top of page

Pengurangan Tol 50% Sempena Aidilfitri

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 28 Mac
  • 1 min membaca

Updated: 13 Apr

Diskaun Tol Sempena Hari Raya

Kerajaan mengumumkan potongan tol 50 peratus daripada kadar tol biasa sempena Hari Raya Aidilfitri ini. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata implikasi kewangan yang ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM19.69 juta. “Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memberikan pengurangan tol 50 peratus bermula 12.01 tengah malam.


“Kita beri dua hari (diskaun) supaya pengguna tidak tergesa-gesa dan boleh merancang sebaiknya perjalanan mereka,” katanya. Beliau berkata pada sidang media selepas melakukan tinjauan kerja di sebuah syarikat konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan di Ayer Keroh di sini hari ini. Nanta berkata potongan tol 50 peratus itu khusus bagi kenderaan persendirian (Kelas 1) di semua plaza tol kecuali plaza tol di sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).


Beliau berkata pemberian diskaun tol itu adalah kesinambungan kepada bantuan tol musim perayaan yang diberikan Kerajaan MADANI bagi keempat-empat musim perayaan utama di Semenanjung sejak tahun 2023.

“Ia adalah selaras dengan teras utama Kerajaan MADANI iaitu Kesejahteraan dan Ihsan dalam membantu meringankan kos sara hidup rakyat.


“Justeru semua pengguna lebuh raya diharapkan dapat memanfaatkan diskaun tol ini dengan sebaiknya dan merancang perjalanan dengan sewajarnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas semasa cuti panjang ini,” katanya. Beliau juga menasihatkan pengguna agar mengikut jadual waktu perjalanan oleh syarikat konsesi lebuh raya, memastikan baki eWallet dan Kad Touch & Go mencukupi serta menggunakan pautan paparan kamera litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh Raya Malaysia. BERNAMA

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page