top of page

JAECOO J8 Dilancarkan Di Malaysia: Lambang Pegembaraan Lasak Kelas Pertama

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 18 Jul
  • 4 min membaca

JAECOO J8

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan JAECOO J8 yang dinanti-nantikan hari ini, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang melambangkan kemuncak prestij, inovasi teknologi dan keupayaan luar biasa mengharungi semua permukaan jalan daripada rangkaian OMODA | JAECOO.


Emily Lek OMODA&JAECOO
YB SenatorTengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz

“Ditakrifkan dengan empat perkataan mudah—‘Pegembaraan Lasak Kelas Pertama’—JAECOO J8 melambangkan nilai-nilai teras dan cita-cita OMODA | JAECOO – untuk mencipta kenderaan yang mentakrifkan semula jangkaan dalam setiap segmen sambil membawakan pengalaman pemilikan yang luar biasa,” kata Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek.


JAECOO J8
JAECOO J8

“Selepas genap setahun melancarkan kenderaan SUV J7 yang popular, JAECOO J8 juga dijangka menaik taraf teknologi, prestasi dan pengembaraan bagi jenama OMODA | JAECOO sambil terus berpegang pada prinsip kemewahan yang termampu. Kami meraikan ulang tahun ini dengan lebih 17,000 kenderaan yang kini menyusuri jalan raya Malaysia. Kami benar-benar berbesar hati dan menghargai sokongan berterusan para pelanggan kami di seluruh negara,” tambah beliau.


JAECOO J8
JAECOO J8

REKA BENTUK TERULUNG BAGI PENGEMBARA MODEN

Dengan ukuran panjang 4,820 mm, lebar 1,930 mm, dan tinggi 1,710 mm dan jarak roda 2,820 mm, JAECOO J8 tampil gah dengan ruang dalaman yang luas dan seimbang.


JAECOO J8 terserlah dengan gril depan reka bermotif Air Terjun yang mengagumkan — motif lata yang melambangkan keperkasaan sambil mengoptimumkan pengaliran udara untuk penyejukan yang lebih cekap. Gagah namun diperhalusi, penampilan luar SUV J8 menampakkan garis bentuk kemas dan pandangan sisi pada nisbah keemasan (golden ratio), diperkukuh oleh garis lilit ketara yang mempersembahkan penampilan menegak yang teguh.


JAECOO J8

Sementara itu, pemegang pintu tersembunyi terus memperkemas profilnya yang lebih aerodinamik sambil mengurangkan rintangan angin dan bunyi bising ketika pemanduan. Ciri-ciri dinamik JAECOO J8 ditekankan lagi oleh roda aloi dwi-warna bersaiz 20 inci.


JAECOO J8
JAECOO J8

KEUPAYAAN JALAN LASAK UNGGUL

Di bawah hud yang tampak gagah, JAECOO J8 dipacu oleh enjin petrol 2.0-liter cas turbo empat silinder sebaris suntikan terus yang menghasilkan kuasa 183 kW dan tork 385 Nm, digandingkan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.


JAECOO J8 5 & 6 Seaters

Kuasa disalurkan kepada roda depan (varian pacuan dua roda - 2WD) atau menerusi sistem pacuan semua roda canggih yang menawarkan ciri pemvektoran tork pintar, memastikan cengkaman kuat dan stabil dalam keadaan permukaan yang dinamik.


JAECOO J8 2WD mampu memecut dari 0–100 km/j dalam masa 8.8 saat, manakala varian AWD mengambil masa 9.0 saat. Kedua-dua varian mempunyai kelajuan tertinggi 200 km/j. Sementara itu, kadar penggunaan minyak ialah pada tahap 7.8L/100km (piawaian WLTP) untuk versi 2WD dan 8.1L/100km (WLTP) untuk pilihan AWD.



Sesuai dengan konsep “Pengembaraan Lasak Kelas Pertama”, enjin JAECOO J8 ditala untuk menyediakan pengurusan haba dan penjimatan minyak lebih cekap, mengutamakan daya tahan bagi jangka masa panjang —terutamanya dalam keadaan memandu yang lasak dengan bebanan tinggi.


Untuk terus meningkatkan tahap keselesaan, JAECOO J8 dilengkapi dengan sistem suspensi Kawalan Peredam Berterusan (CDC) yang memberikan keselesaan dan kawalan lancar, dengan melaraskan suspensi dalam masa beberapa milisaat mengikut keperluan permukaan dan cengkaman.


JAECOO J8 5 Seaters
JAECOO J8 5 Seaters

PERJALANAN KELAS PERTAMA, TANPA MENGIRA PERMUKAAN JALAN

Dengan matlamat membawakan pengalaman perjalanan kelas pertama, varian JAECOO J8 AWD menyediakan susun atur enam tempat duduk yang mewah (konfigurasi 2+2+2), manakala varian 2WD mengguna pakai reka bentuk lima tempat duduk, yang mengutamakan ruang but serba guna untuk dimanfaatkan setiap hari.


