Chery Malaysia Pratonton TIGGO CROSS Sport Edition Baharu
Updated: 2 Okt

Chery Malaysia memperkenalkan ahli terbaharu dalam keluarga TIGGO CROSS menerusi pratonton eksklusif Chery TIGGO CROSS Sport Edition, sebuah model yang mengetengahkan hubungan rapat jenama ini dengan dunia sukan.
Sukan sememangnya telah menjadi sebahagian daripada perjalanan Chery, daripada memberikan sokongan kepada atlet Olimpik dan Paralimpik hinggalah menyokong atlet dalam pelbagai peringkat.
Selepas kejayaan kejohanan badminton Piala Lee Chong Wei pada awal bulan ini, Chery meneruskan momentum tersebut dengan memperkukuh sokongan terhadap peminat sukan dan pemain e-sukan.
Ini termasuk peranannya sebagai rakan mobiliti rasmi KL Women Running Festival serta rakan automotif rasmi bagi Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim 18.
Semangat kesukanan yang sama kini diterapkan pada TIGGO CROSS menerusi Sport Edition yang baharu.
Menampilkan front lip aerodinamik di bahagian hadapan dan belakang dengan reka bentuk lebih sporty, TIGGO CROSS Sport Edition tampil lebih dinamik dan menyerlah, sama ada ketika berada di tempat letak kereta mahupun di garisan penamat. Model ini direka untuk generasi yang sentiasa bergerak pantas, bersemangat tinggi dan berani tampil berbeza.
Pada peringkat awal, TIGGO CROSS Sport Edition akan ditawarkan secara eksklusif dalam varian Turbo, dengan maklumat lanjut mengenai model ini akan diumumkan pada pelancarannya bulan hadapan.
Bersempena ulang tahun ke-10 Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), Chery turut menaik taraf hadiah Legenda Musim 18 kepada sebuah Chery TIGGO CROSS Sport Edition.




















Komen