top of page

EV Terbaharu yang Lebih Hebat: GWM Malaysia Perkenal ORA Good Cat Ultra dan ORA Good Cat GT Baharu

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 6 Nov 2025
  • 3 min membaca

ORA Good Cat Ultra dan ORA Good Cat GT Baharu

GWM Malaysia hari ini memperkenalkan ORA Good Cat Ultra dan ORA Good Cat GT versi baharu, kini tampil dengan gaya lebih berani dan ciri yang dipertingkat, menjadikan model ini terus kekal sebagai hatchback elektrik paling ikonik di Malaysia.


ORA Good Cat Ultra

“Nama ORA melambangkan inti visi tenaga baharu GWM yang menyeronokkan, pintar, dan mudah diakses oleh semua,” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia. “Kami teruja melihat semakin ramai rakyat Malaysia mula menerima mobiliti elektrik, dan kami mahu ORA menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian mereka. Dengan lebih daripada 520,000 pengguna di seluruh dunia, ORA Good Cat bukan sekadar sebuah EV, ia adalah teman perjalanan bagi mereka yang percaya bahawa pemanduan boleh menjadi menyeronokkan dan bertanggungjawab.”


ORA Good Cat Ultra

Barisan terbaharu ini memperkenalkan pilihan warna dua tona So Blue dengan bumbung hitam, yang menyerlahkan tenaga muda dan gaya urban yang sofistikated, sekaligus menonjolkan personaliti jenama ORA yang ceria namun tetap premium.

Direka sebagai EV yang lebih Hebat, ORA Good Cat versi baharu terus menonjol dengan keistimewaan tersendiri melalui:


ORA Good Cat Ultra

  • Ekstra Good Looking, reka bentuk yang lagi menawan, menampilkan gaya retro-futuristik ikonik serta gabungan warna baharu yang lebih menyerlah;

  • Ekstra Good Driving, pemanduan yang lagi menyeronokkan, menawarkan prestasi elektrik yang lancar, responsif dan yakin di setiap perjalanan; dan

  • Ekstra Good Safety, keselamatan yang lagi terjamin, dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu pintar yang komprehensif untuk ketenangan minda setiap hari.


ORA Good Cat Ultra dan GT terus menawarkan jarak pemanduan yang mengagumkan, teknologi intuitif, serta reka bentuk tersendiri yang menarik minat pemandu moden yang mementingkan gaya dan kelestarian alam.



“Pasaran EV di Malaysia sedang berkembang pesat, dan matlamat kami adalah untuk menawarkan nilai sebenar yang mampu bersaing dengan mana-mana jenama,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia. “ORA Good Cat membuktikan bahawa teknologi, reka bentuk dan kualiti tinggi boleh menjadi sesuatu yang mampu dimiliki dan dipercayai,” tambahan beliau.


ORA Good Cat Ultra

Dengan pembaharuan ini, GWM Malaysia sekali lagi menegaskan komitmennya untuk menjadikan teknologi EV canggih lebih mudah diakses, sambil terus memperkukuh kehadirannya dalam landskap mobiliti elektrik negara yang pesat berkembang.


ORA Good Cat Ultra

Palet Gaya Baharu untuk Pemandu Malaysia

Barisan ORA Good Cat 2025 kini hadir dengan gabungan warna baharu So Blue, tambahan segar yang menyerlahkan personaliti moden dan yakin model ini. Pilihan warna terkini merangkumi:

  • Hazel Wood Beige dengan bumbung coklat

  • Pistachio Green

  • So Blue dengan bumbung hitam (Warna Baharu)

  • Aqua Grey (eksklusif untuk GT)

  • Sun Black (eksklusif untuk GT)


Warna-warna baharu ini melengkapkan reka bentuk retro-futuristik ORA Good Cat yang tersendiri, menggabungkan lengkungan klasik dengan sentuhan moden futuristik yang pasti menarik perhatian di jalan raya.



Dua Varian, Dua Personaliti Berbeza

ORA Good Cat Ultra Baharu– Bergaya dan Pintar


Dengan harga bermula daripada RM109,800, ORA Good Cat Ultra menawarkan reka bentuk elegan, teknologi intuitif, serta prestasi elektrik yang cekap.


ORA Good Cat Ultra and GT Price

  • Bateri & Jarak Pemanduan: 57.7 kWh SVOLT LFP (sehingga 480 km, NEDC)

  • Kuasa Motor: 143 PS, 210 Nm tork

  • Pengecasan: 60kW DC (30%–80% dalam ±38 minit), 6.6kW AC

  • Reka Dalaman: Skrin infotainmen 10.25”, kemasan tempat duduk kulit sintetik

  • Teknologi & Keselamatan: ADAS Tahap 2 & kamera 360°

  • Ketersambungan: Aplikasi My GWM, serta Apple CarPlay & Android Auto


ORA Good Cat Ultra and GT Price

ORA Good Cat GT Baharu – Lebih Gagah, Sporty, dan Tajam

Bagi mereka yang inginkan gaya pemanduan lebih sporty, ORA Good Cat GT dengan harga bermula daripada RM119,800, menawarkan pengalaman lebih mengujakan melalui pelbagai peningkatan eksklusif termasuk:


ORA Good Cat GT Baharu

  • Kit badan GT eksklusif dengan bampar depan dan belakang bergaya agresif

  • Kemasan hitam berkilat untuk tampilan sporty dan berprestasi

  • Rim aloi hitam sporty 18 inci dengan jalur kuning

  • Lencana GT khas dan angkup brek kuning

  • Tempat duduk sport GT dengan jahitan kuning kontras dan kemasan kulit suede

  • Bateri & Jarak Pemanduan: 57.7 kWh SVOLT LFP (sehingga 460 km, NEDC)

  • Kuasa Motor: 171 PS, 250 Nm tork

  • Pengecasan: 60kW DC (30%–80% dalam ±38 minit), 6.6kW AC

  • Reka Dalaman : Skrin infotainmen 10.25”, kemasan tempat duduk kulit sintetik

  • Teknologi & Keselamatan: ADAS Tahap 2 & kamera 360°

  • Ketersambungan: Aplikasi My GWM, serta Apple CarPlay & Android Auto


ORA Good Cat GT Baharu

ORA Good Cat GT Baharu

Pemilikan Tanpa Risau

Semua model ORA Good Cat dilindungi dengan waranti kenderaan selama 5 tahun/150,000 km dan waranti bateri selama 8 tahun/180,000 km, memberikan jaminan ketahanan jangka panjang serta keyakinan penuh kepada pemilik EV di Malaysia.



Pakej Early Bird

Pembeli awal boleh menikmati diskaun tambahan RM3,000 apabila mendaftar ORA Good Cat baharu sebelum 31 Disember 2025.



Raikan dan Menang Bersama GWM Malaysia

Sempena pelancaran ini, GWM Malaysia menjemput para pelanggan untuk turut serta dalam kempen “Book & Win”, dengan jumlah hadiah bernilai sehingga RM150,000 untuk dimenangi.



Pelanggan yang membuat tempahan bagi mana-mana model GWM sepanjang tempoh kempen berpeluang memenangi ganjaran menarik, termasuk baucar tunai dan hadiah-hadiah hebat.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page