top of page

Pandu Pandu Berkhemah Juga di Setapak Central Mall – Serentak. Bermula 11 hingga 20 April 2025!

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 11 Apr
  • 1 min membaca

Updated: 13 Apr

Pandu pandu Berkhemah Setapak Central Mall

Acara gaya hidup automotif unik, Pandu Pandu Berkhemah, kini berlangsung serentak di dua lokasi – AEON Mall Shah Alam dan Setapak Central Mall, bermula 11 hingga 20 April 2025!

Di Setapak Central Mall, pengunjung berpeluang melihat lebih dekat pelbagai kenderaan menarik yang sesuai untuk pengembaraan dan gaya hidup moden.


Barisan Kenderaan di Setapak Central:

  • Mitsubishi Xpander – Pilihan keluarga aktif yang bergaya

  • Proton X70 – SUV tempatan dengan ciri pintar

  • MG4 – Hatchback elektrik dengan sentuhan masa depan

  • Toyota Vios – Sedan kompak yang versatil

  • Perodua Ativa – SUV urban kegemaran ramai

  • Nissan Serena – MPV luas dan selesa untuk seisi keluarga

  • Nissan Kicks e-POWER – Revolusi pemanduan elektrik tanpa perlu cas

  • Subaru XV – Pilihan lasak dengan teknologi AWD


Lebih Daripada Sekadar Pameran Kereta

Acara ini mengetengahkan konsep berkhemah dalam pusat beli-belah, lengkap dengan:

  • Ruang interaktif & bergambar

  • Sesi bersama pakar automotif

  • Info gaya hidup berkenderaan


Pandu Pandu Berkhemah membawa pengalaman luar biasa yang memadukan dunia automotif dan aktiviti riadah dalam suasana yang selesa dan menarik.


Jangan lepaskan peluang untuk alami sendiri Pandu Pandu Berkhemah di Setapak Central Mall dari 11 hingga 20 April 2025! Bawa keluarga, bergambar dan mengenali kenderaan impian anda di lokasi berkhemah gaya urban!



Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page