top of page

Allianz General tingkatkan kemudahan pelanggan melalui perkhidmatan pengecasan EV Bergerak, penggantian cermin hadapan

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 22 Apr
  • 2 min membaca

Allianz General

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) terus menerajui penyampaian penyelesaian inovatif dan kemudahan pelanggan yang tiada tandingan melalui perkhidmatan Bergeraknya untuk pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan penggantian cermin hadapan.

 

Inisiatif tersebut melambangkan dedikasi Allianz General dalam memenuhi keperluan pelangaannnya yang sentiasa berubah melalui perkhidmatan Baharu yang mengutamakan kemudahan pelanggan.

 

“Di Allianz General, kami sentiasa mencari jalan untuk berinovasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Perkhidmatan Pengecasan EV Bergerak dan Penggantian Cermin Hadapan Bergerak adalah contoh jelas bagaimana kami memenuhi keperluan pelanggan melalui penyelesaian jangka panjang dan praktikal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang.

 

Allianz General juga telah memperluaskan perkhidmatan Pengecasan EV Bergeraknya kepada kawasan utama di luar Lembah Klang yang menunjukkan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.

 

“Kami berbangga untuk menjadi peneraju inovasi dalam industri, menyediakan perkhidmatan yang bukan hanya memenuhi tetapi melebihi jangkaan pelanggan. Pada masa yang sama, kami kekal komited dalam menyokong peralihan yang lestari dengan memudahkan pelanggan menghadapi cabaran menggunakan EV dengan perkhidmatan yang inovatif,” tambah Sean.

 

Sebahagian daripada perlindungan EV Shield Allianz General, perkhidmatan Pengecasan Bergerak EV adalah sangat bermanfaat untuk pemilik EV sejak pelancarannya. Yang pertama dalam industri, perkhidmatan tersebut menyediakan pengecasan pantas 15-minit di lokasi, menawarkan jarak perjalanan melebihi 50km ke fasiliti pengecasan yang terdekat dan memastikan ketenangan minda untuk pemandu EV dalam situasi yang tidak dijangka.


Perkhidmatan tersebut telah diterima baik sejak ia mula disediakan, dengan jumlah kes yang diuruskan yang makin bertambah tiap tahun dan penggunaan awal yang berterusan pada tahun semasa.

 

Bermula tahun 2026, Allianz General telah memperluaskan perkhidmatannya di luar Lembah Klang ke Pulau Pinang, Kuantan dan Johor Bahru, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pemilik EV di seluruh negara.

 

Perkhidmatan Penggantian Cermin Hadapan Bergerak Allianz General telah menjadi sebuah tawaran yang luar biasa, menyediakan pelanggan kemudahan untuk menukar atau membaiki cermin hadapan yang rosak dan retak di lokasi yang diinginkan tanpa memerlukan dokumen yang rumit.

 

Pelanggan hanya perlu hubungi 1800-22-5542 dan kereta perkhidmatan berjenama Allianz akan dihantar ke lokasi pilihan mereka dalam masa sejam. Perkhidmatan tersebut juga menggunakan cermin hadapan ganti yang asli dan mempunyai jaminan sepanjang hayat.

 

Sejak perkhidmatan Penggantian Cermin Hadapan Bergerak diperkenalkan, Allianz General telah membantu ratusan kes di seluruh negara setiap tahun, selari dengan permintaan yang tinggi. Maklum balas pelanggan juga sangat menggalakkan, dengan kebanyakan pelanggan menyuarakan kepuasan terhadap perkhidmatan tersebut.

 

Dengan perkhidmatan Penggantian Cermin Hadapan Bergerak dan Pengecasan EV Bergerak, Allianz General akan terus dengan komitmennya dalam inovasi dan keutamaan  pelanggan, meletakkan penanda aras baharu untuk kecemerlangan perkhidmatan.

 


Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page