top of page

Proton e.MAS 7 Perkenalkan Warna Baharu dan Ciri Pintar Berdasarkan Maklum Balas Pengguna

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 Jul
  • 3 min membaca

Proton e.MAS 7

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, hari ini memperkenalkan varian baharu Proton e.MAS 7. Berdasarkan maklum balas sebenar daripada pemilik, EV no.1 di Malaysia ini kini tampil dengan warna baharu (dalaman dan luaran), ciri pintar yang lebih baik melalui kemas kini OTA serta dasar jualan yang baharu dalam menjadikan pengalaman memiliki EV lebih mudah dan berbaloi untuk semua.


Proton e.MAS 7

e.MAS 7 yang diperbaharui kini menyokong Apple CarPlay (berwayar dan tanpa wayar), aplikasi pihak ketiga baharu serta fungsi keselamatan pintar yang ditambah baik melalui kemas kini OTA yang lancar. Penambahbaikan ini mencerminkan komitmen berterusan PRO-NET untuk terus berkembang mengikut keperluan pengguna dan memastikan pengalaman pemanduan kekal moden, intuitif dan memuaskan.


Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7

Sejak pelancarannya, Proton e.MAS 7 telah memainkan peranan penting dalam memacu mobiliti elektrik di Malaysia. Direka dengan keperluan pemandu tempatan sebagai keutamaan, e.MAS 7 menggabungkan prestasi, ciri pintar dan pemilikan yang mudah diakses dalam satu pakej. Varian baharu ini membina atas asas tersebut, membuktikan bagaimana maklum balas dunia sebenar secara langsung membentuk evolusi produk.


Proton e.MAS 7

Warna Luaran dan Dalaman Baharu untuk Pengalaman Pemanduan yang Lebih Peribadi

Setiap perubahan dalam varian baharu ini mencerminkan komitmen PRO-NET terhadap penambahbaikan berterusan yang dibentuk melalui maklum balas sebenar daripada pemilik e.MAS 7. Pengenalan warna Obsidian Black adalah respons kepada permintaan tinggi untuk warna luaran yang kekal relevan, unggul, premium dan menyerlahkan lagi penampilan elegan di atas jalan raya.


Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7

PRO-NET juga memperkenalkan pilihan dalaman eksklusif Alabaster White untuk varian Premium Quartz Rose dan Turquoise Green. Terhad kepada hanya 250 unit bagi setiap varian, pilihan dalaman ini menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih peribadi dan premium untuk EV paling laris di Malaysia.


Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7

Lebih Pintar, Selamat dan berhubung dengan Kemas Kini Terkini Flyme Auto OS

Sistem operasi Flyme Auto yang dikemas kini menawarkan prestasi yang lebih pantas, integrasi yang lebih lancar serta sokongan untuk lebih banyak aplikasi pihak ketiga termasuk Zoom for Cars, izi.TRAVEL dan Vivaldi Browser yang meningkatkan lagi pengalaman dalam kereta untuk pengguna Proton e.MAS 7.


Ciri yang diminta semestinya, Apple CarPlay, kini tersedia dalam format berwayar dan tanpa wayar, memberikan lebih kemudahan dan sambungan yang lancar untuk pengguna iPhone ketika dalam perjalanan. Kemas kini OTA yang diperbaharui juga membolehkan pemandu mengekalkan tetapan terakhir yang digunakan. Walaubagaimanapun, Android Auto juga akan tersedia pada hujung tahun ini.


Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7

Varian baharu ini juga menawarkan tahap personalisasi yang dipertingkatkan menerusi kemas kini pada sistem amaran bunyi kelajuan rendah kenderaan elektrik (EV). Direka untuk memberi amaran kepada pejalan kaki apabila kenderaan bergerak perlahan, ciri ini kini hadir dengan dua pilihan bunyi tambahan: Galactic Note dan Space Walk, selain nada Classical sedia ada. Pemandu boleh memilih bunyi yang sesuai mengikut persekitaran atau cita rasa masing-masing. Setelah dipilih, melodi tersebut akan disimpan dan dimainkan semula setiap kali kenderaan dihidupkan.


Proton e.MAS 7
Proton e.MAS 7

“Kami mengambil setiap maklum balas pelanggan dengan serius,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Pelancaran varian baharu e.MAS 7 ini adalah tindak balas langsung terhadap apa yang disuarakan oleh pemilik kami daripada apa yang mereka suka dan inginkan, hinggalah kepada aspek yang boleh kami pertingkatkan. Ia bukan sekadar menambah ciri baharu, tetapi memperhalusi keseluruhan pengalaman pemanduan agar e.MAS 7 kekal peribadi, pintar dan boleh dipercayai.”


Proton e.MAS 7

Polisi Jualan Baharu untuk Pilihan Lebih Bijak

PRO-NET turut mengumumkan pakej jualan baharu Power Pack+ yang menawarkan nilai tambah kepada pelanggan, merangkumi perkara berikut:

  • Power Home: Pengecas rumah 7kW percuma bernilai RM1,500

  • Power Plus: V2L percuma bernilai RM500

  • Power Online: Data internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800

  • Power Thru: Waranti tanpa had perbatuan selama 6 tahun untuk kenderaan, serta waranti 8 tahun/160,000 km untuk bateri voltan tinggi

  • Power Exchange: Rebat tukar-beli bernilai RM5,000

*Tertakluk kepada kelulusan pemeriksaan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

 

Proton e.MAS 7

Tambahan, pelanggan baharu dan sedia ada pasti gembira apabila mengetahui bahawa e.MAS 7 kini didatangkan secara standard dengan penutup ruang barangan (tonneau cover). Pemilik sedia ada juga akan menerima penutup ini secara percuma dalam masa terdekat.


Proton e.MAS 7

Varian Baharu e.MAS 7 Kini Tersedia di Seluruh Negara

Proton e.MAS 7 yang diperbaharui kini tersedia di semua pengedar sah Proton e.MAS di seluruh negara. Sama ada anda sedang mempertimbangkan untuk memiliki EV buat kali pertama atau ingin menaik taraf kenderaan elektrik anda yang sedia ada, anda dijemput untuk merasai sendiri pengalaman model yang diperbaharui ini termasuk ciri terkininya dan pilihan warna yang baharu.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page