top of page

JETOUR G700 Mengharungi Medan Ekstrem Dunia Bersama Penjelajah Ed Stafford

aisha5891
5 Okt
2 min membaca
JETOUR G700 bersama Ed Stafford dalam Adventure of Extremes Musim 2

Selepas diperkenalkan pada Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2026, JETOUR G700 kini meneruskan pengembaraan ke beberapa medan paling mencabar di dunia. G700 akan berganding dengan penjelajah dan pakar survival terkenal, Ed Stafford, dalam Musim 2 Adventure of Extremes terbitan Discovery. Kerjasama antara JETOUR Auto dan Discovery ini bakal menguji keupayaan SUV berorientasikan pengembaraan tersebut merentasi belantara terpencil, kawasan pergunungan lasak serta landskap gunung berapi di tiga benua.


Musim terbaharu ini menampilkan perjalanan Ed Stafford ketika berdepan dengan beberapa persekitaran paling ekstrem di dunia, dengan JETOUR G700 bertindak sebagai pangkalan bergerak sepanjang ekspedisinya. Dikenali sebagai “Modern Robinson Crusoe”, Stafford merupakan individu pertama yang berjaya menyusuri keseluruhan Sungai Amazon dengan berjalan kaki dan mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi pelbagai cabaran survival ekstrem yang dilaluinya.


Marooned with Ed Stafford: Chapter of Watermerekodkan 360 juta tontonan di seluruh dunia pada 2025 dan meraih Anugerah Emas dalam kategori Reality Series di Telly Awards 2025. Dalam Marooned with Ed Stafford: Chapter of Fire, Stafford bakal menghadapi cabaran survival secara solo di Ecuador, Colombia, Maghribi dan Iceland, tanpa makanan, peralatan mahupun kru kamera. Lokasi dan keadaan ekstrem yang sama turut menjadi latar Adventure of Extremes Musim 2, dengan JETOUR G700 diuji merentasi pelbagai bentuk muka bumi serta keadaan sebenar yang mencabar bersama Stafford.


Kerjasama ini berteraskan semangat penerokaan yang seiring antara kedua-dua pihak. Keberanian Stafford dalam menghadapi pelbagai cabaran mencerminkan falsafah JETOUR “Beyond the Horizon”, yang menggalakkan penerokaan melangkaui batas, penemuan perkara baharu serta keberanian menghadapi cabaran sepanjang perjalanan.



Selari dengan strategi “Travel+” JETOUR, Adventure of Extremes dibangunkan bagi mengetengahkan keupayaan kenderaan melalui penerokaan dan pengujian dalam keadaan dunia sebenar. Berbanding hanya bergantung kepada demonstrasi automotif konvensional, siri ini menampilkan G700 dalam persekitaran ekstrem, sekali gus menguji prestasi serta kejuruteraannya dalam menghadapi keadaan alam semula jadi yang sukar diramal.


Menerusi Adventure of Extremes Musim 2, penonton di Malaysia berpeluang mengikuti pengembaraan Ed Stafford bersama G700 ketika mereka meredah beberapa landskap paling mencabar di dunia. Siri ini menggabungkan elemen survival dan pengembaraan off-road, di samping memperlihatkan kemampuan G700 ketika berdepan dengan cabaran sebenar dalam pelbagai persekitaran ekstrem.


Episod pendek Adventure of Extremes Musim 2 mula ditayangkan pada Ogos 2026, dengan episod baharu diterbitkan secara berperingkat.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page