top of page

Pakej Pelancaran Istimewa dan Harga Proton e.MAS 7 Kini Dilanjutkan kepada 6,000 Pelanggan!

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 10 Jan 2025
  • 2 min membaca
Proton e.MAS 7
Lebih daripada 3,000 pelanggan telah membuat tempahan kurang daripada sebulan selepas pelancaran Proton e.MAS 7!

 

PRO-NET, sebuah anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional PROTON, telah mengumumkan lanjutan pakej pelancaran istimewa untuk Proton e.MAS 7. Hal ini berkenaan sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia dengan lebih 3,000 tempahan berjaya diperoleh dalam masa kurang daripada sebulan selepas pelancaran penuh Proton e.MAS 7. PRO-NET akan melanjutkan pakej Power Pack yang menarik bersama rebat harga sehingga RM4,000 kepada 3,000 pelanggan seterusnya, menjadikannya jumlah keseluruhan 6,000 tempahan kepada para pelanggan layak menikmati tawaran eksklusif ini.

 

Sebagai EV sulung nasional Malaysia, Proton e.MAS 7 telah menarik perhatian rakyat Malaysia dengan gabungan inovasi, prestasi, dan praktikaliti. PRO-NET akan melanjutkan pakej pelancaran istimewa serta rebat harga sebanyak RM4,000 kepada 3,000 pelanggan berikutnya, menjadikan jumlah keseluruhan 6,000 tempahan layak menikmati tawaran eksklusif ini. Tawaran yang dilanjutkan ini mengukuhkan komitmen PRO-NET untuk menjadikan mobiliti lestari lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Pelanggan yang layak untuk lanjutan ini akan menikmati tawaran eksklusif yang sama, termasuk rebat sehingga RM4,000 untuk Proton e.MAS 7. Selain itu, lima pakej pelancaran akan terus kekal, menawarkan nilai luar biasa kepada pelanggan yang terawal.

 

"Disebabkan permintaan yang luar biasa, kami dengan gembira ingin melanjutkan tawaran ini supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat merasai Proton e.MAS 7 dan manfaat memiliki EV. Pencapaian ini menunjukkan kepercayaan pelanggan terhadap kami serta kesungguhan mereka untuk bergerak ke arah masa depan yang lebih hijau. Kami amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan, dan kami komited untuk menjadikan kereta elektrik pertama Malaysia lebih mudah diakses kepada semua," kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

Proton e.MAS 7 launch

Rebut Peluang Proton e.MAS 7 Anda Hari Ini!

Proton e.MAS 7 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri YAB Anwar Ibrahim pada pertengahan Disember dengan pakej istimewa yang komprehensif untuk pengalaman pemilikan EV terbaik anda.

 

Di bawah tawaran lanjutan ini, pelanggan dari 6,000 tempahan pertama akan menikmati rebat RM4,000, menjadikan Proton e.MAS 7 kini mampu dimiliki:

Variant

Semenanjung Malaysia

Sabah & Sarawak

e.MAS 7 Prime

RM 105,800

RM 108,800

e.MAS 7 Premium

RM 119,800

RM 122,800

Selain itu, Pakej Pelancaran istimewa ini akan kekal sebagai sebahagian daripada pakej lanjutan dalam memberikan nilai yang luar biasa:

 

  • Power Home: Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM 1,500

  • Power Plus: V2L Adaptor Percuma bernilai RM 500

  • Power Online: 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM 1,800

  • Power Thru: Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun dan jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km

  • Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200*

 

Tempahan dibuka di semua pengedar Proton e.MAS di seluruh negara atau melalui laman web Proton e.MAS. Untuk kemudahan tambahan, aplikasi Proton e.MAS, yang boleh dimuat turun di gedung aplikasi utama, memberikan akses mudah ke semua yang anda perlukan untuk perjalanan EV anda.


* Power Exchange: Sah sehingga akhir Bulan Mac 2025. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page