top of page

GWM Malaysia Bekerjasama dengan Touch 'n Go untuk Menyokong Pengalaman Mobiliti yang Lebih Pintar

aisha5891
29 Jul
2 min membaca
GWM Malaysia Touch 'n Go
Dari kiri ke kanan: Praba Sangarajoo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Touch 'n Go Sdn Bhd, dan Cui Anqi, Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat, GWM Malaysia, semasa majlis penyerahan simbolik di plaza tol AKLEH Dato Keramat, menandakan demonstrasi teknologi Titan Flow milik Touch 'n Go.

Kuala Lumpur, 21 Julai 2026 – Seiring landskap mobiliti Malaysia yang terus berkembang, pengalaman pemanduan kini semakin dipengaruhi oleh integrasi antara kenderaan, infrastruktur dan teknologi digital. Mencerminkan perubahan ini, GWM Malaysia telah bekerjasama dengan Touch 'n Go sebagai rakan mobiliti bagi demonstrasi Titan Flow Technology, sekali gus menyokong pengalaman pandu lalu media secara langsung di lorong RFID Dipertingkatkan (Enhanced RFID) di plaza tol AKLEH Dato Keramat.


Melalui kerjasama ini, GWM Malaysia menyediakan barisan kenderaan daripada portfolio pelbagai kategori dan pelbagai rangkaian kuasanya, membolehkan para tetamu merasai sendiri bagaimana penyelesaian mobiliti berhubung dapat meningkatkan kemudahan, kecekapan serta pengalaman pemanduan secara keseluruhan.


GWM Malaysia Touch 'n Go
Dari kiri ke kanan: Praba Sangarajoo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Touch 'n Go Sdn Bhd, dan Cui Anqi, Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat, GWM Malaysia, merasmikan pelepasan bagi demonstrasi media secara langsung teknologi Titan Flow milik Touch 'n Go yang dibangunkan sendiri di plaza tol AKLEH Dato Keramat.

"Pemandu masa kini mengharapkan pengalaman mobiliti yang mudah, lancar dan saling berhubung. Kerjasama seperti ini menunjukkan bagaimana jenama automotif dan rakan teknologi dapat bekerjasama untuk menambah baik pengalaman pemilikan kenderaan menerusi inovasi yang praktikal. Di GWM Malaysia, kami kekal komited untuk menyokong inisiatif yang memberikan manfaat bermakna kepada para pemandu di Malaysia," kata Cui Anqi, Pengarah Urusan Hal Ehwal Korporat, GWM Malaysia.


GWM Malaysia Touch 'n Go
Ahli media berkumpul di ibu pejabat Touch 'n Go di Kuala Lumpur semasa pameran Titan Flow Technology, menyaksikan langkah seterusnya Malaysia ke arah sistem tol yang lebih lancar dan saling berhubung.

Sebagai antara jenama automotif di Malaysia yang menawarkan portfolio komprehensif merangkumi kenderaan elektrik (EV), hibrid elektrik (HEV), hibrid elektrik plug-in (PHEV) dan enjin pembakaran dalaman (ICE) merentasi pelbagai segmen, GWM Malaysia terus komited untuk menyokong inovasi dan kerjasama yang mempertingkatkan keseluruhan pengalaman pemilikan kenderaan, di samping menyokong pembangunan ekosistem pengangkutan yang lebih pintar dan bersedia untuk masa hadapan.

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page