top of page

GWM Malaysia Kembali ke KLIMS 2026 dengan Pengalaman Imersif dan Barisan Mobiliti Pelbagai Rangkaian Kuasa Generasi Baharu

Writer: Anna Chong
Anna Chong
9 Jun
3 min membaca

GWM KLIMS 2026

GWM Malaysia akan kembali ke pameran automotif dan mobiliti utama Malaysia, Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) tahun ini, yang akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), dengan menampilkan ekosistem mobiliti pelbagai jenama dan pelbagai rangkaian kuasa penggeraknya di bawah tema “For Every User, For Every Journey”.


Sebagai platform nasional utama yang menghimpunkan masa depan mobiliti, teknologi dan inovasi pengguna, GWM Malaysia akan mempamerkan rangkaian mobiliti lengkap yang direka berdasarkan gaya hidup sebenar rakyat Malaysia, merangkumi mobiliti bandar, pengangkutan keluarga, mobiliti premium dan pengembaraan gaya hidup, dengan pilihan pelbagai rangkaian kuasa penggerak untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.


GWM Haval H6 HEV

Model yang dipaparkan dalam pameran termasuk:

  • HAVAL H6 HEV: SUV hibrid pintar yang direka untuk mobiliti keluarga moden

  • WEY G9 Hi4 PHEV: MPV hibrid pintar premium yang menawarkan prestasi, kecekapan dan keselesaan

  • TANK 300 HEV and TANK 500 HEV: SUV off-road gaya hidup yang menggabungkan keupayaan lasak dengan teknologi hibrid termaju

  • ORA Good Cat : EV bandar berteraskan reka bentuk untuk pemanduan bandar yang berhubung


Sepanjang pameran berlangsung, GWM Malaysia turut akan memperkenalkan pratonton dua penambahan elektrifikasi baharu kepada portfolionya yang pelbagai, memberikan rakyat Malaysia gambaran awal mengenai fasa seterusnya inovasi mobiliti jenama ini serta hala tuju produk masa hadapan. Maklumat lanjut akan diumumkan semasa KLIMS 2026.


GWM WEY G9 Hi4 PHEV

“KLIMS merupakan platform penting bagi kami untuk mengukuhkan hubungan dengan rakyat Malaysia di peringkat nasional. Keperluan mobiliti di Malaysia berkembang dengan pantas, daripada pemanduan bandar yang padat kepada penggunaan yang lebih pelbagai melibatkan gaya hidup dan keluarga. Visi kami adalah untuk menunjukkan bagaimana ekosistem mobiliti pintar GWM direka bagi menyokong keperluan mobiliti rakyat Malaysia yang sentiasa berkembang, daripada perjalanan harian ke tempat kerja hinggalah kepada perjalanan keluarga dan aktiviti gaya hidup,” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia.


“Dengan mensinergikan kehebatan teknologi global kami dengan pemahaman mendalam terhadap keutamaan tempatan, kami menyediakan penyelesaian mobiliti yang bukan sahaja praktikal untuk pemandu masa kini malah direka untuk menerajui masa depan pengangkutan mampan.” tambah beliau.

GWM Tank 300 HEV

Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia turut menambah, “Dalam pasaran automotif yang sangat kompetitif dan berkembang pesat, pelanggan di Malaysia semakin teliti, mengharapkan kedua-dua nilai dan teknologi canggih dalam satu pakej. Keutamaan kami sentiasa memastikan barisan produk kami mampu diterjemahkan kepada pengalaman penggunaan yang lancar dan relevan dalam kehidupan sebenar.”


“Melalui penyertaan kami di KLIMS tahun ini, kami berhasrat untuk menonjolkan dedikasi kami dalam menyediakan pengalaman pemilikan yang sama boleh dipercayai dan inovatif, memastikan setiap perjalanan disokong oleh rangkaian perkhidmatan kukuh dan ekosistem teknologi GWM.”


GWM Tank 500 HEV

GWM terus memperluaskan ekosistem mobiliti pelbagai yang merangkumi hibrid (HEV), hibrid plug-in (PHEV), elektrik bateri (BEV) dengan teknologi tenaga masa depan, mengukuhkan visi jangka panjang jenama ini untuk menyediakan penyelesaian mobiliti yang pintar, fleksibel dan bersedia untuk masa depan.


Selain pameran produk, ruang pameran GWM Malaysia turut akan menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan pengalaman imersif yang direka untuk meningkatkan penglibatan pengunjung serta memperdalam pemahaman mereka terhadap produk dan teknologi GWM. Pengunjung boleh menikmati sesi pandu uji, pameran teknologi, permainan interaktif, cabutan bertuah, ganjaran tempahan eksklusif serta pelbagai aktiviti khas untuk komuniti pemilik GWM yang semakin berkembang.


GWM Ora Good Cat

Bermula 11 Jun 2026 (Media Day) dan dibuka kepada orang ramai dari 12 hingga 21 Jun 2026, GWM Malaysia akan mempamerkan keseluruhan rangkaiannya di KLIMS 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.


Pengunjung dijemput untuk merasai sendiri pengalaman kenderaan GWM, meneroka inovasi berteraskan teknologi, serta melihat bagaimana jenama ini terus mentakrif semula mobiliti bagi setiap perjalanan rakyat Malaysia.

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page