top of page

GWM TANK 500 HEV 2026 Tingkatkan Kemudahan Harian Menerusi Ketersambungan Telefon Pintar

aisha5891
28 Ogo
4 min membaca
GWM TANK 500 HEV 2026

Kuala Lumpur, 27 Ogos 2026 – GWM Malaysia hari ini memperkenalkan GWM TANK 500 HEV 2026, yang kini dilengkapi dengan ketersambungan telefon pintar yang dipertingkatkan bagi menawarkan lebih banyak kemudahan, kawalan dan pemantauan kepada pemilik, walaupun ketika berada jauh dari kenderaan.

Meneruskan keunggulannya sebagai SUV premium yang menggabungkan keselesaan, teknologi pintar dan keupayaan merentas pelbagai bentuk muka bumi, model 2026 ini memperkayakan pengalaman pemilikan menerusi tiga aspek utama, iaitu kawalan kenderaan jarak jauh, pemantauan kenderaan, serta lokasi dan makluman.


Stan Li Hao, Pengarah Urusan Operasi Komersial GWM Malaysia, berkata, “Di GWM, kami sentiasa meneroka bagaimana teknologi dapat memberikan nilai dan kemudahan yang lebih besar dalam kehidupan seharian pelanggan kami. GWM TANK 500 HEV 2026 membina kekuatan SUV unggulan kami menerusi ciri ketersambungan yang dipertingkatkan, memberikan pemilik kawalan, pemantauan dan ketenangan fikiran yang lebih baik, di mana sahaja mereka berada.”


Persediaan Kenderaan Lebih Mudah Sebelum Perjalanan

Menerusi Aplikasi Pintar GWM (GWM Intelligent Application), pemilik boleh mengurus pelbagai fungsi kenderaan dari jarak jauh sebelum memulakan perjalanan.

Antara kemudahan yang tersedia termasuk kawalan enjin, pintu, tingkap dan bumbung secara jarak jauh. Pemilik juga boleh menghidupkan sistem penyaman udara dari jauh atau menetapkannya mengikut jadual tertentu, selain mengaktifkan fungsi penulenan udara dan pengudaraan tempat duduk bagi menyediakan ruang kabin yang lebih selesa sebelum perjalanan.

Fungsi ini membolehkan pemilik membuat persediaan awal terhadap kenderaan dan ruang kabin tanpa perlu berada berdekatan dengannya.


Pantau Keadaan Kenderaan Pada Bila-Bila Masa

Selain kawalan jarak jauh, aplikasi ini turut membolehkan pemilik memantau keadaan dan tahap kesediaan GWM TANK 500 HEV 2026 dengan lebih mudah.

Maklumat yang boleh diperiksa termasuk status enjin, baki jarak pemanduan, paras bahan api dan perbatuan kenderaan. Pemilik juga boleh memantau tekanan serta suhu keempat-empat tayar, selain status pintu, tingkap, bumbung suria, sistem penyaman udara, penulen udara dan pengudaraan tempat duduk.

Sekiranya paras bahan api atau bateri 12V rendah, pemilik akan menerima makluman supaya tindakan awal boleh diambil sebelum perjalanan seterusnya. Makluman turut diberikan sekiranya terdapat keadaan seperti pintu atau tingkap yang tidak ditutup sepenuhnya.


Lokasi Kenderaan dan Makluman Keselamatan

Ciri ketersambungan yang dipertingkatkan turut memberikan pemilik kawalan yang lebih baik terhadap lokasi dan keselamatan kenderaan.

Melalui fungsi Cari Kenderaan Saya, pemilik boleh melihat lokasi semasa kenderaan dari jarak jauh. Fungsi hon dan lampu kecemasan juga boleh diaktifkan bagi membantu mengenal pasti kenderaan dengan lebih mudah, khususnya di kawasan parkir yang sesak.

Fungsi geofencing atau sempadan maya membolehkan pemilik menetapkan kawasan tertentu dan menerima makluman apabila kenderaan keluar dari kawasan tersebut.

Pemilik turut boleh menerima makluman pintu atau tingkap terbuka, paras bahan api rendah, bateri 12V rendah serta tekanan dan suhu tayar, selain mengurus perkongsian akses kenderaan dengan pengguna yang dibenarkan.

Tetapan lokasi GPS jarak jauh juga memberikan pemilik kawalan yang lebih baik terhadap fungsi perkhidmatan lokasi kenderaan.


Ringkasan Ciri Ketersambungan

Ciri Ketersambungan Utama

Manfaat Harian

Kawalan Jarak Jauh

• Kawalan Enjin Jarak Jauh

• Kawalan Pintu Jarak Jauh

• Penutupan Tingkap & Bumbung Jarak Jauh

• Kawalan Penyaman Udara Jarak Jauh

• Penjadualan Penyaman Udara

• Penulenan Udara Jarak Jauh

• Pengudaraan Tempat Duduk Jarak Jauh


Membuat persediaan kenderaan dan ruang kabin sebelum perjalanan atau mengurus fungsi tertentu dari jarak jauh untuk memberikan kemudahan dan keselesaan yang lebih baik.

