PROTON Mengesakan Semula Kesediaan Selepas Jualan Di Sabah Untuk PROTON X50 Serba Baharu
- Anna Chong

- 29 Okt
- 2 min membaca

Walaupun tempoh cuti yang panjang pada bulan September, PROTON X50 Serba Baharu meneruskan momentum jualannya yang kukuh, menerajui segmen SUV Malaysia dengan 2,994 unit terjual. Bagi menyokong permintaan yang semakin meningkat ini, PROTON terus meningkatkan keupayaan selepas jualannya di Sabah, sekali gus menggariskan komitmen syarikat terhadap pangkalan pelanggannya yang semakin berkembang di Malaysia Timur.
Regional Parts Centre (RPC) di Kota Kinabalu merupakan teras kepada usaha ini — tulang belakang logistik PROTON di Malaysia Timur. Kemudahan ini memainkan peranan penting dalam memastikan alat ganti servis segera dapat sampai ke pengedar dalam masa hanya 1 hari, sementara pengisian semula stok rutin dipenuhi dalam masa 2 hari. Dengan tahap inventori yang mencukupi, RPC dilengkapi sepenuhnya untuk menyokong populasi X50 yang semakin meningkat di samping model Proton yang lain.

Terletak secara strategik di hab komersial Inanam, Kota Kinabalu, RPC baharu – yang ditubuhkan tahun lepas – meliputi kawasan seluas kira-kira 28,000 kaki persegi. Ia mengendalikan purata 15–20 kontena sebulan, mempunyai kapasiti untuk memunggah sehingga enam kontena secara serentak, dan mengekalkan stok minimum tiga setengah bulan. Lokasi pusatnya menyediakan kemudahan tambahan kepada pelanggan dan peniaga, di samping dilengkapi untuk menerima import langsung apabila perlu, sekali gus mengukuhkan lagi rantaian bekalan untuk Sabah dan utara Sarawak.
“Sabah kekal sebagai salah satu pasaran pertumbuhan PROTON yang paling penting di Malaysia Timur. Hab alat ganti Kota Kinabalu kami mempunyai keupayaan untuk memenuhi sehingga 6,000 pesanan pengedar setiap bulan, membantu memastikan perkhidmatan yang pantas dan boleh dipercayai untuk pelanggan kami,” kata Encik Zhang Qiang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Edar.

Meningkatkan Piawaian Perkhidmatan Secara Konsisten
Malaysia Timur menyumbang 20.6% daripada jualan PROTON di seluruh negara pada tahun 2025, sekali gus menekankan kepentingan rantau ini kepada prestasi keseluruhan. Pertumbuhan Year-to-date (YTD) di rantau ini terus didorong oleh Saga (15,438 unit), Persona (2,496 unit), dan X50 (1,649 unit).
Bagi mengekalkan momentum ini, PROTON terus melaksanakan program PROTON Operational Excellence (POE) di seluruh Sabah. POE menetapkan piawaian yang boleh diukur untuk proses perkhidmatan, kecekapan teknikal, kawalan stok dan pengalaman pelanggan. Pengedar disemak setiap bulan, dengan prestasi dikongsi secara telus untuk menggalakkan penambahbaikan dan persaingan yang sihat. Cawangan berprestasi tinggi diiktiraf melalui Anugerah Pengedar 5 Bintang dan jerayawara perkongsian pengetahuan suku tahunan untuk menyebarkan amalan terbaik.
“Matlamat kami adalah untuk memberi keyakinan kepada setiap pemilik Proton bahawa sokongan sentiasa tersedia dan cekap. Menegaskan semula kekuatan rangkaian alat ganti dan servis kami mencerminkan komitmen kami untuk memberikan pengalaman pelanggan yang cemerlang tatkala kehadiran kami terus berkembang di Malaysia Timur,” tambah Encik Zhang.




















Komen