan elektrik yang lengkap untuk rakyat Malaysia. Dengan jarak pemanduan WLTP sehingga 325 km dan sokongan pengecasan pantas DC, ia menjadikan perjalanan harian di bandar ataupun percutian hujung minggu lebih praktikal.
Unit utama dengan skrin FHD 14.6 inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, arahan suara dwibahasa dalam Bahasa Inggeris dan Melayu, aplikasi Proton e.MAS serta Peta Pengecasan Langsung, menjadikan setiap perjalanan lebih pintar dan mudah. Kabin yang direka untuk keselesaan menawarkan ruang setaraf C-segment, but belakang 375L, frunk 70L, serta pelbagai ruang simpanan, sesuai untuk keluarga bandar.
Menjelang pelancarannya, Proton e.MAS 5 mengadakan jelajah MISI 5 ke seluruh negara, berhenti singgah di 42 lokasi di 13 negeri. Inisiatif ini membolehkan rakyat Malaysia merasai sendiri pengalaman memiliki kenderaan elektrik ini. Dengan berinteraksi terus bersama bakal pembeli, jelajah ini juga membantu jenama Proton e.MAS memahami dan mendekati para pelanggan, terutamanya pemilik EV kali pertama dan keluarga yang mencari kenderaan elektrik yang mudah dan boleh dipercayai.
PRO-NET terus memperkenalkan model baharu dengan pantas
Sebagai tanda komitmen dan penghargaan kepada pelanggan, PRO-NET giat memperkenalkan model kenderaan baharu. Kurang daripada dua tahun selepas pelancaran rasmi, PRO-NET kini mempunyai tiga produk di pasaran, yang terkini ialah Proton e.MAS 7 PHEV baharu – EV dwi-kuasa pertama di Malaysia dan juga Plug-in Hybrid Vehicle pertama Proton, dengan anggaran harga antara RM110,000 hingga RM130,000.
Dengan jarak sehingga 1,065 km bagi satu tangki dan pengecasan penuh, e.MAS 7 PHEV dilengkapi dengan Teknologi Hibrid EM-i PROTON, yang direka untuk memberikan kecekapan tinggi dengan penggunaan bahan api serendah 4.3L/100km – setanding dengan kereta segmen A. Sistem ini menggabungkan enjin khusus hibrid, Transmisi Hibrid 11-dalam-1 (DHT) dan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP) ke dalam rangkaian kuasa elektrik pintar, lengkap, sesuai untuk perjalanan harian di bandar, hujung minggu atau perjalanan jarak jauh antara negeri.
e.MAS 7 PHEV direka supaya kebanyakan perjalanan harian anda boleh dilakukan sepenuhnya secara janaan kuasa elektrik, sementara enjin petrol hibrid akan menyokong secara automatik bila anda perlukan kuasa lebih atau perjalanan lebih jauh.
Tempah Proton e.MAS 5 atau Proton e.MAS 7 PHEV Anda Hari Ini Hanya dengan RM99
Miliki Proton e.MAS baharu anda dengan hanya RM99 dengan mendaftar minat di laman web Proton e.MAS atau kunjungi mana-mana 48 bilik pameran Proton e.MAS di seluruh negara.




















Komen