Pemantauan Kenderaan  

• Status Enjin

• Pemantauan Baki Jarak Pemanduan

• Pemantauan Paras Bahan Api

• Pemantauan Tekanan & Suhu Tayar

• Status Perbatuan

• Status Pintu

• Status Tingkap & Bumbung Suria

• Status Penyaman Udara

• Status Penulen Udara

• Status Pengudaraan Tempat Duduk


Semak keadaan, kesediaan dan keselamatan kenderaan melalui Aplikasi Pintar GWM/ GWM Intelligent Application, walaupun ketika berada jauh dari kenderaan.

Lokasi & Makluman

• Cari Kenderaan Saya

• Lihat Lokasi Kenderaan

• Geofencing dan Makluman Lokasi Kenderaan

• Makluman Pintu Terbuka

• Makluman Tingkap Terbuka

• Makluman Paras Bahan Api Rendah

• Makluman Bateri 12V Rendah

• Makluman Tekanan & Suhu Tayar

• Kawalan Perkongsian Kenderaan

• Kawalan Lokasi GPS Jarak Jauh 


Cari lokasi kenderaan, terima makluman tepat pada masanya dan urus perkongsian akses kendaraan yang dibenarkan untuk memberikan ketenangan fikiran yang lebih baik.

Ketersediaan dan pengoperasian ciri ketersambungan mungkin tertakluk kepada liputan rangkaian, keserasian aplikasi serta terma dan syarat yang berkenaan.


Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Operasi GWM Malaysia, berkata, “Pengalaman pemilikan bukan hanya terhad kepada masa yang diluangkan di belakang roda. Sama ada membuat persediaan ruang kabin sebelum perjalanan, memeriksa keadaan tayar atau memastikan pintu dan tingkap telah ditutup serta dikunci dengan sempurna, ciri ketersambungan yang dipertingkatkan ini menjadikan interaksi harian dengan GWM TANK 500 HEV lebih lancar, mudah dan memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik.”


Keselesaan Premium dengan Keupayaan Terbukti

Selain ketersambungan yang dipertingkatkan, GWM TANK 500 HEV 2026 mengekalkan ciri-ciri utama yang menjadi keunggulan SUV unggulan GWM, termasuk keselesaan premium, teknologi pintar dan keupayaan merentas pelbagai bentuk muka bumi.

Model ini menggabungkan rangkaian kuasa Hibrid Turbo 2.0 liter bersama pelbagai teknologi keselamatan, keselesaan dan pemanduan pintar bagi memberikan pengalaman pemanduan yang yakin, sama ada untuk kegunaan harian di bandar atau ketika melalui laluan yang lebih mencabar.

Dari segi pemilikan, pelanggan GWM TANK 500 HEV turut menikmati pakej perlindungan komprehensif yang merangkumi:

  • Waranti seumur hidup bagi enjin, transmisi dan sistem HEV, eksklusif untuk pemilik persendirian tangan pertama.

  • Waranti bateri kuasa voltan tinggi selama lapan tahun atau 200,000 km.

  • Waranti kenderaan selama enam tahun dengan perbatuan tanpa had.

  • Pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun.


GWM TANK 500 HEV 2026 Kini Tersedia di Pengedar Terpilih

GWM TANK 500 HEV 2026 kini boleh didapati di pengedar GWM terpilih di seluruh negara.

Bersempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, GWM Malaysia turut menjalankan kempen pelanggan di seluruh negara dari 1 Ogos hingga 30 September 2026, dengan menawarkan pelbagai ganjaran dan nilai tambahan kepada pelanggan.


Pelanggan yang menempah kenderaan GWM baharu sepanjang tempoh kempen dan melengkapkan pendaftaran sebelum atau pada 30 September 2026 layak menyertai kempen tersebut. Enam pelanggan bertuah berpeluang memenangi pulangan tunai tol sehingga RM1,000.


Sepanjang bulan Ogos, pelanggan juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga RM30,000 untuk model GWM terpilih bagi tempoh terhad. Setiap pembelian kenderaan GWM baharu turut disertakan dengan pakej penyelenggaraan servis percuma selama lima tahun, memberikan nilai tambahan dan ketenangan fikiran sepanjang tempoh pemilikan.

Pengenalan GWM TANK 500 HEV 2026 bersama ciri ketersambungan yang dipertingkatkan ini mencerminkan usaha GWM Malaysia untuk menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih mudah, pintar dan lancar, dengan teknologi yang membantu pemilik mengurus kenderaan mereka walaupun dari jarak jauh.

Untuk mendapatkan berita terkini, promosi dan maklumat mengenai acara GWM Malaysia, pelanggan boleh mengikuti GWM Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page