top of page

JAECOO Malaysia Umumkan Program Rakan Profesional

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 6 Mei
  • 1 min membaca
TQ WULING Malaysia

Ahli badan profesional dan pekerja syarikat berdaftar di Malaysia kini boleh menikmati pelbagai manfaat melalui Program Rakan Profesional yang diperkenalkan oleh JAECOO Malaysia.


Naib Presiden JAECOO Malaysia, Emily Lek, menjelaskan, “Memandangkan maklum balas positif dan permintaan daripada pihak korporat serta golongan profesional, JAECOO Malaysia berbesar hati untuk memperkenalkan Program Rakan Profesional kami sendiri. Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha kami untuk memperkukuh jenama dan mendekatkan diri dengan peminat serta pelanggan.”


Manfaat di bawah Program Rakan Profesional termasuk diskaun kini terpakai untuk pembelian model JAECOO J7 versi Pacuan Semua Roda (All-wheel Drive), Pacuan Dua Roda (Two-wheel Drive), dan Hibrid Plug-in (PHEV) bermula 1 Mei 2025. Program ini disasarkan kepada golongan profesional yang sedang berkerjaya mahupun yang sudah berpengalaman di Malaysia. Program Rakan Profesional ini terbuka kepada semua individu yang merupakan ahli badan dan persatuan profesional, perkhidmatan kewangan dan insurans, organisasi korporat, termasuk pencipta kandungan yang diiktiraf sebagai Duta Jenama JAECOO.


Pihak yang berminat boleh terus mengunjungi mana-mana bilik pameran sah JAECOO di seluruh Malaysia dan mengesahkan kelayakan mereka dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan, seperti bukti keahlian dalam badan profesional, bukti pekerjaan, dan dokumen lain yang disarankan oleh pengedar JAECOO. Manfaat program ini turut diperluaskan kepada ahli keluarga terdekat individu yang layak termasuk pasangan, ibu bapa dan anak-anak.


Mengulas lanjut mengenai manfaat tambahan sebagai pemilik kenderaan di bawah jenama JAECOO, Lek berkata, “Kami teruja untuk mengalu-alukan pemilik baharu ke dalam keluarga JAECOO, yang secara automatik akan menjadi sebahagian daripada komuniti J-Club kami. Selain memiliki kenderaan bertaraf terbaik dan penjagaan selepas jualan yang cemerlang, para pemilik juga berpeluang untuk berinteraksi bersama pemilik JAECOO lain melalui aktiviti sosial anjuran J-Club.”

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page