top of page

Proton e.MAS 5 Kini Dibuka untuk Tempahan, Saksikan Pelancarannya Secara Langsung

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 hari lalu
  • 2 min membaca

Proton e.MAS 5

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh PROTON, mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton e.MAS 5 serba baharu, kereta elektrik (EV) paling mampu milik di Malaysia, akan dibuka secara rasmi pada hari Sabtu, 4 Oktober 2025 menerusi acara siaran langsung khas yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam.

 

Dikendalikan oleh pempengaruh Boss James, seorang usahawan terkemuka yang cukup dikenali dalam industri automotif, bersama Norreen Iman, pelakon terkenal Malaysia, sesi ini akan menampilkan segmen interaktif, demonstrasi produk secara langsung serta perkongsian pengalaman EV bersama pakar automotif.

 

Detik paling ditunggu-tunggu akhirnya tiba, iaitu pendedahan harga anggaran kereta ini! Acara siaran langsung “Open for Booking” boleh ditonton di semua saluran rasmi media sosial Proton e.MAS serta platform sosial pempengaruh, pakar teknologi dan automotif bagi membolehkan lebih ramai penonton menyaksikan dan berinteraksi secara langsung.


Direka sebagai sebuah EV untuk semua rakyat Malaysia, Proton e.MAS 5 menggabungkan nilai mampu milik dengan kepraktisan, menjadikan elektrifikasi lebih mudah diakses. Walaupun bersaiz kompak dalam segmen B, ia menawarkan keluasan setaraf kereta segmen C, memastikan keluarga, rakan-rakan dan penumpang menikmati perjalanan yang selesa. Sememangnya, e.MAS 5 adalah cara pemanduan yang lebih pintar, bersih dan praktikal.

 

“Proton e.MAS 5 ialah hatchback elektrik kompak pertama yang direka khusus untuk jalan raya dan gaya hidup rakyat Malaysia,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Sejak penampilannya di MARii Autoshow 2025, diikuti siri jelajah e.MAS Tour MISI 5, kempen Electrify Your Life, serta perarakan Hari Kebangsaan, Proton e.MAS 5 telah diperkenalkan kepada lebih tiga juta rakyat Malaysia dan menerima sambutan yang amat menggalakkan. Maklum balas pelanggan menjadi sebahagian penting dalam perjalanan ini, dan ia memberikan keyakinan kepada kami bahawa Proton e.MAS 5 akan menetapkan tanda aras baharu untuk mobiliti elektrik mampu milik di Malaysia.”

 

Saksikan siaran langsung Open for Booking di TikTok dan Facebook pada 4 Oktober dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam.

Bermula 4 Oktober, rakyat Malaysia boleh menempah Proton e.MAS 5 sama ada melalui pelancaran siaran langsung atau di mana-mana pengedar Proton e.MAS seluruh negara. Tempah e.MAS 5 anda dan nikmati ganjaran eksklusif tempahan awal termasuk rebat khas. Tawaran ini hanya sah untuk pendaftaran awal dalam jumlah yang terhad. Jangan lepaskan peluang untuk bersama kami pada Sabtu, 4 Oktober jam 8 malam semasa kami mendedahkan lebih banyak kejutan yang pasti mengujakan!

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page