top of page

JETOUR Malaysia Raikan Hari Pelancongan Sedunia Dengan Semangat Pengembaraan dan Budaya Tempatan

aisha5891
28 Sep
2 min membaca

Updated: 2 Okt

JETOUR Malaysia meraikan Hari Pelancongan Sedunia menerusi Malaysia Sarong Music Run 2026 dan semangat pengembaraan Travel+

Bersempena Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September, JETOUR Malaysia mengetengahkan bagaimana sesebuah perjalanan bukan sahaja membawa orang ramai ke sesuatu destinasi, malah turut membuka ruang untuk mengenali budaya dan komuniti setempat. Menerusi falsafah Travel+ yang melihat perjalanan sebagai sesuatu yang lebih daripada sekadar destinasi, JETOUR memberi fokus kepada pengalaman serta hubungan yang terjalin sepanjang perjalanan melalui pelbagai aktiviti di Malaysia yang menggabungkan budaya tempatan, aktiviti luar dan penglibatan komuniti.



Antara aktiviti yang telah direalisasikan ialah Malaysia Sarong Music Run 2026 yang berlangsung di KLCC pada 19 September lalu. Acara tersebut menghimpunkan lebih 20,000 peserta bagi meraikan semangat, muzik dan budaya Malaysia, dengan JETOUR Malaysia tampil sebagai Penaja Utama dan Rakan Kereta Rasmi bagi acara berkenaan.


JETOUR Malaysia meraikan Hari Pelancongan Sedunia menerusi Malaysia Sarong Music Run 2026 dan semangat pengembaraan Travel+

Acara itu turut menyaksikan penyertaan lebih 100 pemilik JETOUR dalam konvoi di sekitar kawasan bandar raya, selain menjadi platform bagi pelancaran JETOUR T2 i-DM PHEV. Pada malam tersebut, acara turut diakhiri dengan pertunjukan dron yang memaparkan “TRAVEL WITH JETOUR”, “World Tourism Day” dan “Visit Malaysia 2026 - 2027” di langit Kuala Lumpur, termasuk formasi T2 i-DM PHEV yang baru dilancarkan dengan latar belakang mercu tanda ikonik.


Kandungan siaran langsung dan video daripada acara tersebut turut dikongsikan menerusi platform antarabangsa JETOUR, membolehkan audiens di luar Malaysia menyaksikan sekilas suasana acara serta sambutan budaya tempatan. Pada masa sama, inisiatif ini turut membantu memperkenalkan Malaysia kepada audiens antarabangsa sepanjang tahun kempen Visit Malaysia 2026 - 2027.


JETOUR Malaysia meraikan Hari Pelancongan Sedunia menerusi Malaysia Sarong Music Run 2026 dan semangat pengembaraan Travel+

Menyokong Pengembaraan Menerusi Kerjasama Tempatan

JETOUR Malaysia telah bekerjasama dengan Malaysia Sarong Music Run sejak tahun 2025, dan kerjasama tersebut akan diteruskan menerusi perkongsian baharu selama tiga tahun bersama penganjur Malaysia Marathon bagi tempoh 2027 hingga 2029. Kerjasama ini akan meneroka peluang untuk mempromosikan budaya pengembaraan tempatan serta mewujudkan pengalaman gaya hidup luar, berlandaskan minat

bersama untuk menghimpunkan orang ramai menerusi aktiviti, pengembaraan dan penerokaan.


JETOUR Malaysia meraikan Hari Pelancongan Sedunia menerusi Malaysia Sarong Music Run 2026 dan semangat pengembaraan Travel+

Malaysia Sarong Music Run turut menjadi platform buat JETOUR Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dengan organisasi tempatan. Satu kerjasama turut dijalinkan bersama Marine Conservation and Research Organisation Malaysia (PULIHARA) dan Turtle Conservation Society of Malaysia (TCS) bagi menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar serta inisiatif pemuliharaan di Malaysia. Wakil daripada kedua-dua organisasi tersebut turut diiktiraf sebagai JETOUR Travel Ambassadors.


JETOUR Malaysia meraikan Hari Pelancongan Sedunia menerusi Malaysia Sarong Music Run 2026 dan semangat pengembaraan Travel+

Inisiatif ini menggabungkan perspektif daripada bidang pengembaraan dan pemuliharaan, selain mengetengahkan kepentingan menghargai serta memelihara alam semula jadi yang menjadi sebahagian daripada pengalaman pengembaraan.



“Berlandaskan falsafah global JETOUR, ‘In somewhere, for somewhere, Be somewhere’, kami berharap dapat menggunakan mobiliti sebagai satu cara untuk menghubungkan falsafah Travel+ kami dengan budaya tempatan. Dengan membina hubungan yang lebih kukuh bersama pelanggan dan rakan kongsi tempatan, kami berhasrat untuk mewujudkan pengalaman mobiliti yang lebih baik, di samping menjadi sebahagian daripada komuniti dan destinasi tempat kami beroperasi,” kata Encik Ke Chuandeng, Presiden JETOUR International.


JETOUR Malaysia meraikan Hari Pelancongan Sedunia menerusi Malaysia Sarong Music Run 2026 dan semangat pengembaraan Travel+

Seiring dengan Hari Pelancongan Sedunia yang menekankan peranan pengembaraan dalam menghubungkan orang ramai dengan komuniti, aktiviti JETOUR ini mengetengahkan pelbagai elemen yang menjadikan sesuatu perjalanan lebih bermakna. Daripada menikmati budaya tempatan dan meneroka aktiviti luar kepada membina hubungan dengan komuniti setempat, setiap aspek ini menjadi sebahagian daripada pengalaman pengembaraan yang lebih menyeluruh.

Komen


ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page