top of page

Barisan Kia Carnival Diperluaskan dengan Pengenalan Varian 8 Tempat Duduk Baharu

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 8 jam lalu
  • 5 min membaca

Kia Carnival 8 Tempat Duduk
Penambahan Kia Carnival 8 tempat duduk, dengan harga menarik RM238,888*, mencerminkan peningkatan permintaan daripada keluarga besar dan pengguna perniagaan yang memerlukan ruang dalaman yang boleh disesuaikan tanpa menjejaskan keselesaan kabin premium. *Harga jualan untuk Semenanjung Malaysia tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Kia Sales Malaysia (KSM) hari ini mengumumkan pengenalan Kia Carnival 8 tempat duduk baharu, sekali gus mengukuhkan lagi barisan Kia Carnival di Malaysia dengan varian baharu yang direka cipta untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin berkembang dari segi fleksibiliti dan tahap praktikal yang lebih tinggi.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim berkata, “Pengenalan Kia Carnival 8 tempat duduk ini menunjukkan komitmen kami dalam menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan pasaran. Ia juga mengukuhkan usaha kami untuk menawarkan produk yang tepat dan sesuai untuk pasaran Malaysia, dengan memanfaatkan operasi pemasangan tempatan serta rantaian bekalan automotif negara.”


Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia, Emily Lek berkata, “Dengan varian 8 tempat duduk baharu ini, Kia Carnival menambah dimensi baharu yang lebih fleksibel dan praktikal tanpa menjejaskan keselesaan bagi semua baris tempat duduk, menjadikannya sesuai untuk keluarga besar serta kegunaan korporat dan fleet.”


“Kini, kami menjawab persoalan ‘Kenapa Pilih Kia?’ dengan memberi respons secara langsung terhadap maklum balas pelanggan, dengan menggabungkan aspek praktikal sebuah SUV dalam MPV besar kami yang unggul,” tambah Lek.


Kia Carnival

Penambahan Kia Carnival 8 tempat duduk ini mencerminkan peningkatan permintaan daripada golongan berkeluarga besar serta pengguna perniagaan yang memerlukan ruang kabin yang fleksibel tanpa mengorbankan keselesaan premium.


Kia Carnival 8 tempat duduk baharu ini melengkapkan varian Kia Carnival 11 tempat duduk dan 7 tempat duduk dengan menawarkan keseimbangan menarik antara keupayaan versatil, kemewahan dan nilai.


Kia Carnival 8 tempat duduk baharu ini yang dipasang secara tempatan di Kulim, Kedah, ditawarkan pada harga RM238,888*. Ia diposisikan diantara varian 11 tempat duduk (RM188,888*) dan varian 7 tempat duduk (RM248,888*). 

*Harga jualan bagi Semenanjung Malaysia tidak termasuk insurans dan cukai jalan.


Setiap Kia Carnival baharu didatangkan dengan jaminan selama 5 tahun atau 150,000 km (yang mana terdahulu), memberikan ketenangan minda kepada pemilik. Selain itu, KSM turut menawarkan pilihan kadar faedah serendah 1.98% setahun bagi tempoh pembiayaan sehingga sembilan tahun atau kredit minyak bernilai RM6,000 melalui eWallet TNG di bawah inisiatif ‘We Fuel You’.


Dari segi kos pemilikan, Kia Carnival kekal antara pilihan yang paling efisien dalam segmennya. Dengan selang servis setiap 10,000 km atau 12 bulan, kos penyelenggaraan wajib bermula serendah kira-kira RM3,600 dalam tempoh lima tahun.


Kia Carnival 8 Tempat Duduk
Melengkapi varian tertinggi 11 tempat duduk dan 7 tempat duduk, Kia Carnival 8 tempat duduk baharu memberikan keseimbangan yang menarik antara fleksibiliti, kehalusan dan nilai.

Kepraktisan Unggul dalam Persekitaran Premium

Dikonfigurasikan dalam susun atur tempat duduk 2-3-3 yang dilengkapi kemasan leatherette lembut, Kia Carnival 8 tempat duduk menawarkan kepraktisan yang lebih unggul tanpa menjejaskan ruang penumpang.


Barisan kedua hadir dengan konfigurasi 40:20:40 serta tempat duduk boleh tanggal dan fungsi gelongsor jarak jauh. Tempat duduk tengah boleh dilaraskan menghadap ke hadapan atau belakang, manakala tempat duduk sisi boleh diterbalikkan dengan menukar kedudukan. Ini memberikan fleksibiliti tinggi untuk pelbagai kegunaan termasuk kegunaan perjalanan sekeluarga, urusan perniagaan atau pemanduan dengan pemandu peribadi.


Kia Carnival 8 Tempat Duduk
Melengkapi varian tertinggi 11 tempat duduk dan 7 tempat duduk, Kia Carnival 8 tempat duduk baharu memberikan keseimbangan yang menarik antara fleksibiliti, kehalusan dan nilai.