Model JAECOO J8 AWD menyediakan ruang but 200 liter dengan baris kerusi ketiga ditegakkan. Apabila barisan ketiga dilipat rata (dalam J8 AWD), kedua-dua pilihan memberikan ruang but sebanyak 738 liter, yang diperluas sehingga 2,021 liter bagi pilihan 2WD (apabila baris kedua dilipat rata) — ruang muatan yang secukupnya untuk bagasi atau keperluan kembara.



Dari segi ruang dalaman, JAECOO J8 terus membawakan gabungan sempurna antara teknologi dan kemewahan minimalis. Dua skrin lebar bersaiz 12.3-inci terletak di tengah-tengah papan pemuka lelilit yang canggih, di samping Paparan Head-up (HUD) yang direka untuk kesenangan dan kawalan intuitif. Semua ciri ini disokong oleh kemudahan sambungan tanpa wayar yang disokong Android Auto dan Apple CarPlay.


Untuk meningkatkan lagi keselesaan tempat duduk, J8 AWD menyediakan kerusi Ratu penumpang depan yang pertama dalam kelasnya dengan tempat letak kaki boleh laras, di samping kerusi dengan ciri Pemanas, Pengudaraan, Urutan dan Memori (HVMM) bagi pemandu, penumpang depan dan penumpang baris kedua.


JAECOO J8 6 Seaters

Dilengkapi pelapik siling mikroserat dan sistem Lampu Infinit 256 warna boleh sesuai, pemandu boleh mengubah suasana kabin mengikut cita rasa masing-masing.


Sebuah konsol tengah besar terus meningkatkan kemudahan dengan ruang simpanan secukupnya dan pengecas telefon pintar tanpa wayar 50W dengan ciri pendinginan sedia terbina — memastikan anda sentiasa terhubung, dengan segala peranti tersusun rapi.



Para penggemar audio pasti menghargai sistem audio premium yang boleh disesuaikan untuk setiap cita rasa pendengar: iaitu sistem 12-speaker Sony bagi J8 2WD, dan sistem 14-speaker Sony bersama speaker sandar kepala bagi J8 AWD, menjanjikan pengalaman yang menarik dan mengasyikkan.


Sementara itu, sistem buka pintu tanpa kunci berasaskan Komunikasi Medan Dekat (NFC), sistem pewangi yang tersedia dan Perakam Video Digital (DVR) yang tersedia merupakan ciri-ciri tambahan yang menambah keselesaan dan keselamatan. Malah, tahap keselamatan dalam SUV JAECOO J8 direka cipta untuk meramalkan, membantu dan menyesuaikan keadaan memandu.



SUV ini dilengkapi dengan perisian ADAS Aras 2.5 canggih dengan ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) kelajuan penuh, Sistem Pemantauan Pemandu (DMS), Bantuan Pertukaran Lorong (LCA), Pembrekan Kecemasan Automatik (AEB), Pemantauan Jarak Hadapan (FDM), Amaran Lalu Lintas Silang Belakang (RTCA), Perakam Data Acara (EDR) dan Bantuan Letak Kereta Automatik Penuh dalam varian AWD.


Segala kelebihan ini ditambah baik dengan sistem brek menggunakan wayar OneBox, yang disepadukan dalam sistem keselamatan ADAS dan telah ditala khas mengikut rupa bentuk dan dinamik pemanduan kenderaan.


JAECOO J8 6 Seaters

JAECOO J8 akan dipasang secara tempatan di Kilang Korporat Chery Malaysia di Shah Alam— memperlihatkan komitmen jangka panjang jenama ini kepada pengguna di seluruh Malaysia sambil menyumbang kepada ekosistem automotif negara.


Sejajar dengan prinsip kemewahan termampu OMODA | JAECOO, varian J8 2WD ‘Kegunaan Lasak Kelas Pertama’ dijual daripada harga RM178,800 , manakala J8 AWD ditawarkan pada harga daripada RM198,800. Untuk menambah ketenangan fikiran para pembeli, setiap SUV JAECOO J8 disertakan dengan waranti 7-tahun/150,000 km .



Sebagai sebahagian daripada tawaran eksklusif untuk Pembeli Awal, pelanggan yang menempah SUV JAECOO J8 pada atau sebelum 21 Julai 2025 akan menikmati manfaat JAECOO Prime Protection Programme (Program Perlindungan Perdana JAECOO) yang meliputi perlindungan insurans percuma untuk tempoh satu tahun (tidak termasuk cermin depan dan manfaat tambahan yang disediakan secara pilihan).



Pakej ini juga menaik taraf waranti 7 tahun/150,000km lazim kepada waranti enjin 10 tahun/jarak perjalanan tidak terhad — satu jaminan berani yang menampilkan prestasi jangka panjang model ini. Untuk meraikan semangat kembara yang dilambangkan oleh SUV JAECOO J8, pembeli awal juga berpeluang menyertai acara menempuh jalan lasak istimewa yang akan menyerlahkan kehebatan kembara dan kemewahan kenderaan terulung ini. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Penyerahan SUV JAECOO J8 AWD kepada pelanggan akan bermula pada Julai 2025, dan seterusnya diikuti oleh pengeluaran varian 2WD.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page