top of page

BYD Luaskan Rangkaian EV dengan Bilik Pameran dan Pusat Servis Baharu Seluruh Negara

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 27 Mac
  • 4 min membaca

BYD Ipoh 3S Centre opens as the city's first dedicated EV charging hub to elevate customer convenience.
BYD Ipoh 3S Centre opens as the city's first dedicated EV charging hub to elevate customer convenience.

Pengalaman elektrik mobiliti BYD yang diidamkan kini lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia di seluruh wilayah utama. BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia. menggiatkan usaha peluasan rangkaian runcit dan selepas jualan premium yang pesat, dengan lebih 40 bilik pameran di seluruh negara. Pada masa yang sama, BYD giat menyediakan 34 pusat perkhidmatan selepas jualan pada 2026 dengan penyiapan 9 pusat servis baharu.

 

BYD menambah rangkaian Pantai Timur dengan kemudahan Kuala Terengganu.
BYD menambah rangkaian Pantai Timur dengan kemudahan Kuala Terengganu.

Bagi memperluas kehadiran ke kawasan melangkaui pusat bandar demi memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih berkesan, di selatan, BYD telah berkembang ke bandar-bandar kedua di Johor melalui pembukaan BYD Muar dan BYD Kluang. Di Pantai Timur pula, BYD Kuala Terengganu baru ditubuhkan bagi memanfaatkan peningkatan permintaan terhadap kenderaan elektrik di negeri tersebut, selain BYD Kuantan dan BYD Kota Bharu.

 

BYD mengukuhkan kedudukannya di bandar-bandar sekunder Johor dengan cawangan di Kluang dan Muar.
BYD mengukuhkan kedudukannya di bandar-bandar sekunder Johor dengan cawangan di Kluang dan Muar.

Wilayah utara turut menyaksikan perkembangan yang kukuh dengan pembukaan BYD Sungai Petani, BYD Juru dan Pusat 3S BYD Ipoh yang mempertingkatkan kebolehcapaian jualan dan selepas jualan. Kemudahan di cawangan Ipoh ini menampilkan hab pengecas EV pertama di bandar tersebut yang dilengkapi pengecas DC 240kWh dan 180kWh, menawarkan kemudahan dan kebolehpercayaan tambahan kepada pelanggan.


Cawangan BYD Juru dan Sungai Petani mempertingkatkan kehadiran jenama di Wilayah Utara, menyediakan akses jualan dan selepas jualan yang lebih baik untuk pelanggan.
Cawangan BYD Juru dan Sungai Petani mempertingkatkan kehadiran jenama di Wilayah Utara, menyediakan akses jualan dan selepas jualan yang lebih baik untuk pelanggan.

 Di wilayah tengah, Pusat 3S BYD Sri Hartamas yang terletak di dalam pusat beli-belah mengintegrasikan jualan, servis dan alat ganti di bawah satu bumbung, membolehkan pelanggan menggabungkan pemilikan kenderaan dengan rutin harian mereka secara lebih lancar.

 

Rangkaian BYD yang semakin meluas ini turut dilengkapkan dengan 12 Pusat Baik Pulih & Cat Badan Kenderaan, dengan lebih banyak lagi yang bakal menyusul mencerminkan kepentingan yang diberikan oleh BYD terhadap keyakinan pemilikan jangka panjang dan ekosistem sokongan di Malaysia.


Sebagai jenama kenderaan elektrik bateri (BEV) nombor satu negara selama tiga tahun berturut-turut, pertumbuhan strategik ini mencerminkan peningkatan kepercayaan pengguna terhadap BYD dan mobiliti elektrik.


BYD Mansion Macalister berdiri sebagai bilik pameran utama yang membayangkan semula pengalaman runcit, menggabungkan bahasa reka bentuk premium BYD dengan elemen budaya tempatan yang dipilih dengan teliti
BYD Mansion Macalister berdiri sebagai bilik pameran utama yang membayangkan semula pengalaman runcit, menggabungkan bahasa reka bentuk premium BYD dengan elemen budaya tempatan yang dipilih dengan teliti.

 Pada tahun 2025 sahaja, BYD telah menyerahkan 14,407 kenderaan, satu lonjakan 68% berbanding 2024. Jenama memperolehi 10,000 pelanggan pertama dalam tempoh 20 bulan dan menarik 10,000 pelanggan seterusnya dalam tempoh 13 bulan kemudian. BYD melonjak daripada jenama kereta dalam kelompok 10 teratas pada 2024 kepada jenama keenam terlaris di Malaysia pada 2025, serta jenama bukan nasional keempat terlaris. Syarikat ini berada di landasan yang kukuh untuk mencapai 30,000 pelanggan di Malaysia menjelang April 2026.

