GWM Malaysia Rasmikan Pelancaran GWM Tank 500 HEV di Malaysia Autoshow 2025
- Anna Chong

- 9 Mei 2025
- 3 min membaca

Selepas menerima sambutan awal yang amat menggalakkan semasa fasa pra-tempahan, GWM Malaysia dengan bangganya melancarkan secara rasmi model yang dinanti-nantikan – GWM TANK 500 HEV di Malaysia Autoshow 2025.
Direka khas ‘Hanya Untuk Yang Berani’ mencabar batas biasa dan meneroka dunia baharu, GWM TANK 500 HEV muncul tepat pada masanya sebagai SUV hibrid mewah lasak yang paling dinantikan di Malaysia. SUV ini menyampaikan gabungan hebat antara keupayaan lasak, teknologi pintar, dan kemewahan kontemporari menjadikannya pilihan utama buat pengembara moden.


Mendefinsikan Semula Pengembaraan Dan Kemewahan
Selepas kejayaan model TANK 300 yang mencatat lebih daripada 600 unit terjual dalam tempoh kurang daripada setahun di Malaysia, TANK 500 HEV membawa pengalaman ke satu tahap yang lebih tinggi. SUV hibrid mewah ini menggabungkan kekuasaan hibrid, keupayaan off-road pintar serta keselesaan premium — jawapan sempurna bagi mereka yang mahukan kekuatan dan gaya dalam satu pakej.
Dengan rekaan yang garang namun elegan, TANK 500 HEV berukuran 5,078 mm panjang, 1,934 mm lebar, dan 1,905 mm tinggi, serta jarak roda 2,850 mm.
Di sebalik bonet, ia dipacu enjin 2.0L turbo 4-silinder bersama sistem hibrid dan transmisi automatik hibrid 9-kelajuan. Gabungan ini menghasilkan kuasa sebanyak 255 kW (346 PS) dan tork pada 648 Nm.
Dilengkapi Sistem All-Terrain Pintar dengan 11 mod pemanduan, fungsi TANK Turn serta Off-road Cruise Control, SUV ini dibina untuk menakluk pelbagai permukaan jalan dengan penuh yakin. Ia mengajak anda untuk menjelajah dan menawan apa jua cabaran.


Kuasa Pintar Bersama Keselesaan Premium
TANK 500 HEV turut hadir dengan teknologi pacuan 4 roda pintar, termasuk M-Lock, paparan casis telus, dan sistem Bantuan Pemanduan Tahap 2 (ADAS) untuk kawalan dan keselamatan maksimum di mana sahaja.
Bahagian dalamannya pula menawarkan kemewahan dan inovasi seperti:
Tempat duduk NAPPA dengan fungsi urut dan pengudaraan untuk penumpang hadapan
Sistem bunyi premium Infinity yang mengasyikkan
Tangga sisi elektrik untuk kemudahan keluar masuk
Struktur badan ultra-kuat dengan enam beg udara untuk keselamatan menyeluruh
Reka bentuk kabin yang luas mampu memuatkan hingga tujuh penumpang. Setiap perjalanan — sama ada di kota atau alam semula jadi — pasti selesa dan mengujakan.
Pilihan warna luaran termasuk Crystal Grey, Hamilton White, dan Sun Black, menyerlahkan karakter berani dan eksklusif SUV ini.

Nikmati Pemanduan Tanpa Risau, Miliki Dengan Tenang
GWM Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pemilik TANK 500 HEV akan menikmati pengalaman pemilikan yang benar-benar meyakinkan, disokong oleh perlindungan waranti yang komprehensif:
Waranti seumur hidup untuk enjin, transmisi dan sistem HEV (khas untuk pemilik persendirian pertama)
Waranti 8 tahun / 200,000km untuk bateri
Waranti kenderaan menyeluruh selama 6 tahun tanpa had perbatuan
Harga Rasmi & Tawaran Istimewa Pelancaran
GWM Malaysia mengumumkan bahawa GWM TANK 500 HEV akan dijual pada harga RMXXX,XXX (Harga atas jalan, tidak termasuk insurans). Sempena pelancarannya di Malaysia Autoshow 2025, pelanggan awal akan menikmati pelbagai kelebihan istimewa, termasuk:
100 pemilik terawal akan menerima set hadiah edisi terhad yang eksklusif
Pakej penyelenggaraan percuma selama 5 tahun untuk tempoh terhad
Ini membuktikan komitmen GWM dalam menawarkan nilai hebat seiring dengan kemampuan dan kemewahan terbaik.
Memacu Era Baru Suv Di Malaysia
GWM TANK 500 HEV memperkukuhkan lagi jenama TANK di peringkat global. Setakat ini, lebih 600,000 unit telah terjual di seluruh dunia, TANK dengan penguasaan pasaran lebih 50% dalam segmen SUV off-road di China selama 52 bulan berturut-turut.
Kini, dengan kehadiran di Malaysia GWM menetapkan penanda aras baharu dalam dunia SUV premium. GWM Tank 500 HEV dicipta "Hanya Untuk Yang Berani" bagi mereka yang mahukan lebih daripada setiap pemanduan, setiap destinasi dan setiap cabaran.
Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri kehebatan, kemewahan dan semangat pengembaraan GWM Tank 500 HEV di Hall A, Booth A03, Malaysia Autoshow 2025 dari 9 hingga 15 Mei 2025.
































Komen