Proton e.MAS 5 Tamatkan Jelajah MISI 5 di Seluruh Negara, Kehangatan Semakin Terasa Menjelang Pelancaran Besar
- Anna Chong

- 31 Okt
- 3 min membaca

PRO-NET (Proton New Energy Technology Sdn Bhd) mengumumkan kejayaan Siri Jelajah MISI 5, sebuah pengembaraan ke seluruh negara yang memberikan pratonton kepada Proton e.MAS 5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi – iaitu kenderaan elektrik (EV) mampu milik pertama di Malaysia. Dengan berakhirnya jelajah ini, rakyat Malaysia kini boleh menantikan pelancaran rasmi Proton e.MAS 5 pada 30 Oktober 2025.
Diadakan dari bulan Ogos sehingga bulan Oktober 2025, siri jelajah ini melibatkan 42 hentian merentasi 13 negeri dan 29 bandar, menjangkaui ribuan rakyat Malaysia dari kawasan bandar, pinggir bandar dan komuniti setempat. Jelajah ini dicipta untuk membawa pengalaman kenderaan elektrik (EV) terus kepada rakyat, menjadikannya lebih dekat dengan komuniti, praktikal dan menarik.

Jelajah MISI 5 menampilkan Proton e.MAS 5 melalui pengalaman interaktif dan cabaran menarik di setiap lokasi, dengan hentian di 20 pengedar Proton e.MAS serta mercu tanda awam utama di seluruh negara. Jelajah ini merentasi lima wilayah utama seperti berikut:
Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur): 8–10 & 15–17 Ogos
Utara (Penang, Perak, Kedah): 21–25 Ogos
Pantai Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan): 4–8 September
Selatan (Johor, Negeri Sembilan, Melaka): 13–21 September
Sarawak & Sabah: 25 September–5 Oktober

Rasai Pengalaman EV untuk Semua
“Siri Jelajah MISI 5 bukan sekadar kempen promosi; ia merupakan inisiatif nasional untuk memperkenalkan teknologi EV kepada rakyat Malaysia. Dengan membawa Proton e.MAS 5 terus ke komuniti di 13 negeri, PRO-NET berhasrat untuk meningkatkan kesedaran dan membina keyakinan terhadap penerimaan kenderaan elektrik. Sambutan yang amat menggalakkan, terutamanya daripada mereka yang pertama kali melihat EV hinggalah kepada bakal pemilik yang menantikannya, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia semakin bersedia untuk menerima mobiliti yang lebih bersih dan pintar,” kata Encik Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.
Mission #1 - Fashion on the Move: Siri jelajah di bahagian Lembah Klang, pereka fesyen Karl Shafek menukar Proton e.MAS 5 menjadi studio mudah alih untuk kegunaan harian semasa Minggu Fesyen KL.
Mission #2 - Hot Meals, Zero Fuel: Di bahagian Utara, “Content Creator” makanan Soyabelacan memasak hidangan tempatan menggunakan ruang frunk Proton e.MAS 5 yang luas dan praktikal berkapasiti 70 liter.
Mission #3 - EV Paintbrush with Pentbrush: Di Pantai Timur, pelukis mural Zameer Pentbrush menjadikan kereta tersebut sebagai karya seni bergerak, dengan Proton e.MAS 5 berfungsi seperti berus lukisan yang menonjolkan kehebatan pemanduan dan kawalan yang lancar.
Mission #4 - Culture Lover: Di wilayah Selatan, pencinta budaya Johan Eskandar meneroka tapak warisan serta destinasi mesra haiwan peliharaan.
Mission #5 - Thrill Seeker:[MV1] Di Sabah & Sarawak, pencinta cabaran Ain Ramli mengendalikan siaran langsung bertemakan seram yang dikuasakan sepenuhnya oleh ciri teknologi Proton e.MAS 5.
Cabaran-cabaran ini menonjolkan kepelbagaian fungsi, ciri teknologi pintar serta kepraktisan sebenar e.MAS 5, daripada pengecasan pantas (dari 30% hingga 80% dalam hanya 21 minit) hinggalah kepada ruang kabin pintar dan fungsi pra-penyejukan untuk hari yang panas.

Rakyat Malaysia Semakin Teruja Menyambut Ketibaan Proton e.MAS 5
Maklum balas orang ramai sepanjang siri Jelajah MISI 5 amat positif. Daripada golongan profesional muda dan keluarga sehinggalah kepada pengguna EV buat kali pertama, rakyat Malaysia semakin keterujaan yang tinggi terhadap komitmen Proton dalam menjadikan mobiliti elektrik lebih mesra rakyat, mudah diakses dan praktikal.
Di bilik pameran Proton e.MAS Setia Alam, pengunjung Sharmaine Alexander menceritakan pengalamannya: “Proton e.MAS 5 ialah kenderaan elektrik paling mampu milik yang pernah saya lihat. Ia benar-benar kereta impian saya, dan dapat melihatnya sendiri bagaikan mimpi menjadi kenyataan. PRO-NET telah menjadikan kenderaan elektrik lebih dekat dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia.”
Pengumuman tempahan Proton e.MAS 5 yang disiarkan secara langsung pada 4 Oktober lalu menerima sambutan luar biasa di seluruh negara, dengan lebih 572,000 penonton menyertai siaran tersebut melalui saluran rasmi media sosial Proton e.MAS serta platform milik pempengaruh gaya hidup popular seperti Boss James dan Noreen Abdullah, selain pakar teknologi dan automotif. Siaran langsung interaktif itu turut membolehkan penglibatan yang meluas serta perbualan secara langsung bersama penonton di seluruh Malaysia.
Dengan berakhirnya Jelajah MISI 5, rakyat Malaysia kini boleh menantikan pelancaran besar Proton e.MAS 5 pada 30 Oktober 2025, yang akan menampilkan perkembangan pelancaran, siaran langsung serta sesi pandu uji di seluruh negara.
Tawaran tempahan awal berharga RM99 masih dibuka untuk 5,000 pelanggan terawal yang berjaya mendaftar Proton e.MAS 5 mereka.




















Komen