top of page

Chery Raikan Semangat Perpaduan dan Kebersamaan Malaysia Menerusi Chery Bersama Malaysia

aisha5891
28 Ogo
2 min membaca
Chery Bersama Malaysia Test Drive & Win Contest

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2026 – Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Chery Malaysia mengajak rakyat Malaysia meraikan semangat perpaduan dan kebersamaan menerusi kempen khas ‘Chery Bersama Malaysia’, yang menawarkan promosi eksklusif untuk rangkaian SUV terpilihnya.


Ditawarkan untuk tempoh terhad dan selagi stok masih ada, kempen ini memberikan peluang kepada pelanggan untuk memiliki model Chery pada harga menarik. Bagi mereka yang ingin merasai teknologi Super Hybrid, Chery menawarkan TIGGO Cross Hybrid Electric Vehicle (HEV) pada harga RM91,800, manakala TIGGO 8 PHEVditawarkan pada harga RM138,800.


Bagi memberikan keyakinan tambahan kepada pelanggan, semua model Chery PHEV turut dilengkapi jaminan bateri lanjutan sehingga 10 tahun atau 200,000 km. Jaminan ini memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik untuk jangka masa panjang, khususnya bagi mereka yang beralih kepada teknologi hibrid.

Sementara itu, pelanggan yang memilih SUV dengan enjin petrol konvensional boleh meneroka rangkaian Internal Combustion Engine (ICE) Chery, termasuk Chery O5 yang sporty, TIGGO 7 PRO yang sesuai untuk keluarga, TIGGO 8 dengan kapasiti tujuh tempat duduk serta model flagship TIGGO 9.


Chery Bersama Malaysia Test Drive & Win Contest

Rangkaian ini menggabungkan reka bentuk moden, keselesaan premium, ciri keselamatan canggih serta dinamik pemanduan yang mantap bagi memenuhi keperluan pelbagai jenis pengguna.



VEHICLE MODEL

PRICE (OTR without insurance)

TIGGO Cross (Turbo) RM80, 800

RM80, 800

TIGGO Cross (HEV)

 RM91, 800

Chery O5

 RM99, 800


TIGGO 7

 RM108, 800

TIGGO 8

RM115, 800

TIGGO 8 PHEV

RM138, 800

TIGGO 9

RM166, 800

Promosi terhad kepada model terpilih untuk tempoh tertentu dan tertakluk kepada stok yang masih ada.

Selain tawaran pembelian kenderaan, kempen Chery Bersama Malaysia turut diperluaskan kepada pelanggan selepas jualan. Chery Malaysia menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma dengan 28 perkara pemeriksaan di semua pusat servis Chery yang sah di seluruh negara.


Dalam kempen yang sama, pemilik Chery yang membelanjakan RM1,000 dan ke atas dalam satu invois servis akan menerima kamera papan pemuka (dashcam) Chery bernilai RM499 secara percuma, tertakluk kepada stok yang tersedia.


Chery Bersama Malaysia di MyTOWN

Bagi pelanggan yang ingin melihat sendiri rangkaian kenderaan Chery, jenama tersebut akan berada di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur dari 16 hingga 20 September 2026.


Pengunjung berpeluang melihat model-model Chery terkini, menikmati promosi eksklusif serta mendapatkan tawaran menarik sepanjang berlangsungnya sambutan Chery Bersama Malaysia.


Test Drive & Win

Kempen ini turut diserikan dengan pertandingan Chery Bersama Malaysia Test Drive & Win Contest.

Untuk menyertai, peserta hanya perlu mengunjungi mana-mana bilik pameran atau roadshow Chery di seluruh negara, melakukan pandu uji mana-mana model Chery dan merakam detik Merdeka kegemaran mereka.



Peserta berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk iPhone 17, kamera Sony serta kad PIN tambah nilai Touch 'n Go.

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page