 

Pengarah Urusan BYD Malaysia, Eagle Zhao, berkata “Pencapaian ini mencerminkan kerjasama kukuh antara BYD dan Sime Motors serta komitmen bersama kami untuk meningkatkan standard pemilikan EV di Malaysia. Rangkaian yang komprehensif membolehkan BYD menyediakan sokongan yang mantap sepanjang kitaran pemilikan serta keyakinan jualan semula yang lebih tinggi. Setiap outlet baharu kami direka untuk memberikan pengalaman bilik pameran yang lebih baik, mencerminkan janji BYD untuk menggabungkan teknologi canggih dengan persekitaran premium yang berfokuskan pelanggan.”


Cawangan BYD Juru dan Sungai Petani mempertingkatkan kehadiran jenama di Wilayah Utara, menyediakan akses jualan dan selepas jualan yang lebih baik untuk pelanggan.
Cawangan BYD Juru dan Sungai Petani mempertingkatkan kehadiran jenama di Wilayah Utara, menyediakan akses jualan dan selepas jualan yang lebih baik untuk pelanggan.

 Beliau menambah “Sebagai jenama BEV terkemuka negara, fokus kami adalah jelas. Kami akan mengutamakan keperluan rakyat Malaysia sambil terus mengembangkan rangkaian nasional dan memperkukuh setiap titik perhubungan pelanggan. Kami juga berterima kasih atas kepercayaan komuniti BYD kami dan kekal komited dalam menyokong mereka dengan kemudahan, keyakinan dan penjagaan yang semakin baik.”


Selaras dengan pembukaan bilik pameran baharu pada 2026, BYD Sime Motors akan melancarkan BYD Mansion di Macalister, Pulau Pinang, outlet utama yang akan menyepadukan unsur budaya tempatan dalam falsafah reka bentuknya, mewujudkan ruang premium dan unik. Reka bentuk baharu ini akan direplikasi secara berperingkat di bilik pameran lain, selaras dengan kepercayaan syarikat bahawa setiap titik perhubungan pelanggan harus mencerminkan identiti korporat BYD serta komuniti yang menerima perkhidmatan kami.


BYD mengukuhkan kedudukannya di bandar-bandar sekunder Johor dengan cawangan di Kluang dan Muar.
BYD mengukuhkan kedudukannya di bandar-bandar sekunder Johor dengan cawangan di Kluang dan Muar.

Mengulas perjalanan jenama yang mengagumkan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, Jeffrey Gan, menyatakan bahawa kadar penerimaan EV menunjukkan rakyat Malaysia semakin menerima mobiliti mampan dengan lebih pantas. Beliau berkata “Walaupun beroperasi dalam pasaran yang semakin kompetitif, kami telah membuktikan keupayaan dan daya tahan kami. Tahun ini membuka peluang baharu untuk memperkukuh kehadiran BYD di seluruh negara dengan tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang lebih premium serta menyampaikan penyelesaian mobiliti pintar dan sifar pelepasan. Kami percaya ini penting untuk merangsang penggunaan EV yang lebih meluas di Malaysia.”

 

Pusat 3S BYD Sri Hartamas terletak di dalam pusat membeli-belah.
Pusat 3S BYD Sri Hartamas terletak di dalam pusat membeli-belah.

Pelaburan berterusan BYD dalam infrastruktur selepas jualan secara langsung menangani kebimbangan pelanggan mengenai penyelenggaraan dan masa henti. Bagi memastikan pemilik beroleh ketenangan fikiran, sokongan disediakan oleh sekumpulan 80 juruteknik bertauliah EV yang dilatih di BYD Academy, bersama gudang alat ganti berpusat yang memastikan ketersediaan alat ganti secara cekap. Bagi pelanggan, ini bermakna tempoh menunggu yang lebih singkat, ketelusan perkhidmatan yang lebih baik, serta jaminan bahawa kenderaan mereka berada di tangan pakar.

 

Dengan penekanan kepada pertumbuhan rangkaian, kebolehcapaian pengecasan, keupayaan teknikal dan persekitaran runcit premium, BYD Sime Motors sedang membina infrastruktur dan ekosistem perkhidmatan yang diperlukan untuk menyokong fasa seterusnya penggunaan EV di Malaysia, memberikan keyakinan kepada bakal pembeli untuk beralih kepada mobiliti elektrik.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page