Pelajar UiTM Menang Hadiah Utama Cabutan Bertuah P-Circle, Bawa Pulang Sebuah Perodua Myvi


Rawang, 7 Julai: Nik Akmal Afifah binti Nik Mohd Fuad, seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) berusia 22 tahun, telah dipilih sebagai pemenang Cabutan Bertuah P-Circle yang diadakan baru-baru ini sempena Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026).
Peraduan Cabutan Bertuah P-Circle, yang berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026, menyaksikan ribuan orang memuat turun aplikasi super P-Circle Perodua dan mengaktifkan ciri e-dompet (P-Duit) sepanjang KLIMS 2026.
P-Circle merupakan sebuah aplikasi super komprehensif yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk P-Duit, aplikasi kesihatan, aplikasi keselamatan, pasar maya serta platform penstriman miliknya sendiri. Aplikasi ini tersedia di App Store dan Google Play Store.

"Secara keseluruhannya, penyertaan kami di KLIMS 2026 merupakan satu kejayaan dengan seramai 37,786 pengunjunghadir ke reruai Perodua dan mengambil bahagian dalam pelbagai tarikan yang disediakan sepanjang pameran berlangsung."
"Cabutan Bertuah P-Circle menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan muda, dengan Nik Akmal Afifah dipilih daripada kalangan peserta yang menyertai peraduan ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.
"Ini merupakan satu peningkatan yang luar biasa daripada Perodua Axia yang saya pandu sekarang. Terima kasih Perodua! Anda memang terbaik!" kata Nik Akmal Afifah selepas menerima Perodua Myvi 1.3 G berwarna Ivory White di Ibu Pejabat Perodua pada 3 Julai 2026.

Selain hadiah utama berupa sebuah Perodua Myvi, syarikat pengeluar kereta kompak itu turut memilih 100 lagi pemenang cabutan bertuah yang masing-masing menerima jam tangan pintar P-Go.
Semasa KLIMS 2026, Perodua turut mempamerkan kereta konsep terbaharunya — Chapter 2 (C2) yang mewakili hala tuju reka bentuk baharu, menggabungkan teknologi terkini, serta dihasilkan oleh pereka muda berbakat Perodua sebagai gambaran visi mereka terhadap masa depan kenderaan elektrik (EV).




















Komen