top of page

GWM Malaysia Mengeksport CKD untuk GWM WEY G9 ke Thailand Buat Pertama Kalinya, Mengukuhkan Sinergi Industri Pembuatan di ASEAN

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 26 Jan
  • 2 min membaca

GWM Malaysia Mengeksport CKD untuk GWM WEY G9 ke Thailand

Hari ini, GWM Malaysia mencipta satu lagi pencapaian besar dalam perkembangannya di ASEAN dengan penghantaran pertama CKD (Completely Knocked Down) bagi GWM WEY G9 ke Thailand, sebagai bukti komitmen padunya terhadap kolaborasi, peningkatan keupayaan kenderaan NEV, dan kemajuan industrinya yang merentasi sempadan.

 

Penghantaran ini adalah hasil kejayaan pelancaran GWM WEY G9 pertama yang dipasang di Malaysia dan merupakan satu fasa strategik yang seterusnya dalam mencapai matlamat GWM untuk mengembangkan pasaran serantau bagi rantaian produk bekalan serta ekosistem pembuatan yang kukuh di ASEAN.


GWM WEY G9

Menjalinkan Kerjasama Serantau dan Menjana Industri NEV

Perlaksanaan eksport CKD ke Thailand menggambarkan keyakinan GWM terhadap kemampuan Malaysia dalam menyokong industri pemasangan automotif yang berkualiti tinggi, pindahan teknologi dan masa depan untuk skala keupayaan mengeksport. Inisiatif ini dijangka dapat menjana industri pemasangan yang kompetitif, menggalakkan pembangunan vendor, dan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam strategi serantau GWM yang lebih luas.

 

Penghantaran yang melakar sejarah ini telah disaksikan oleh Pengarah Urusan GWM Malaysia, Encik Cui Anqi, serta Ketua Pegawai Operasi, Encik Roslan Abdullah.


GWM WEY G9

Hala Tuju ASEAN yang Diperkukuh untuk Mobiliti New Energy

“Penghantaran CKD untuk GWM WEY G9 ke Thailand pada hari ini menjadi bukti betapa kukuhnya asas pasaran serantau yang sedang kami bina di ASEAN,” kata En. Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia. “Peranan Malaysia sebagai hab pemasangan yang strategik adalah langkah sokongan kami terhadap pasaran negara jiran dengan keluaran produk New Energy yang canggih, di samping memantapkan lagi integrasi rantaian bekalan produk serantau. Penghantaran ini merupakan salah satu langkah untuk kami terus maju ke hadapan dan juga sebagai tanda kehadiran kami di rantau ini.”


Pengarah Urusan GWM Malaysia, Encik Cui Anqi, pula berkata, “GWM WEY G9 adalah gabungan kejuruteraan bertaraf dunia dan hasil tangan tempatan yang mantap. Penghantaran ke Thailand ini menunjukkan kemampuan daya saing kami bagi menyokong perkembangan serantau GWM. Ia bukan sekadar keupayaan dari segi logistik, tetapi permulaan kepada pencapaian satu matlamat jangka panjang yang memperkukuhkan kedudukan Malaysia, khususnya untuk masa depan New Energy GWM.”


GWM Malaysia Mengeksport CKD untuk GWM WEY G9 ke Thailand

 

Membina Kecemerlangan New Energy Premium di Malaysia

Seiring dengan perlaksanaannya di Malaysia, GWM WEY G9 yang dieksport ke Thailand dibina atas platform kecanggihan New Energy GWM, yang turut disokong oleh penyelidikan global jenama tersebut dan pembangunan rangkaiannya, serta jaminan pemasangan dengan kualiti tempatan.


Model ini akan memperkenalkan teknologi yang dipertingkatkan kepada pasaran Thailand, termasuklah:

 

  • Sistem Pintar Hibrid 4WD (Hi4)

  • Teknologi keselamatan pintar

  • Keselesaan pengalaman kabin yang premium, dicipta khusus untuk pengguna dikalangan yang berkeluarga dan juga perniagaan



Memperkukuhkan Pasaran Kompetitif Serantau Melalui Pemasangan Tempatan

Program CKD di Malaysia terus berkembang di bawah usaha teknikal tenaga tempatan yang dipertingkatkan dan pembangunan kemahiran. Usaha berterusan ini bukan sahaja menunjukkan kemampuan NEV Malaysia, malah ia membuktikan komitmen GWM terhadap perkembangan serantau yang mampan.


Hasil pencapaian eksport CKD ini, GWM Malaysia meneruskan persediaan untuk pelancaran rasmi GWM WEY G9 pada awal tahun 2026. Berteraskan kejayaan program pemasangan tempatan dan peningkatan minat di rantau ini, butiran lanjut berkaitan pelancaran akan diumumkan dalam masa beberapa minggu akan datang, seiring dengan kemajuan pelan hala tuju kenderaan New Energy Vehicle GWM di Malaysia dan seluruh ASEAN.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page