top of page

C2: Lanjutan perjalanan EV Perodua

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 15 jam lalu
  • 2 min membaca
Perodua C2
Kereta konsep Perodua terbaharu, Chapter 2 atau C2 telah diperkenalkan semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (KLIMS 2026) di Kuala Lumpur.

Perodua memperkenalkan babak kedua perjalanan kenderaan elektriknya (EV) di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) yang diinspirasikan oleh generasi baharu Alpha dan Beta di negara ini.


Kereta konsep baharu yang dipamerkan Perodua dinamakan Chapter 2 atau C2 yang mewakili gaya reka bentuk berbeza, dilengkapi dengan teknologi terbaharu serta dicipta oleh pereka muda dan berbakat yang mencerminkan visi mereka terhadap masa depan EV. 


Perodua C2
Pengurusan Perodua (dari kiri: En. Masaaki Higashiyama, Pengarah Eksekutif ED's Office PCSB; En. Hirotaki Yanagi, Pengarah Eksekutif Strategi Perniagaan POSB; YBhg. Datuk JH Rozman Jaafar, Ketua Pegawai Operasi PSSB; YBhg. Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua; Mr. Masaki Ogita, Presiden ED's Office PCSB; En. Abdul Hayy Ismail, Pengarah Eksekutif ED's Office PCSB; Puan Ts. Jehan Adnan, Pengarah Penyelidikan & Pembangunan (R&D); dan YBhg. Datuk Noor Zakiyah Hasan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan) bergambar bersama kereta konsep terbaharu Perodua, Chapter 2 (C2).

“C2 adalah sebahagian daripada jalan cerita EV kami. Ia mengembangkan naratif buatan Malaysia untuk dunia, seiring dengan usaha kami menambah baik pengalaman mobiliti untuk pelanggan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.


Perodua C2
Kereta konsep Perodua terbaharu, Chapter 2 atau C2 telah diperkenalkan semasa Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (KLIMS 2026) di Kuala Lumpur.

C2 adalah kereta konsep segmen B yang dilengkapi dengan ciri bantuan pemanduan AI seperti navigasi masa sebenar, lokasi stesen pengecasan, kemas kini trafik, ciri anti-curi yang dipertingkat serta bantuan parkir kenderaan.


“Kami juga menggabungkan super app P-Circle ke dalam kereta konsep ini, jadi pelanggan boleh mendapat akses yang mudah kepada perkhidmatan yang kami tawarkan termasuklah e-wallet dan penghantaran alat ganti tulen. Kereta konsep C2 ini mewakili masa hadapan integrasi mobiliti,” kata Dato’ Sri Zainal.


Perodua C2

Tambahnya, C2 juga akan menjadi asas kepada EV kami di masa hadapan dan kami teruja untuk berinteraksi dengan pelawat-pelawat di reruai Perodua dan mendapatkan maklum balas serta pandangan mereka bagi memastikan produk-produk baharu kami dapat memenuhi jangkaan pelanggan,” katanya. 


Beliau berkata C2 juga mewakili fasa baharu gaya reka bentuk Perodua yang berbeza daripada konsep EM-O terdahulu.


Perodua C2

“Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke reruai Perodua di KLIMS 2026. Gunakan kesempatan ini untuk mencuba pelbagai tarikan yang disediakan oleh syarikat kenderaan nasional ini termasuklah robot interaktif, dron serta pameran penuh aplikasi P-Circle dan tawarannya,” kata Dato’ Sri Zainal.


Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page