ISUZU Malaysia Anjur ‘Truck for Life’ Di Seluruh Negara, Kukuhkan Komitmen ESG Untuk Berbakti Kepada Komuniti
- Anna Chong

- 20 Apr
- 2 min membaca

ISUZU Malaysia Sdn Bhd (IMSB) telah melancarkan kempen derma darah “Truck for Life” sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi tahun 2026. Ia juga merupakan tanda sokongan terhadap usaha Pusat Darah Negara Malaysia untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi bagi kegunaan hospital dan pesakit di seluruh negara.
“Truck for Life” akan menjelajah ke seluruh negara dan singgah di lokasi pengedar ISUZU bagi memudahkan pelanggan, pekerja serta masyarakat setempat untuk menderma darah. Dengan sokongan daripada pengedar ISUZU di seluruh negara, kempen ini dijangka meliputi kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur, dan akan bermula pada suku kedua 2026.
Menurut Ketua Pegawai Operasi IMSB, Masashi Nuijma, usaha ini mencerminkan komitmen ISUZU untuk menyumbang secara bermakna kepada komuniti.
“Selama bertahun-tahun, IMSB telah melaksanakan pelbagai inisiatif CSR bertujuan untuk menyokong komuniti dan mewujudkan impak sosial yang positif. Tahun ini, kempen derma darah “Truck for Life” 2026 merupakan satu daripada usaha untuk membantu Pusat Darah Negara menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia tampil ke hadapan sebagai penderma darah,” kata Nuijima.

Hentian pertama bagi kempen ini, yang telah berlangsung di ibu pejabat IMSB di Damansara Uptown, Petaling Jaya, telah berjaya mengumpul sebanyak 15 liter darah dalam tempoh satu hari, sekali gus menandakan permulaan yang baik bagi inisiatif di peringkat kebangsaan. Susulan pelancaran tersebut, kempen ‘Truck for Life’ akan meneruskan jelajahnya bersama rangkaian pengedar IMSB di seluruh negara.
Pusat Darah Negara sentiasa menyeru orang ramai untuk tampil sebagai penderma darah untuk memastikan rizab darah sentiasa tersedia bagi menampung keperluan ketika kecemasan, pembedahan dan rawatan perubatan berterusan. Secara purata, antara 15,000 hingga 17,000 beg darah diperlukan untuk memenuhi keperluan harian pesakit di seluruh Malaysia.
“Bagi ISUZU Malaysia, kami mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui inisiatif yang bermakna seperti ini,” tambah Nuijima. “Kepercayaan rakyat Malaysia telah meletakkan ISUZU sebagai jenama trak No.1 di negara ini selama lebih 14 tahun secara berturut-turut. Melalui kempen “Truck for Life”, kami berharap agar lebih ramai orang dapat menyumbang dalam usaha menyelamatkan nyawa, di samping menggeratkan semangat sokongan komuniti.,” kata Nuijima.
Tanggungjawab sosial korporat (CSR) seluruh negara ini turut mencerminkan komitmen ESG IMSB yang berterusan terhadap kesejahteraan komuniti. Selama bertahun-tahun, IMSB giat melaksanakan pelbagai usaha, daripada penanaman pokok untuk pemeliharaan alam sekitar hinggalah kepada lawatan dan usaha menyumbang bagi tujuan memberdayakan komuniti kurang berkemampuan, seperti rumah anak yatim dan rumah warga emas.
Tahun ini pula, melalui kempen “Truck for Life”, IMSB berhasrat untuk menyokong usaha derma darah yang menyelamatkan nyawa sambil mengukuhkan lagi hubungannya dengan komuniti yang dilayaninya.





















Komen