top of page

Toyota Eco Youth 2025: 30 Buah Sekolah Dipilih Gerakkan Komuniti Ke Arah Masa Depan Lestari

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 Mei
  • 3 min membaca
UMW Toyota Motor Opening Ceremony Workshop
Tengah) Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor, (Kiri) Rich Fozi, Pengarah Kumpulan HCD & CSD, (Kanan) Sean Leng, Pengarah.

Berikutan sambutan luar biasa daripada pelajar sekolah menengah di seluruh negara, UMW Toyota Motor (UMWT) dengan sokongan padu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyenarai pendek 30 buah sekolah dalam Toyota Eco Youth (TEY) 2025.

 

Detik ini bukan sekadar satu pengiktirafan, malah menjadi pembuka tirai kepada babak baharu yang lebih dinamik dan penuh inspirasi. Di sinilah titik tolak bermulanya perjalanan sekolah-sekolah ini dalam menterjemah idea menjadi tindakan, menggerakkan komuniti setempat, dan memacu masa depan yang lebih lestari demi generasi akan datang.

 

Pada Mac 2025, tirai TEY 2025 dibuka dengan menjemput para pelajar sekolah menengah dari segenap pelusuk negara untuk mengemukakan solusi inovatif bagi menangani cabaran alam sekitar. Sambutan luar biasa dapat dilihat dengan lebih 120 penyertaan diterima, mencerminkan betapa berkobarnya iltizam dan kepekaan generasi muda Malaysia dalam menjadikan komuniti mereka lebih lestari, lebih bermakna dan lebih bersedia menghadapi masa depan.

Toyota Eco Youth 2025

Memacu Aspek Pemuliharaan Alam Sekitar Menerusi Kemahiran Praktikal

Berteraskan asas kukuh Toyota dalam pendekatan berstruktur, peserta TEY digilap dengan Kaedah Penyelesaian Masalah 8 Langkah (PSM). Sepanjang Majlis Pelancaran Rasmi dan Bengkel PSM yang berlangsung dari 28 hingga 30 April 2025 di Hotel Concorde, Shah Alam, pelajar bersama guru penasihat bukan sahaja menerima tunjuk ajar dan panduan, tetapi juga disuntik inspirasi untuk menjadi pencetus perubahan. Di sinilah mereka diasah untuk berfikir secara kritis, merangka penyelesaian yang realistik serta lestari, dan yang paling penting—mengubah cabaran kepada peluang, serta impian menjadi kenyataan.


Pada Majlis Pelancaran Rasmi TEY 2025, setiap 30 buah sekolah terpilih turut menerima geran RM3,000 (jumlah keseluruhan RM90,000) bagi memulakan projek lestari yang memberi impak, lebih daripada sekadar peningkatan kesedaran dan memberi manfaat kepada komuniti serta alam sekitar.

Toyota Eco Youth 2025

Kriteria Penilaian Komprehensif dan Holistik

Projek akan dinilai berdasarkan 4-dimensi utama untuk memastikan impak yang seimbang dan bermakna:

  1. Penilaian di Lokasi (40%): Menilai keberkesanan pelaksanaan projek secara praktikal di lokasi sebenar, sama ada di sekolah atau dalam komuniti.

  2. Pembentangan Projek (20%): Menilai mutu penyampaian keseluruhan projek menerusi penceritaan yang jelas, menarik dan berkualiti.

  3. Pameran Projek (20%): Menilai daya kreativiti, interaktiviti dan kualiti visual pembentangan projek dalam format pameran.

  4. Penglibatan Komuniti/Media Sosial (20%): Menilai inisiatif secara dalam talian dan luar talian dalam menggerakkan, mendidik dan penglibatan komuniti.

 

Selepas penilaian projek di lokasi, hanya 15 buah sekolah terbaik akan mara ke peringkat akhir, dengan saingan diteruskan menerusi pembentangan dan pameran untuk merebut hadiah utama.

 

Mobiliti Masa Depan Berteraskan Komuniti

Di sebalik falsafah "Move Your World", Toyota menyalakan semangat perubahan — menginspirasikan tindakan, menyemarakkan harapan dalam komuniti, dan membuka pelbagai laluan menuju masa depan yang lestari. Menerusi TEY, pelajar dilatih bukan hanya untuk menyelesaikan isu alam sekitar semasa, malah mereka diasah untuk menjadi peneraju dalam mencipta perubahan dalam komuniti yang mampan dan bermakna. Komitmen serta semangat mereka mencerminkan prinsip utama Toyota: setiap langkah kecil yang diambil mampu membentuk impak yang berkekalan.

Toyota Eco Youth 2025

"Dengan semangat membara dan sokongan yang tepat, generasi muda hari ini bukan sekadar mengimpikan dunia yang lebih baik — mereka sedang mencoraknya dengan tangan sendiri. Melalui platform Toyota Eco Youth, kami berasa amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan luar biasa ini, menyaksikan bagaimana mereka memacu perubahan ke arah masa depan yang lestari dan membawa impak jangka panjang," kata Datuk Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor


Sertai perjalanan TEY 2025 dan hayati kisah belia Malaysia Melangkah Gagah Mengubah Dunia Mereka: https://www.toyota.com.my/toyotaecoyouth/


Ayuh, kita jayakan masa depan yang lebih hijau dan sejahtera — bermula dengan satu solusi, satu komuniti dan satu langkah!

 

1 Comment


ariskasarah119
3 hari yang lepas

Situs kabar4d penyedia game pragmatic terlengkap!

Like

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page