top of page

Perodua turunkan harga Axia, kongsi manfaat penjimatan operasi dengan pelanggan

Writer: Anna Chong
Anna Chong
7 Ogo
2 min membaca

Perodua Axia

Perodua mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia - kenderaan kompak paling mampu milik di negara dan menjadi pilihan mobiliti utama negara – sehingga RM4,700 berkuat kuasa serta merta.


Pengurangan harga itu dibuat berikutan peningkatan berterusan dalam kecekapan operasi syarikat selain usaha Perodua mengukuhkan komitmennya dalam membantu pelanggannya menghadapi persekitaran ekonomi yang kian mencabar.


Semenanjung Malaysia

No.

Model

Harga Asal

Harga Baharu

Pengurangan Harga

1

Axia 1.0 G

RM38,600

RM33,900

RM4,700

2

Axia 1.0 X

RM40,000

RM38,500

RM1,500

3

Axia 1.0 SE

RM44,000

RM43,000

RM1,000

4

Axia 1.0 AV

RM49,500

RM49,000

RM500

Sabah & Sarawak

No.

Model

Harga Asal

Harga Baharu

Pengurangan Harga

1

Axia 1.0 G

RM40,600

RM35,900

RM4,700

2

Axia 1.0 X

RM42,000

RM40,500

RM1,500

3

Axia 1.0 SE

RM46,000

RM45,000

RM1,000

4

Axia 1.0 AV

RM51,500

RM51,000

RM500

“Harga baharu ini adalah antara usaha berterusan kami untuk mengurangkan tekanan kos yang dihadapi rakyat Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad. “Langkah ini juga mencerminkan usaha kami untuk terus menambah baik kecekapan operasi, yang mana sebelum ini telah terbukti menerusi pengurangan kos servis dan pengurangan harga QV-E dan pakej Battery as a Service (BaaS) yang ditawarkan,” tambahnya.


Kesemua spesifikasi dan standard kualiti Perodua Axia kekal tidak berubah dan penjimatan yang diperoleh adalah sepenuhnya daripada penambahbaikan proses dan kecekapan operasi.


“Pengurangan harga yang dibuat ini adalah hasil daripada inisiatif penambahbaikan yang berterusan dan mampan serta kerjasama baik dengan pembekal dan rakan kongsi kami dalam ekosistem automotif.


“Kami berterima kasih kepada pembekal dan pengedar kami di atas kerjasama dalam menambah baik kecekapan kos untuk manfaat bersama bukan sahaja pemain industri tetapi juga seluruh rakyat Malaysia,” kata Dato’ Sri Zainal.


Sebagai kereta paling mampu milik di Malaysia, Axia telah terbukti menjadi kenderaan yang boleh dipercayai rakyat Malaysia. Pelarasan harga yang dibuat mengukuhkan komitmen Perodua untuk memastikan model kereta itu boleh diakses oleh lebih ramai pelanggan di seluruh negara.



Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page