Aveta Buka Pusat Servis Teknikal Pimpinan HQ Untuk Perkukuh Sokongan Lepas Jualan Di Seluruh Negara
- Anna Chong

- May 25
- 3 min membaca

Jenama motosikal Malaysia, Aveta, telah secara rasmi memulakan operasi Pusat Servis Teknikal baharunya, yang berperanan sebagai kemudahan lepas jualan strategik yang dibuka khas untuk menyediakan sokongan teknikal lanjutan, perkhidmatan diagnostik rumit dan penyelesaian waranti bagi pemilik motosikal Aveta dan Peugeot di seluruh negara.
Bukan setakat pusat servis biasa, kemudahan baharu ini merupakan sebahagian daripada pelaburan berterusan Aveta untuk menambah baik pengalaman pemilikan pelanggan, kecemerlangan teknikal, dan sokongan produk jangka panjang sambil syarikat mengembangkan jaringan operasi di Malaysia.
Kemudahan ini akan berfungsi sebagai pusat teknikal lanjutan pimpinan HQ, untuk mengendalikan isu-isu yang memerlukan kepakaran kejuruteraan lebih mendalam atau yang tidak boleh diselesaikan di peringkat pengedar. Ini termasuk kerja pembaikan besar, pembetulan teknikal, diagnostik lanjutan dan kes berkaitan waranti yang memerlukan perhatian pakar.

Memandangkan jangkaan pelanggan semakin meningkat dalam pasaran kenderaan dua roda, khidmat sokongan lepas jualan yang boleh dipercayai telah menjadi pembeza penting bagi jenama motosikal. Pelancaran Pusat Servis Teknikal Aveta menekankan komitmen syarikat untuk memberikan ketenangan fikiran sepanjang perjalanan pemilikan.
“Pusat ini mencerminkan komitmen jangka panjang kami kepada pemilik motosikal di Malaysia. Kami memahami bahawa sokongan lepas jualan memainkan peranan yang sama penting dengan kualiti produk itu sendiri. Dengan menubuhkan sebuah pusat teknikal khusus, kami mencipta ekosistem sokongan lebuh kukuh yang membolehkan kami menyelesaikan kes lebih rumit secara cekap, memenuhi piawaian kualiti dan memberikan tahap keyakinan lebih kukuh kepada para pelanggan kami,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia.

Berbeza daripada pusat servis biasa yang memberi tumpuan terhadap penyenggaraan rutin, Pusat Servis Teknikal Aveta direka secara khusus untuk menyokong:
Diagnostik lanjutan dan penyelesaian masalah teknikal
Kerja pembaikan besar dan pembetulan teknikal
Kerja pembaikan berkaitan waranti, khususnya kes di peringkat pengedar yang tidak dapat diselesaikan
Sokongan berlandaskan kejuruteraan bagi urusan berkaitan servis yang dirujuk
Peranan sebagai pakar ini melengkapi rangkaian pengedar Aveta di seluruh negara, memastikan pelanggan boleh mendapatkan sokongan yang lebih mendalam apabila diperlukan.
Untuk menyokong operasinya, kemudahan direka bentuk secara teliti dengan bengkel yang dilengkapi sepenuhnya dan ruang servis khusus yang disesuaikan untuk kerja pembaikan dan penyenggaraan komprehensif. Para pelanggan boleh menikmati ruang menunggu yang selesa, mencerminkan komitmen Aveta kepada pengalaman lepas jualan yang lancar dan lebih memuaskan. Semua kerja servis dilaksanakan sepenuhnya berasaskan janji temu, memastikan kecekapan optimum dan perhatian peribadi untuk setiap pelanggan.
Sebagai sebahagian daripada ekosistem lepas jualan yang lebih luas, Pusat Servis Aveta bekerjasama rapat dengan Aveta Care On Wheels (ACOW), rangkaian bantuan dan khidmat bantuan tepi jalan jenama. Berikutan inisiatif peluasan baru-baru ini, ACOW kini menawarkan liputan lebih luas dan tindak balas lebih pantas, memastikan pelanggan menerima bantuan atas jalan raya pantas, disokong oleh pakar teknikal terkhusus di pusat servis.

Di samping itu, pelaburan Aveta dalam keupayaan R&D terus mengukuhkan tunggak teknikal di sebalik ekosistem servisnya, dengan menyokong penambahbaikan berterusan dalam prestasi, kebolehpercayaan dan pengalaman pemilikan jangka panjang. Dengan pelaburannya dalam infrastruktur lepas jualan yang lebih kukuh pada hari ini, Aveta menekankan cita-cita jangka panjang untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih dipercayai, responsif dan bertumpukan pelanggan bagi pemilik motosikal Malaysia.
Pusat ini beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis dari jam 8:30 PG hingga 5:30 PTG (Rehat Makan Tengah Hari: 12:30 TGH HARI – 1:30 TGH HARI) dan hari Jumaat dari jam 8:30 PG hingga 5:30 PTG (Rehat Makan Tengah Hari: 12:30 TGH HARI – 2:30 PTG). Kunjungan adalah melalui temujanji sahaja bagi memastikan perkhidmatan yang lebih efisien dan perhatian yang lebih khusus kepada setiap pelanggan.




















Komen