Selain peningkatan kapasiti, varian ini mengekalkan ruang kaki dan ruang kepala yang luas seperti varian 7 tempat duduk. Barisan ketiga dilengkapi dengan konfigurasi 60:40 dengan tempat duduk boleh lipat yang mesra pengguna, justeru membolehkan susunan kargo dan penumpang yang fleksibel.


Kia Carnival 8 tempat menawarkan tahap kemewahan dan teknologi yang setara dengan varian 7 tempat duduk, jelas dengan penampilan pencahayaan ambien merentasi papan pemuka bagi mewujudkan suasana yang lebih eksklusif. 


Ini dilengkapi dengan paparan panorama melengkung yang menggabungkan secara kluster instrumen digital berkembar bersaiz 12.3 inci dan skrin infotainment  juga bersaiz 12.3 inci.


Kemudahan penggunaan dipertingkatkan melalui panel maklumat dan kawalan pendingin hawa berorientasikan mendatar, di samping sistem audio premium jenama Bose lengkap dengan 12 pembesar suara yang memperkayakan lagi pengalaman dalam kabin.


Kia Carnival 8 Tempat Duduk
Kia Carnival 8 tempat duduk menampilkan pencahayaan ambien yang merangkumi lebar papan pemuka yang dilengkapi dengan paparan panorama melengkung yang menggabungkan kluster instrumen digital berkembar 12.3 inci dan skrin infotainment 12.3 inci dengan lancar.

Kecekapan Terbukti untuk Kebebasan Pemanduan

Kia Carnival 8 tempat duduk dikuasakan oleh enjin turbodiesel empat silinder Smartstream 2.2-liter yang menghasilkan 202 PS pada 3,800 rpm dan 440 Nm tork dari 1,750 hingga 2,750 rpm.


Digandingkan dengan transmisi automatik lapan-kelajuan yang memacu roda hadapan, rangkaian kuasa kenderaan ini memberikan prestasi lancar dan penuh keyakinan di samping kecekapan yang unggul, dengan penggunaan bahan api gabungan 6.5 liter setiap 100 km (Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Seluruh Dunia (WLTP)).


Dalam keadaan optimum, Kia Carnival 8 tempat duduk mampu mencapai jarak lebih 900km dengan tangki penuh mengikut kitaran ujian WLTP; justeru menawarkan kebolehpercayaan yang sama untuk perjalanan jarak jauh seperti varian 7- dan 11 tempat duduk.


Kia Carnival 8 Tempat Duduk
Kia Carnival 8 tempat duduk menampilkan pencahayaan ambien yang merangkumi lebar papan pemuka yang dilengkapi dengan paparan panorama melengkung yang menggabungkan kluster instrumen digital berkembar 12.3 inci dan skrin infotainment 12.3 inci dengan lancar.

Keselamatan yang Memberikan Ketenangan Fikiran

Kia Carnival 8 tempat duduk dilengkapi dengan set ciri keselamatan dan bantuan pemandu yang komprehensif, termasuk lapan beg udara dengan beg udara tengah, serta pelbagai sistem keselamatan aktif yang direka untuk memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran sepanjang perjalanan.


Sama seperti varian 7 tempat duduk, Kia Carnival 8 tempat duduk turut menampilkan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS) seperti berikut:

  • Bantuan Mengelak Perlanggaran Depan 2.0 (FCA 2.0)

  • Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA)

  • Bantuan Pemanduan Lebuh Raya (HDA 2)

  • Bantuan Kekal Lorong (LKA)

  • Bantuan Mengikut Lorong (LFA)

  • Amaran Perhatian Pemandu (DAW)

  • Bantuan Lampu Tinggi (HBA)

  • Bantuan Mengelak Perlanggaran Titik Buta (BCA)

  • Bantuan Mengelak Perlanggaran Lalu Lintas Silang (RCTA)

  • Amaran Penumpang Belakang (ROA)


Kia Carnival baharu ini ditawarkan dalam empat pilihan warna luaran yang sama seperti varian 7 dan 11 tempat duduk: Meteor Grey (Kelabu Meteor), Snowflake White Pearl (Putih Mutiara Salji), Astra Blue (Biru Astra), dan Jet Black (Hitam Pekat).


Kia Carnival 8 Tempat Duduk

Rasai Lebih daripada Sekadar Sebuah Kereta

Nikmati ketenangan ketika memandu dengan Kia Cares, pakej insurans komprehensif oleh KSM yang menawarkan pelbagai manfaat termasuk nilai dipersetujui sehingga 15 tahun, kelulusan tuntutan di bawah RM30,000 dalam tempoh 24 jam, penambahbaikan percuma sehingga 10 tahun serta tanpa caj lebihan bagi insiden terpilih. Maklumat lanjut dan manfaat tambahan boleh didapati di  www.kia.com/my/owners/owners-portal.


Pembelian fleet bagi rangkaian Kia Carnival layak menikmati pakej bertingkat yang menarik termasuk servis. Pihak yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di bilik pameran sah Kia berhampiran. 


Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kia Carnival 8 tempat duduk baharu serta Kia Sportage di laman web rasmi KSM di www.kia.com/my atau mengunjungi bilik pameran sah terdekat untuk menjadualkan sesi pandu uji.






Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page