top of page

BYD Sime Motors Serah Lebih 100 Unit BYD SEAL 6 di Seluruh Negara Dalam Tempoh Seminggu

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 7 Okt
  • 3 min membaca
BYD SEAL 6
Lebih 100 unit BYD SEAL 6 telah dihantar ke bilik pameran di seluruh negara.

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, telah menyerahkan lebih daripada 100 unit model terbaharu BYD SEAL 6 dalam tempoh hanya seminggu selepas pelancaran rasminya di negara ini. Pencapaian ini membuktikan kecekapan syarikat dalam proses penghantaran serta tahap kesiapsiagaan dalam memenuhi permintaan pelanggan.

 

Hasil kecekapan dan komitmen tinggi, BYD Sime Motors berjaya menghantar model BYD SEAL 6 yang dinanti-nantikan — ditawarkan dalam pilihan warna Arctic White, Harbour Grey, dan Misty Blue — ke bilik pameran di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur dalam tempoh hanya satu minggu. Kumpulan pertama pelanggan telah mula menerima kenderaan mereka, menandakan kemunculan rasmi BYD SEAL 6 di jalan raya Malaysia.


BYD SEAL 6
Antara 100 pelanggan terawal yang menerima BYD SEAL 6 baharu mereka.

Dengan selesainya penghantaran di seluruh negara, rakyat Malaysia kini berpeluang melihat, menyentuh dan memandu uji sedan elektrik segmen C ini, serta merasai sendiri pemanduan lancar dan responsif yang menetapkan penanda aras baharu bagi kenderaan elektrik (EV).

 

Adeline Lew, Pengarah Urusan BYD Sime Motors, berkata: “Malaysia berbangga menjadi pasaran antarabangsa pertama yang menyambut kehadiran BYD SEAL 6 — satu pencapaian penting yang bukan sahaja menandakan kemunculan sebuah kenderaan baharu yang dinamik, tetapi turut mencerminkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan profesionalisme dan semangat yang tinggi. Kami menghargai penyelarasan lancar oleh pasukan kami yang memastikan BYD SEAL 6 berjaya dihantar ke seluruh negara tanpa sebarang kelewatan. Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk membina kepercayaan pelanggan sambil memperluaskan akses terhadap mobiliti elektrik dalam kalangan rakyat Malaysia.”


BYD SEAL 6
Pelanggan menerima kejutan istimewa di ruang frunk semasa penghantaran BYD SEAL 6.

BYD SEAL 6  menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh pembangunan landskap EV di Malaysia. Melihat ke depan, BYD Sime Motors akan memperluas rangkaiannya dari 37 kepada 50 cawangan pada 2026, meningkatkan akses terhadap kemudahan jualan, servis dan pengecasan — mencerminkan komitmen jangka panjang dalam memacu penerimaan EV di Malaysia.


BYD SEAL 6
Bagi meraikan detik istimewa ini, bunga ucapan tahniah dan anak patung beruang diletakkan di dalam frunk untuk pelanggan semasa penghantaran BYD SEAL 6.

 BYD SEAL 6 – 6 Ciri Terbaik Dalam Kelasnya

Kawalan Pemanduan yang Cemerlang, Pengalaman Memandu yang Selesa dan Menyeronokkan


  1. Pertama dalam rangkaian BYD: Sistem Dual Ball-joint MacPherson Strut bersama suspensi belakang Multi-Link.

  2. Pacuan roda belakang (RWD): Satu-satunya dalam segmennya, memberikan sensasi pemanduan sporty yang premium.

  3. Sedan segmen C terbesar di Malaysia dalam kelasnya.

  4. Kawalan pemanduan unggul: Pengagihan berat lebih seimbang dengan jejari pusingan ketat hanya 5.5 meter.

  5. Dilengkapi 24 ruang penyimpanan pintar dan kapasiti kargo gabungan 525 liter, untuk kemudahan harian.

  6. Kuasa yang mengujakan: Menjana 160 kW kuasa, 330 Nm tork, dan pecutan 0–100 km/j dalam 7.5 saat, dengan tiga mod pemanduan pilihan.


 

Tawaran Produk di Malaysia: 

Ciri Utama

Dynamic

Premium

Warna Luaran

●      Arctic White, Harbour Grey, Misty Blue 


Warna Dalaman

●      Hitam + Kelabu


Harga

●      RM100,000

●      RM115,800

Pakej Pelancaran Eksklusif bernilai sehingga RM6,288: Untuk 800 pelanggan terawal sahaja 

Pengecas dinding percuma bernilai RM3,288

Pilihan 1: Pelanggan Kediaman Bertanah

1.Pengecas dinding percuma bernilai RM3,288 

2.Rebat pelancaran eksklusif sebanyak RM3,000

 

Pilihan 2: Pelanggan Hartanah Bertingkat

1.Pakej Sime Platinum 4+ oleh Power Up, program pengecasan di rumah selama 12 bulan bernilai RM5,000:

  • 4x perkhidmatan pengecasan mudah alih di rumah, 2x cucian tangan kereta, vakum, dan pengilat tayar setiap bulan 

  • 2x perkhidmatan bantuan kecemasan EV percuma setiap tahun

  • Tertakluk kepada kawasan terpilih

2.Rebat pelancaran eksklusif sebanyak RM1,000

Aksesori Percuma

●      Penyesuai Vehicle-to-Load (V2L)

●      Kabel pengecas Type 2 dengan palam 3-pin


Pakej Jaminan Komprehensif

●      Jaminan kenderaan: 6 tahun atau 150,000 km

●      Jaminan unit pemanduan: 8 tahun atau 160,000 km

●      Jaminan bateri berkuasa tinggi (Blade Battery): 8 tahun atau 160,000 km



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page